Iklan
PESANAN PENAJA ^-^
A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....
Monday, December 31, 2012
Di Sebalik Kekurangan Tersembunyi Kelebihan
Sunday, December 30, 2012
Tips Imam Syafie
Sekali lagi, buat perkongsiaan bersama, ingin aku kongsikan satu lagi info yang In Shaa Allah dapat membantu kita untuk menjadi umat yang lebih baik .. ^^
Friday, December 21, 2012
Bicara Tentang KIAMAT : Part II
21 Disember 2012. Tarikh keramat yang diramalkan bakal menjadi detik kemusnahan dunia oleh kaum Mayan. Subhanallah .. Sesungguhnya hanya ALLAH yang Maha Tahu .. So, kita sambung kembali penhayatan kita tentang Kiamat ... Mudah-mudahan bermanfaat .. In Shaa Allah ..
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Thursday, December 20, 2012
Bicara Tentang KIAMAT : Part I
Buat perkongsian bersama, mari kita sama-sama hayati suasana tatkala bumi menemui waktu-waktu terakhirnya kelak .. Bila ianya berlaku, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui .. Subhanallah ...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Nota : Entri ini adalah hasil dari perkongsian seorang Hamba Allah di FB aku .. ^^
Wednesday, December 5, 2012
Antara Dakyah dan Kebenaran
Hari ini aku ingin berkongsikan dengan sahabat-sahabatku semua tentang sesuatu yang sepatutnya telah lama kita sedari .. Jadi aku ingin kembali mengingatkan diri sendiri dan kalian semua tentang perkara tersebut .. Sila lah baca hingga akhirnya yee .. Terima Kasih ^^
Hadis Rasullulah S.A.W : "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Nota : Entri ini adalah hasil dari perkongsian seorang Hamba Allah di FB aku .. ^^
Thursday, November 29, 2012
GAZA Palestin : Apa Peranan Kita ?
Baru-baru ini, selain dari cerita pasal Adam dan Hawa (^^,), kita juga dikejutkan dengan serangan tentera laknat rejim zionis terhadap saudara-saudara kita di GAZA Palestin (T_T). Tak tergambar rasanya penderitaan yang ditanggung oleh mereka .. Setiap kali melihat atau mendengar berita mengenai mereka, menitis airmata aku dibuatnya .. Sedih sangat kerana aku tak mampu nak mengangkat senjata untuk sama-sama memerangi Rejim Israel laknatullah !!!
Berita-berita terkini biasanya aku dapat dari laman muka buku Aqsa Syarif. Ada beberapa lagi site yang boleh dirujuk antaranya Aman Palestin.
Di sini aku ingin kongsikan beberapa gambar yang berkaitan dan selepas itu marilah kita sama-sama tanya diri sendiri, "Adakah aku hanya mahu melihat saja kemusnahan bumi lahirnya Imam Syafie ini????" ... Jadi pada sesiapa yang selama ini berfikir bahawa isu boikot memboikot produk Israel dan sekutunya ini tidak relevan, tolongla fikir semula .. bukan dengan akal semata, tapi dengan iman didada ... In Shaa Allah, segalanya akan nampak lebih jelas ...
Wednesday, November 28, 2012
Kami DiBuka Semula .. YEAAYYYY !!!
Monday, October 22, 2012
Sorry .. We Are Closed ...
Thursday, October 4, 2012
Sehangat Asmara Adam dan Hawa bagai Uda dan Dara ^__-
Setelah sekian lama aku diulit kemalasan yang melampau untuk mengupdate blog, hari ni tetiba tergerak jari jemari aku ni nak menaip. Okeh. Aku sebenarnya nak cerita pasal fenomena drama terbaru yang melanda kita yang kebanyakkannya banyak diadaptasi dari Novel.
Sebelum ni, fenomena "Ombak Rindu" melanda dan kini, fenomena Adam dan Hawa la pulak. Tapi, yang tak bestnya, Adam dan Hawa ni cuma untuk tanyangan MUSTIKA HD SAHAJA. Ceh ! Serius tak puas ati aku dibuatnya !! Sib baik la ada mereka-mereka yang rajin dan baik hati untuk menyediakan link untuk mengdownload setiap episod cerita ni di online. Terima Kasih ye kepada anda-anda yang berkenaan tu !! ^_^
Untuk pengetahuan, aku ni sebelum kawin dulu, sangat suka membaca novel. Teutamanya dari hasil nukilan Aisya Sofea. Boleh dikatakan, semua novel dia aku ada. Dari "Jauh", sampailah ke "Uda dan Dara". My favourites from them all, are :
Yang 2 tu dah direalisasikan menjadi drama. Agak-agak yang "Sehangat Asmara" tu ada tak pihak yang berkenan nak memvisualkannya pula? Thehehehee ..
Apapun, yang pastinya, ketiga-tiga novel Aisya Sofea feveret aku tu sudah dan akan divisualkan dimana pelakon-pelakonnya ialah :
Fika & Fikri (JAUH) |
Fuad & Maira (KAU UNTUKKU) |
Adam Mukhriz & Ain Hawani (ADAM DAN HAWA) |
Dan among these 3 yang aku paling tak berapa gemar dan tak puas ati dengan pemilihan pelakonnya adalah "Kau Untukku". Ntah. Pada aku lakonan Dira tu terlalu "sedih". Sedangkan, watak Maira yang digambarkan adalah seorang yang boleh jadi periang dan penyedih dalam sekelip mata. Ini tidak. Memanjang je muka sedih dan tak bermaya. Si Remy Ishak tu okla kot jadi Fuad. Hmmmphh ..
Apapun, aku still enjoy untuk Drama "Adam dan Hawa". Mungkin ramai yang tak setuju si Nadiya tu jadi heroin sebab tak setanding dengan kekacakan Aaron Aziz. Tapi, pada aku, mereka adalah gandingan yang well balance dan realistik. Yelah. Takkan yang cantik-cantik dan muka pan asian je yang layak jadi heroin kot. Kalau lakonan macam kayu pun, tak guna jugak kan ... ? Huhuhuu ..
Ok. Nak sambung keje. Sok-sok kalau rajin, aku membebel lagi ye.
P/S : Buat teman-teman blogger yang masih sudi menjengok blog ini dan meninggalkan jejak, MAAF sangat-sangat sebab tak dapat membalas jejak anda. Insya Allah, aku akan cari masa untuk itu nanti ye ! ^_^
Wednesday, September 19, 2012
Kelantan 2012 : Satu Kenangan Indah ^^
Lamanye tak berupdate blogku ini .. Huhuuu .. Nak citer pasal Raya pun, Raya dah beberapa hari abis. So, aku just nak berkongsi beberapa keping gambar masa aku hantar adik laki aku mendaftarkan diri ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 1hb September hari tu.
Buah Jambu Epal |
My sis, My Mom and Me |
My Parent |
Me and My sista ^^ |
Us Again .. ^^ |
3 VVIP in My Life ^^ |
My Dad .. Sempoooiii .. |
Me and My Hubby |
Apapun, kalau korang memang nak bercuti kat Kelantan ni, 3 hari memang tak cukup. Kami hari tu pun cuba gak pergi ke semua tempat-tempat yang menarik walau pun sekejap-sekejap. Dapatla jugak pergi ke Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yah ngan Rantau Panjang. Otw balik tu sempat la singgah kat hentian Sungai Belum. Tumpang solat.
Apa-apapun, walau sekejap, rasa sangat seronok kerana at last, dapat gak bawak kedua orang tua aku pergi berjalan ke negeri orang. Walau tak jauh mana, tapi sekurang-kurangnya, nampak la jugak keterujaan diaorang tu ... ^^ .. Insyallah, next time, a lot more interesting holidays await us .. yeaaayyyyy !!!
Nota : Masa dalam perjalanan balik, ingat nak try lalu Gerik, tup-tup tersesat jalan sampai nak masuk ke Kulim, Kedah .. Haru betul laaa .. Tu laa .. Dalam keta bergelak ketawa tak hingat !! Theheheee ..