بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari Jumaat lepas, sampai rumah agak lambat. Tengok jam dekat pukul 6 petang dah. So, dengan penuh kepantasan, aku keluarkan segala jenis bahan masakan dari dalam peti ais. Ada daging ayam kisar, sayur kobis, kacang panjang, fishball, fishcake dan beberapa bahan lain.
Sebelum tu,laki aku ada sebut dia teringin nak makan cheezy baked meatball ala pizza hut. So, aku memang dah plan apa nak masak sebelum balik keje tu. cheezy baked + Mihun goreng Fishball ^^
Yang buat lambat sebab aku singgah carrefour depan rumah beli bahan yang belum ada ... Mozarella cheese ngan lada benggala. Cari warna hijau takde, so amik je warna merah. Sebiji RM3++ tuh .. Giler punya mahal .. Tapi, sebab nak makan, takpela ... Sesekali .. hehehee
Oleh kerana laki aku allergic ngan daging lembu, aku tukar la menu jadi ayam. Kebetulan beberapa hari sebelum tu aku memang ada beli ayam kisar Ramly. Aku uli ayam tu ngan serbuk lada itam, garam dan masa gentel-gentel buat bentuk bebola tu, aku masukkan cebisan cheddar cheese kat tengah-tengah.
Dalam masa sejam nak siapkan juadah berbuka tu, beginilah hasilnya ^^ :
Air plak aku sempat buat air limau asam boi (berais) ... Hmmm ... Sedaaaappppp ... (✿◠‿◠)
W'salam...
Adiosss...





ERM.. RINGKAS TAPI MENARIK JUGA..
ReplyDeletebestnya dapat masak untuk suami..jeles ni..hehe
ReplyDeletehuyyoo!!! nampak sedap tu!! mohon pos ke rumah saya sikit..haha
ReplyDeleteala3..sedapnye
ReplyDelete