Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Hujung Minggu Yang Havoc : Part Last (Akhirnyaaa ^^)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Setelah bercerita berjela-jela tentang kisah aku balik kampung hujung minggu yang lepas, akhirnya, sampai gak ke penghujungnya. Part 2 aku dah cerita habis sampai acara kemuncak kenduri kan? Part 3 ni aku carita plak kisah masa kitaorang dok kira duit sumbangan dari orang ramai untuk Tuan Rumah.

Haaa .. Ni bukannya nak cerita berapa Tuan Rumah dapat, tapi nak ceritakan tentang aktiviti paranormal yang berlaku sepanjang agenda kami membuka sampul surat kiriman orang ramai itu.

Dipendekkan cerita, dek kerana Makcik ngan Pakcik aku tak berani nak kira duit tu sendiri, maka kami sedara mara terdekat ditugaskan untuk melakukan aktiviti kira mengira tersebut. Semuanya ada dalam 8 atau 9 orang kot yang buat. Ramai kan? Hehehee ..

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa. Bukan apa. Takut ada budak kecik berwarna hijau dan berkepala botak yang dengan sukarela tolong skali 'membantu' apa yang patut .. eeiii .. Tatutnyeeee ...

Dalam pukul 10 malam, kami memulakan 'acara'. Semuanya ada 2 bekas penuh yang kamu kena kira. Bekas yang pertama dibuka. Mula-mula tu takde apa la. Lama-lama, rasa lain macam menyelubungi kami semua. Bulu roma tetiba meremang. Kepala aku dah rasa lain macam. Biasanya kalau aku rasa macam ni, 'benda' tu ada dekat je.

Twitching Smiley

Bukan nak kata aku ni ada sixth sense ke apa, tapi sejak dari kat kolej ngan kat sekolah, kalau ada kengkawan yang kena histeria, aku mesti akan rasa 'lain' semacam. Susah nak dijelaskanlah. Tapi, kalau aku tak baca apa-apa doa yang patut dan kuatkan semangat, alamatnya, dengan aku-aku sekali akan mengilai .. Hissshhh !! Nauzubillah !!

Ok. Apa melalut la aku  ni. Berbalik pada cerita aku tadi. Masa kitaorang bukak bungkusan sampul surat tu, ada macam-macam kami jumpa. Ada yang bau wangi semacam, ada yang tetiba bagi duit kertas tu ada plak duit syiling 5 sen, ada yang duit tu macam disapu ngan serbuk .. Macam-macam ada laaa. Yang agak pelik-pelik tu, kami serahkan pada Makcik kami yang senior untuk di'baca'kan sesuatu agar takde apa-apa yang memudaratkan berlaku.

Setelah segala-galanya selesai, jam dah menunjukkan ke pukul 0130pagi. Yang lain-lain dok pakat-pakat tidur rumah Tuan Tanah. Saje. Untuk meneman. Aku ngan adik aku je yang balik rumah. Tu pun sebab, hari Isnin aku dah nak balik Kolumpo dan sebelum tu nak gi melawat Adelia lagi.

Mata dah mengantuk, sampai rumah terus ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Begitulah kisah hujung minggu aku yang havoc. Mungkin takdela gempaq mana pun. Tapi oleh kerana aku sampai hari ni rasa penat semacam je badan ni, aku rasa, dah cukup havoc la tuh. Thehehehe ..

P/S : Kadang-kadang tak paham perangai manusia yang suka mendengki sesama sendiri. Hmmmphhhh ..

  Confused Smiley

W'salam ..

Adioss .

 

Wednesday, March 14, 2012

Hujung Minggu Yang Havoc : Part 3

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Part 2 dah citer pasal aktiviti aku hari Sabtu kan. Laa ni aku citer pulak pasal hari Ahad. Dipendekkan citer, kami adik beradik bersama seorang adik sepupu aku, bertolak ke rumah Makcik aku lebih kurang pukul 0930 pagi. Dengan berpakaian yang disponsor oleh Tuan Rumah, kami pun melawa la seadanya. Nak melawa lebey-lebey pun takleh sebab baju dah ala-ala boria (semua sama). Ahaksss.

Sampai je kat rumah Makcik kami tu, terusla ke dapur. Tapi memandangkan panel-panel rewang dah ramai, kami pun beredar la ke khemah tempat para tetamu makan. Aiiiippp !! Bukan nak melantak ye. Kami ni konon-kononnya nak jadi penanggah. Tapi, rupa-rupanya, kampung Makcik aku ni, dah ada group penanggah sendiri. Bagus betullah. Terbaeeekkkk ... ^^v

Blowing Kisses Smiley


Memandangkan semua tugasan dan ada orang yang membuatnya, kami pun duduk lepak-lepak je la ngan Tuan Rumah yang ada kat anjung rumah sedang menunggu orang untuk bersalaman sambil menghulur apa yang patut seikhlasnya. Sambil tu, mulut kami mula la mengunyah. kerepek pisang la, kek lapis laa .. macam-macam lagi la yang dikunyahnya. Hehehe ..

Mula-mula memang tak banyak la menda yang dibuatnya pun. Masa ni, kazen aku yang lakinya jadi juri masa pertandingan karaoke malam sebelumnya, dah sibuk edarkan nombor-nombor untuk cabutan nombor bertuah yang mana hadiahnya disediakan oleh Tuan Rumah. Cabutan akan dimulakan pukul 0200 petang.

Mula-mula tu, tetamu macam tak ramai, tapi bila jam 1200 tengahari je, tetamu mula la datang tak berenti. Kami yang ada ni tolong la apa yang patut. Tolong refillkan door gift, tolong refillkan bungkusan berkat. Apa-apa je la yang boleh ditolong.


Dalam kitaorang dah start sibuk tu, rupa-rupanya, pemenang-pemenang pertandingan karaoke dah pun diumumkan. Ada 10 hadiah semuanya. Aku sempat amik gambo hadiah je la yeee.



Lebih kurang pukul 0200 petang, acara cabutan nombor bertuah pun dimulakan. Dimulakan dengan pemberian hadiah-hadiah yang kecik dulu macam selipar, sudu, sudip dan dulang. Hadiah takdelah lumayan sangat. Tapi, okla sekadar untuk buat orang yang rewang semua tu syok sikit.


Acara cabutan nombor bertuah ni diselang selikan dengan nyanyian karaoke mereka-mereka yang ingin mengetest suara. Hehehe. Aku tak dapat pun. Abah aku dapat 2 hadiah sebab dia tercabut 2 nombor (dua-dua mengena plak tuh) dan adik aku, Cikgu Maiza dapat satu. Okla kan. Dari tak dapat langsung.

Tapi, yang tak boleh nak blah tu, ada jugak mereka-mereka yang bukannya datang nak rewang. Datang cuma nak menda free jee .. Hampeh. Malas la nak citer pasal mereka-mereka ini. Buat sakit hati je. Huh !!

Majlis berlangsung sampai ke senja tuh. Mana taknya, dekat-dekat pukul 0700 petang pun, masih ada lagi tetamu yang datang. Almaklumla. Inilah majlis yang buat julung-julung kalinya diadakan oleh Tuan Rumah. Lagipun Makcik ngan Pakcik aku ni ramai kenalannya. Hehehe ..

Bila semua tetamu yang hadir dah clear, kami sedara mara  yang tinggal ni la yang sibuk membersihkan apa yang tinggal. Ada yang cuci pinggan mangkuk yang melambak-lambak, ada yang menyapu sampah, ada yang menyusun kerusi, macam-macam ada laaa .. 

Tup tap tup tap, pukul 0730 petang la baru kami balik. Tupun ada lagi yang masih tinggal. Pukul 0900 malam kena datang lagi sambung apa yang belum beres. Huhuhuu ...

Ok. Sampai sini dulu. Tangan aku dah lenguh. Ada satu entri je lagi sebelum abis cerita aku ni. Sila jangan boring yek !!
Blushing Smiley


*Penanggah = Sekumpulan sukarelawan yang membantu melayan  tetamu dalam sesebuah majlis.
*Bungkusan Berkat = Bungkusan makanan yang mana biasanya berupa nasi dan lauk pauk yang akan diberikan kepada tetamu yang bersalaman dengan Tuan Rumah.

W'salam ..

Adioss .

Hujung Minggu Yang Havoc : Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Ok. Ni aku sambung citer pasal kenduri kat rumah Makcik aku plak. Huiisshhh. Punyalah bizi. Hari Sabtu aku sampai tu, lepas dari melawat anak buah aku kat spital, kitaorang takdela terus gi 'rewang'. Kitaorang balik rumah dulu. Selesai mandi-manda dan bersolat, lepas maghrib barulah pegi.

Sampai-sampai je, orang tak ramai sangat. Yelah. Yang dah bertungkus lumus dari pagi tu semuanya balik rumah masing-masing la dulu. Aku, adik aku ngan adik sepupu aku pun mulalah menyibukkan diri. Basuh pinggan yang melambak, blender bawang besar, bawang kecik, halia, bawang putih, lada kering dan segala jenis benda yang perlu diblender untuk kegunaan orang memasak lauk pauk esoknya (Ahad).

Sambil buat kerja, kitaorang tak benti bercakap, bercerita macam-macam topik. Ada la jugak mengata. Huhuhuh .. Kejap-kejap ketawa. Sampai ada beberapa orang Makcik yang sesaja je duduk dekat-dekat kitaorang sebab nak tumpang gelak. Wakakakaka ...

Entah gosip apala tu .. Poyo je muka .. Hikhikhik
  Lepas Isyak, ahli-ahli rewang mulai ramai. Lega. Hehehe .. Dalam pasa sibuk buat kerja, tetiba wakil dari kumpulan lelaki yang ikut 'rewang' menghulurkan semangkuk besar sup tulang yang masih berasap.


Kuahnya .. Perrrrrrrghhhhhh ... Meleleeeeeeeeehhhhh ... Sib baik la aku ni ada penyakit. Makan ala-ala nak rasa je. Kalau tak, mau bermangkuk-mangkuk aku membedalnya. Heh ..

Punyalah banyak kerja nak kena buat (sambil diselang seli dengan acara melantak dan bersembang), sedar-sedar dengar bunyi kompang. Rupa-rupanya, adik sedara aku yang nak diraikan tu, kena arak untuk acara khatam Al-Quran. Oleh kerana kesibukan di dapur, aku tak sempat la nak tangkap gambo masa berarak dan masa mengaji tu. Yang sempat aku tangkap adalah gambar ini ... Ni pun masa dah reda sikit kesibukan di dapur.


Lepas tu, sambung balik kerja. Karaoke kat laman rumah dah kedengaran dok buat sound testing. Ada pertandingan karaoke katanya. Yek yek je aku ajak adik aku masuk. Tup-tup .. Hampeh .. Hehehehe ... Masing-masing pemalu la katakan .. Cittt ..

Sambil kami dihiburkan dengan suara-suara mereka yang ada berbagai bunyi, kerja-kerja di dapur yang perlu dibereskan malam itu diselesaikan sewajarnya. Pas selesai je, apalagi, tengok orang melalak laaa. Siap ada juri lagi tu. Tak tahan betullah. Ala. Juri-jurinya tu, husben kazen-kazen aku je pun. Yang suaranya agak-agak sedap la bila menyanyi.

Karaoke Smiley


Tunggu karaoke selesai, jam 1230 pagi baru kami aku ngan adik aku balik ke rumah. Mak aku tido situ. Saje meramaikan rumah Tuan Tanah. Hehehe. Sampai rumah, basuh kaki, basuh muka, gosok gigi, update status FB (sempat lagi tuh) , terus ZZZZZZZZZzzzzzzzzzz ...

Sleeping Smiley
 

P/S : Cerita akan disambung dientri yang berikutnya yeee .. Ahaksss

*Rewang = Istilah bahasa jawa yang digunakan untuk mereka-mereka yang bergotong royong ramai-ramai untuk membantu buat kerja kat kenduri kawin atau apa-apa majlis keramaian (biasanya kat kampung2). Kalau pakai buffet takdelah istilah rewang ni.

W'salam ..

Adioss .

 

Thursday, April 21, 2011

Hanya Mampu Mengucap dan Menggeleng Kepala ...

Assalammualaikum...


Dalam menjalani kehidupan sehari2ian, ramai antara kita sentiasa mencari kebaikan disebalik setiap kejadian buruk yang berlaku ... Ada yang bertemu jawapan dan ramai jugak yang masih lagi tercari2 ...


Aku bukannya nak bermadah atau berceramah ... Aku bercerita berdasarkan apa yang aku lalui dan alami dalam kehidupan seharian aku ... Kadang2 aku sedey sangat2, kadang2 aku marah sangat dan kadang2 aku rasa bahagia sangat2 ... Walau apa pun yang aku rasa pada satu2 masa tu, aku akan sentiasa terfikir perkara2 yang akan berlaku selepas itu ...


Ada orang kata, live life to the fullest ... Apa maksud mereka sebenarnya ? Adakah kita kena penuhi hidup kita dengan perkara2 yang menyeronokkan tanpa memikirkan batas2nya ???


Semalam masa dok membelek suratkabo Kosmo Online aku terbaca mengenai wanita Muslim pertama yang berbangsa Turki bergambar bogel untuk majalah Playboy ... Astaghfirullahala'zhim .....




Antara petikan ayat2 dari wanita bernama Sila Sahin yang buat aku mengucap panjang ...


"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," 


"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya,"


Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.


Dia nak berbogel kat majalah ke, nak berlari bogel mengelilingi dunia ke, aku tak berapa nak amik peduli .. Tapi, yang buat aku amik peduli bila dia berani menyeru wanita2 Islam di seluruh dunia supaya menjadi seperti dia !!!!!!!!!! Itu aku sangat2 marah !!!!!!!!!! Kalau kau nak terbakakr dalam neraka, kenapa perlu kau ajak orang lain ??? Kalau kau nak disiksa dikubur, kenapa kau nak heret orang lain sama ??? KENAPA ????


Dari kejadian di atas, aku masih cuba mencari kebaikan disebalik segala kejahatan2 yang semankin berleluasa sekarang ni ... Dan akhirnya, aku hanya mampu berkata ...


" Ya Allah ... Engkau lindungilah aku, suamiku, kedua orang tua kami, adik beradik kami, sanak saudara kami dan sahabat2 kami daripada segala kesesatan ini ... Engkau tunjukkanlah kami jalan2 yang benar dan lurus menuju ke syurgamu ... Amin, Amin, Amin yarobbal a'lamin ..."


W'salam...

Adiosss...

Friday, February 11, 2011

♥♥ My Luvly Famili ♥♥

Assalammualaikum...

Ni citer aku balik kampung lagi...Jangan boring yeeee...Ahakss...

Aku sesaje je nak kongsi gambo antara mereka2 yang ada dalam hidup aku...Mereka2 ini adalah keluarga yang sentiasa ada bersama aku disaat susah dan senang...Alhamdulillah....Jom kita tengok sapalah agaknye mereka2 tu yee...

Oh ya...masa ni ada celebrate besday adik sepupu aku skali..Tu yang ada gak gambo kek...hehehe....







W'salam...

Adiossss...


KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu