Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 24, 2010

TaZkiRah Jumaat ^_^

A'kum...

Dihari Jumaat di dalam bulan Syawal yg mulia ini, tetiba je aku rasa nak bertazkirah skit..Aku bknnya pandai sgt, tp sekadar berkongsi rasa dan ingatan. Baca lah dgn penuh keinsafan...

Apa gunanya kekayaan yg terlalu banyak di dunia ni sekiranya bila kita mati nanti, xda satu sen pun yang akan dpt mampu membantu kita menjawab soalan2 daripada Munkar dan nakir.

Apa gunanya kita terlalu menagih dan meratapi kasih kasih sesama manusia sekiranya mereka tak dapat membantu kita ketika melintasi titian sirah.

Apa gunanya kita bermusuhan sekiranya apabila kita mati nanti tiada siapa sudi mengkapankan dan menyembahyangkan.

Apa gunanya kecantikan sekiranya ia akan luput jua dimamah usia.

Apa gunanya kemasyhuran sekiranya apabila mati nanti hanya ibadat2 kita yg dpat membantu.

Ingatan untuk aku dan semua saudara2ku, beringatla kita sebelum Izrail datang menjemput. Semoga kita dapat memasuki pintu yg dijaga oleh Malaikat Mikail bukannya Malaikat Ridwan.

Amin.

W'salam.

Adioss!!!

Monday, September 20, 2010

Kisah Syawal Yg Indah

A'kum...

Kejapnye dh nak setgh bln raye kan? Hari tu aku ada bgtau nak upload gambo kan? Ni ada la 2-3 gambo yg aku sempat tangkap masa raya hari tu... Sbuk sgt beraya smpai xsempat nak snap byk gambo...syg btol la..Mmmm...Tkpela..Jom kita tgk apa yg aku dh amik gambonye...Hihihihihi

Pasangan romantik la konon..cheh!!! Hehehehe



Aku yg pakai bj belang2 tu..



Ni aku jd tukag amik gambo plak..




Sekian la dulu crita dari aku utk kali ini..Len kali kita sambung lagi ye..

W'salam..

Adioss!!!!

Friday, September 17, 2010

8 Syawal

A'kum...

Pejam celik,pejam celik, dh masuk syawal ke 8 kita ni kan?? Sekeeeejaaappp je...Mmmmph...Mcm2 la crita Raya ni..Ada sonok dan ada yg sedey..Balance ^_^

Antara yg tak bestnye, aku tk dpt nak tangkap gambo satu family disebabkan sedikit masalah teknikal..Ummmphh..Takpela, taun depan mngkin ada..Insyallah..Ada beberapa gambo yg berjaya aku tangkap..Nanti ada ms, aku upload la kat cni...

Hari ni aku dh kembali bekerja. Malam td sampai dr kampung dlm kol 12 tgh mlm la jgk..Walaupun bukan aku yg memandu dh sempat la jgk melelapkan mata barang sepelelap dua, tapi badan still rasa penat jgk...Sian hubby aku drive..Tkpela, nasib baik hari ni dia cuti lagi.. :)

K la...aku nak undurkan diri dulu.. Sok2 aku smbung lg...

W'salam

Adiosss!!!

Wednesday, September 8, 2010

Meriah Ramadhan ke-26

A'kum...

Ini crita Ramadhan ke-26 aku. Dikesempatan berpuasa ni, aku ngan hubby sempat balik ke kg ku untuk meluangkan masa berbuka bersama saudara mara. Ala2 mcm open house Ramadhan pun ada...Kuikuikui..

Kat sini aku nak berkongsi beberapa keping gambo yg sempat di 'snap'...Joooommm tengok!!!

Tunjuk bakat terpendam...hikhikhik



My mom,my aunties and uncle...



Ayam bakar bermadu (Resepi my hubby...nyum,nyum



Sotong bakar terlebih garam..huhuhu



Sebahagian daripada menunye...sodaaaappp!!!

Raya,Raya,Raya

A'kum...

Tak lama lagi kita nak RAYA!! Yea,yea... Mlm ni tgk anak bulan, kalau anak bulan tu tak menyorok, maknanye esok dh RAYA!!! Yippppiiiiii!!!! Suka batol kan..Dh la puasa tak cukup...Hikhikhikhik

Apa2 pun, sempena RAYA yang bakal menjelang ni, untuk semua yg terbaca@tertengok blog aku ni, aku dgn penuh rasa rendah diri menyusun sepuluh jari tangan dan kaki untuk memohon sejuta kemaafan di atas segala ketersasulan dan keterlanjuran perbuatan dan pertuturan samada sengaja atau tidak disengajakan. Semoga RAYA ini membawa 1001 hikmah buat kita semua...Amiiinnn...

Kepada yg blk kampung samada dekat atau jauh tu, berhati2 la semasa memandu. Biar lambat,asal selamat...Kalau nak laju pun takpe, asalkan slamat dr kemalangan dan dr kena saman...Huhuhuhu

K la...Sekian dulu coretan awal Syawal dr aku...W'salam...

Adiossss!!!!

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu