Iklan
PESANAN PENAJA ^-^
A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....
Thursday, July 18, 2013
Ramadhan 1434H : Ucapan
Di kesempatan ini, buat semua kenalan aku .. Yang jauh dan yang dekat ... Yang karib maupun yang tak pernah bertemu, aku ingin mengambil kesempatan, menyusun 10 jari memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata, perbuatan dan juga penulisan yang secara sengaja atau tidak, telah mengguris hati dan perasaan kalian semua.
Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dan keredhaan buat kita semua. Semoga kita diberikan lebih kekuatan untuk membuat amal ibadah dengan penuh kekhusyukkan dan keikhlasan ... Amin ...
Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa kawan-kawan semua !!!
Sekian & Wassalam dulu buat kali ini .. Terima kasih pada yang sudi menjengah dan membaca blog aku ini ... ^_^
Tuesday, August 14, 2012
Celoteh Ramadhan 25 : Juadah berbuka 1 Jam
Air plak aku sempat buat air limau asam boi (berais) ... Hmmm ... Sedaaaappppp ... (✿◠‿◠)
Monday, August 13, 2012
Celoteh Ramadhan 24 : Operasi Biskut Raya Berganda ^O^
![]() |
| Sebelum 'make-up' |
![]() |
| Cubaan kali ke -2 .. Barula dapat 'make-up' camni ^__^ |
![]() |
| Ni cubaan kali ke-3 ^^ |
![]() |
| Kuih tat hasil seni usahasama bersama laki aku .. Ahakss |
![]() |
| Habis penyek 'bunga2' tat tu ... Sib baik rasa OK ^^ |
Friday, August 10, 2012
Celoteh Ramadhan 21 : Bicara Tentang Personaliti
السلام عليكم
Berkunjung ke blog sahabat, Pn Stoberi, aku tergerak hati untuk mencuba satu test mengenali personaliti diri. Kalau nak cuba gak, leh klik kat SINI
Keputusan bagi simple evaluation tentang personaliti aku adalah :
Sedikit huraian mengenainya adalah :
ISFJs are industrious caretakers, loyal to traditions and organizations. They are practical, compassionate, and and caring, and are motivated to provide for others and protect them from the perils of life.
ISFJs take their personal values seriously, and are committed to maintaining harmonious and cooperative relationships. They want stability and longevity in their connections with others, and tend to maintain a deep devotion to family. They look for people they can rely upon over the long term.
ISFJs appreciate tradition and are often the family historians, ensuring that younger generations respect and value the established customs. They appreciate knowing how things have been done in the past, and want to observe the proper, established method.
ISFJs are responsible and committed workers, and place great importance on fulfilling their duties, particularly when they are taking care of the needs of others. They want others to know that they are reliable and can be trusted to do what is expected of them. ISFJs are conscientious and methodical, and persist until the job is done.
Popular leisure activities for ISFJs include cooking, gardening, painting, crafts, picnics, nature walks, and watching movies. They are also often found supporting their loved ones in their interests and activities.
Interesting facts about the ISFJ:
- On personality trait measures, score as Conservative, Conventional, Guarded, and Reserved
- Among types most likely to believe in a higher spiritual power ( Percaya hanya pada ALLAH s.w.t ^^ )
- More likely than average to experience chronic pain
- Second most common type among education majors in college
- More likely than other types to watch more than 3 hours of television per day ( Ye,ye .. saya memang suka menonton TV)
- Personal values include Happy family, Health and Spirituality
- Overrepresented among MBA students and male small business owners
- Among three types with the lowest income ( =_=")
- Commonly found in education, health care, and religious occupations
Thursday, August 9, 2012
Celoteh Ramadhan 20 : Entri Kurang Kata
Wednesday, August 8, 2012
Celoteh Ramadhan 19 : Cerita Juadah Berbuka Ke ...
![]() |
| Pizza base tortilla |
![]() |
| Kuah Spaghetti |
![]() |
| Garnish Spaghetti, Sosej Keju |
![]() |
| Spaghetti Fettucini Spinach |
Tuesday, August 7, 2012
Celoteh Ramadhan 18 : Almond London versi AdiaLuze ^^
Aduyaii ... Lenguh gak tangan buat kuih raya ni rupanya yeee ... Tapi, sangat-sangat ENJOY !!! ^^ ... Yela. Walau takde mixer, aku tetap berjaya menyiapkan jugak biskut Almond London yang kuidam-idamkan selama ini. Thehehee .. (walaupun tak berapa nak rapuh ... terlebih tepung kot .. huhuhuuhu).
Ok. Mehla tengok hasil kerja tangan aku selama lebih kurang 6 jam semalam. Minggu depan sambung wat lagi dan nak cuba buat Biskut Oreo Black Beauty plak ... Semoga menjadi la hendaknyaa ... Ahaksss ...
- Oreo black beauty
- Tat gulung
Friday, August 3, 2012
Tazkirah Ramadhan 14 : Bicara Tentang Zuriat
ZURIAT aka CAHAYAMATA
Ya. Takda satu pun manusia waras di dunia ini yang telah berkahwin tak inginkan zuriat. Mungkin pada awal usia perkahwinan, mereka tak berkeinginan untuk mempunyai zuriat. Tapi, setelah 3 tahun ke atas, pasti keinginan itu akan datang jua dalam diri mereka.
Bagi mereka yang tak sampai sebulan berkahwin dan diutuskan dengan perkhabaran gembira bakal bergelar ibu dan ayah, rasanya pasti tak tergambar kegembiraan mereka itu. Pada mereka yang dah berbelas tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat juga rasanya tak tergambar jua perasaan sedih dan kecewa mereka itu.
Semuanya adalah ketentuan Allah. Kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya sedang kita sendiri tidak mengetahui satu apa pun tanpa izinNYA. Subhanallah.
Tahun ini merupakan tahun ke-4 usia perkahwinan aku. Alhamdulillah, kami masih lagi dikurniakan kebahagiaan oleh Yang Maha Kuasa. Walaupun masih tanpa cahayamata. Rasanya telinga aku ini sudah terbiasa dengan pertanyaan orang-orang disekeliling yang sering bertanya "Bila lagi?" .. "Merancang ke?" ... "Dah cuba pergi berubat?" .. Hmmm .. Dan aku cuma ada satu jawapan bagi semua soalan itu, "Insyallah, coming soon. Tengah proses la ni" ^^
Bukan ke kata-kata kita itu adalah DOA. Jadi, berkatalah hanya yang baik-baik sahaja. Lagipun, mereka-mereka itu takkan tahu sebanyak mana sudah kita berdoa dan berusaha untuk mendapat anugerah terindah dari ALLAH nan satu itu. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Astaghfirullah.
Walaubagaimanapun, janganlah terlalu bersedih. Kalau Nabi Zakaria, dalam usia 90tahun dan dalam keadaan isterinya yang mandul, tak pernah berhenti berdoa, berharap dan bermohon sehingga ALLAH mengurniakan baginya Nabi Yahya a.s, tiada apa lagi yang mustahil di dunia ini. Yang penting, kita jangan sesekali berputus asa untuk berusaha dan berdoa.
Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri, orang lain, maupun takdir. Jangan hanya kerana zuriat, kita jadi jauh dari ALLAH. Jangan. Bersyukurlah seadanya. Sentiasa memanjatkan kesyukuran padaNYA dan mintalah padaNYA. Di sini aku ingin jua kongsikan doa-doa Nabi Zakaria buat amalan mereka-mereka yang senasib denganku. Insyallah ... Allah Maha Mendengar dan Menerima doa permohonan hamba-hambaNYA.
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَDan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِKetika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
W'salam ..
Adioss ...
Celoteh Ramadhan 14 : Rahsia Tuhan Siapa Tahu ?
Thursday, August 2, 2012
Celoteh Ramadhan 13 : Kisah Rumahtangga
Sayu & hiba. 2 perasaan yang dapat aku katakan disamping beberapa lagi rasa yang ada setelah menonton berita mengenai kematian sepasang suami isteri di Keramat malam tadi. T___T. Lebih menyayat hati, bila tau yang isterinya tu tengah sarat mengandung 7 bulan !! Subhanallah, Astaghfirullah ...
Nak menangis rasanya bila melihat paparan motor mangsa yang tersepit antara 2 biji bas. Tak tergambar macamana perasaan suami isteri ini ketika menghadapi saat-saat penuh tragik itu ... Tapi, Alhamdulillah, mereka mengadap Allah di bulan baik ini. Semoga roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan solehah. Amin. Al-Fatihah.
Disamping berita sadis ini, kita juga dihadapkan dengan beberapa cerita keganasan rumahtangga, Antaranya, Suami ganas dipenjara 15 bulan dan Suami kelar leher isteri diburu . T_________T
Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 19 :"Dan bergaullah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".
SUMBER : JAIS
Kenapa? Kenapa? Kenapa? Soalan yang utama menerjah benak otak aku ini. Mungkin dah takde rasa sayang? Mungkin emosi menguasai diri? Atau mungkin terlalu mengikut hasutan nafsu dan syaitan ??? Entahlah. Tapi, mudah-mudahan rumahtangga kita semua terlindung dari perbuatan-perbuatan sedemikian .. Amin ..
Hadith Rasulullah s.a.w. sabdanya :
"Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita".
SUMBER : JAIS
Nota Manja : Ya Allah, KAU lindungilah suamiku selalu dari malapetaka, bala bencana, dan segala perkara kemungkaran. Semoga kau berkati perjalanannya setiap hari untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Amin, amin, amin yarobbal a'lamin ...
W'salam ..
Adioss ...
Wednesday, August 1, 2012
Celoteh Ramadhan 12 : Percubaan Pertama Biskut Germanku

Monday, July 30, 2012
Celoteh Ramadhan ke-10 : Cakap-cakap Kosong Je
Bulan-bulan puasa ni, nak mengarang entri apa-apa takut bahasa yang digunakan tak sesuai, so nak selamat, aku just masukkan entri-entri yang santai-santai dan berilmiah je la ye.
Di samping itu, dengan rasa rajinnya, aku men'touch-up' kan blog aku ni seadanya. Tetiba je aura gegirl meresap dalam jiwa aku ni .. Tu yang terajin ubah itu ini dalam mode pinky-pinkish .. Theheheee .. Segala gadjet madget tu, aku dapat dari belog INI .
Sepanjang 9 hari Ramadhan ni, Alhamdulillah, aku masih diberi kekuatan untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur dengan air tangan aku sendiri. Mudah-mudahan, rajinnya sampai la ke akhir puasa nanti.
Kalau tahun lepas aku terlebih rajin berkongsi resepi juadah berbuka aku, tahun ni, malasnya plak yang terlebih-lebih ... Huhuhuhu ... Bukan apa, resepi aku takdelah segempak cef Hanieliza ke atau CMG ke Mamawandiha .. Tu yang segan nak kongsikan tu. Tkpela. Nanti kalau aku masak gempaq sikit, aku kongsikan la yee .. Ahaksss
Okla. Aku nak gi tengok-tengok blog-blog masakan yang ada .. Nak cari resepi masak hari ni .. Chow !!!
Friday, July 27, 2012
Tazkirah Ramadhan : Kisah Si Laknatullah Mustafa Kemal Antatuk
Hati tersentap bila terbaca kisah Mustafa Kemal Antatuk di blog Saudara Ammar. Rasa marah, geram, sedih, sakit hati dan segala jenis rasa yang tak dapat digambarkan berkumpul jadi satu.
Kalau nak tau lebih lanjut, leh la gi ke Blogammar tu ye. Tapi, kat sini, aku kongsikan cerita serba sedikit mengapa Mustafa Kemal Antatuk ini patut digelar PEMUSNAH ISLAM di bumi Turki. Sudi-sudikanlah membaca yee ..
Antara sebab Mustafa Kemal Antatuk ini patut dijadikan musuh Islam adalah perlaksanaan undang-undang beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri Turki iaitu :
- Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
- Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
- Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
- Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
- Menggalakkan minum arak secara terbuka.
- Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
- Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
- Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
- Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
- Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
- Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
- Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
- Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
- Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
- Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
- Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
- Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
- Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Apa perasaan korang bila selesai membaca si Laknatullah ini punya undang-undang ??? Geram tak? Sakit hati tak? Meyampah tak? Marah tak ??? Kalau korang tak rasa apa-apa, maknanya, ada something wrong la tu ngan korang .. Huh!
Ok. Untuk dijadikan pengajaran, dari blog yang sama, aku kongsikan azab-azab yang diterima si celaka ini dalam perjalannya menuju kematian ...
Penyakit-penyakit yang Allah "hadiahkan' padanya :
- Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
- Sakit jantung.
- Penyakit darah tinggi.
- Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Maha suci Allah, kesan dari kepanasan yang dialami, beberapa usaha telah dilakukan untuk mengurangkan rasa panas itu. Antaranya :
- Pembantu-pembantunya diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
- Mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Setelah segala usaha yang dilaksanankan menemui kegagalan, beberapa azab lagi diterima Si Laknatullah ni :
- Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
- Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.
Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.
Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Begitulah nasib si Pemusnah Empayar Islam Uthmaniyah. Subhanallah, Allahuakbar !!!!
NOTA Manja : Panjang giler entri aku kali ni. Saje takmo buat part by part .. tak seronok nak baca camtu ... huhuhu
P/S : Sumber utama dari : Blogammar
W'salam ..
Adioss ...



































