بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
السلام عليكم
Indahkan Islam kita ini ...
Tatkala kita punya rasa rawan dalam hati,
Ianya pasti akan rasa tenang kembali,
Setelah pada Allah kita mengadu dan berserah diri.
Indahkan Islam kita ini ...
Tatkala kita melakukan kesilapan tak henti,
Pintu taubat Allah terbuka luas menanti,
Asalkan kita sentiasa ingat untuk bermuhasabah diri.
Indahkan Islam kita ini ..
Tanpa mengira bangsa Allah memberi rezeki,
Masing-masing ada bahagian sendiri,
Asalkan tekun berusaha dan bebas dari rasa hasad dan iri hati.
Islam itu indah dan sempurna. Tak semua dapat peluang untuk terus dilahirkan sebagai Islam. Ada yang terpaksa menunggu hingga ke akhir hayat untuk mendapat Hidayah. Jadi, marilah kita sama-sama kita memanfaatkan pemberian Allah yang satu ini iaitu agama kita, agama ISLAM. Wallahualam
Aku takmau jadi kacang lupakan kulit. Bila masa sedih saja ingatkan Tuhan. Bila tengah gembira dan bahagia, amalan entah kemana, taubat entah kemana. Nauzubillah !
P/S : Aku tak sempurna. Andai tersilap kata, mohon maaf dipinta. Niat dihati hanya untuk memperbaiki dan menegur diri sendiri. Mengingatkan diri supaya tak terus lalai dan alpa dengan hal keduniaan semata.
W'salam ..
Adioss .
yup..ika pun bnyk gak wat silap...
ReplyDeleteyup..ika pun bnyk gak wat silap...
ReplyDelete