Assalammualaikum...
Kenapa la kita ni kadang2 suka sangat buat keje last minit ?? Seronok ker ?? Tak rasa menyusahkan ker ? Hmmm ... Takyah cakap orang lain laaa .. Aku ni pun kadang2 camtu gak ... Dah terhantuk baru la nak terngadah kaann ... Bukan tak boleh pun buat awal2, tapi selalu rasa cam masa tu banyak lagi ... Bila dah sampai dead line, baru lah kelam kabut ... ish,ish,ish ....
Nak tau kenapa aku ckp pasal menda ni ? Hanya kerana buat keje last minit ni la aku tak lena tido 2,3 hari kebelakangan ni .. Ni semua pasal kerja ... Tak tau la salah sapa .. Salah kompeni aku kah ataupun salah vendor ... Hmmmphhh .. Tapi, kesannya cukup2 memenatkan semua orang laaa ...
Esok akan bermula hari yang baru ... Hari yang tak tau lagi macamana rupa perjalanannya dan cabarannya ... Adakah biasa2 aje ataupun bakal mencabar ?? Kerdilnya la rasa diri ini bila memikirkan hakikat bahawa setiap apa yang berlaku adalah di luar kawalan kita .. Walau macamana kemas kita rancangkan sekalipun, kalau tak diizinkan Tuhan, apa yang kita rancang tu, satu pun takkan jadi kenyataan kaan .... Subhanallah ..
Oleh sebab tu, jangan la kita slalu sangat nak amalkan sikap buat keje last2 minit ni sebab kita takkan tahu macamana perancangan Allah untuk kita .. Benda2 yang boleh diselesaikan cepat, segeralah kita selesaikan ... Ajal maut Tuhan juga takkan terlebih atau terkurang walau satu detik sekalipun ... Ingaaaattt !!!! Takmo tangguh2 lagi okey !!




















