ZURIAT aka CAHAYAMATA
Ya. Takda satu pun manusia waras di dunia ini yang telah berkahwin tak inginkan zuriat. Mungkin pada awal usia perkahwinan, mereka tak berkeinginan untuk mempunyai zuriat. Tapi, setelah 3 tahun ke atas, pasti keinginan itu akan datang jua dalam diri mereka.
Bagi mereka yang tak sampai sebulan berkahwin dan diutuskan dengan perkhabaran gembira bakal bergelar ibu dan ayah, rasanya pasti tak tergambar kegembiraan mereka itu. Pada mereka yang dah berbelas tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat juga rasanya tak tergambar jua perasaan sedih dan kecewa mereka itu.
Semuanya adalah ketentuan Allah. Kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya sedang kita sendiri tidak mengetahui satu apa pun tanpa izinNYA. Subhanallah.
Tahun ini merupakan tahun ke-4 usia perkahwinan aku. Alhamdulillah, kami masih lagi dikurniakan kebahagiaan oleh Yang Maha Kuasa. Walaupun masih tanpa cahayamata. Rasanya telinga aku ini sudah terbiasa dengan pertanyaan orang-orang disekeliling yang sering bertanya "Bila lagi?" .. "Merancang ke?" ... "Dah cuba pergi berubat?" .. Hmmm .. Dan aku cuma ada satu jawapan bagi semua soalan itu, "Insyallah, coming soon. Tengah proses la ni" ^^
Bukan ke kata-kata kita itu adalah DOA. Jadi, berkatalah hanya yang baik-baik sahaja. Lagipun, mereka-mereka itu takkan tahu sebanyak mana sudah kita berdoa dan berusaha untuk mendapat anugerah terindah dari ALLAH nan satu itu. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Astaghfirullah.
Walaubagaimanapun, janganlah terlalu bersedih. Kalau Nabi Zakaria, dalam usia 90tahun dan dalam keadaan isterinya yang mandul, tak pernah berhenti berdoa, berharap dan bermohon sehingga ALLAH mengurniakan baginya Nabi Yahya a.s, tiada apa lagi yang mustahil di dunia ini. Yang penting, kita jangan sesekali berputus asa untuk berusaha dan berdoa.
Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri, orang lain, maupun takdir. Jangan hanya kerana zuriat, kita jadi jauh dari ALLAH. Jangan. Bersyukurlah seadanya. Sentiasa memanjatkan kesyukuran padaNYA dan mintalah padaNYA. Di sini aku ingin jua kongsikan doa-doa Nabi Zakaria buat amalan mereka-mereka yang senasib denganku. Insyallah ... Allah Maha Mendengar dan Menerima doa permohonan hamba-hambaNYA.
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَDan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِKetika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
W'salam ..
Adioss ...
4 comments:
siapalah yg berkahwin tapi x inginkan zuriat? semuanya inginkan zuriat sendiri.. tapi, Allah merancang yg terbaik utk hamban-Nya.. cepat atau lambat.. insyaAllah rezeki itu akan tiba juga..
Ya Allah, kuatkan hati kami yang masih menantikan zuriat.. kuatkanlah iman kami agar sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah..
semoga dipermudahkan buat kamu..
saya pun menanti kehadiran si kecil.tahun ni nak masuk tahun ke 3 perkahwinan kami.sedih.sapa tak nak ade anak kan tapi belum rezeki kita.
semoga kebahagian itu akan tiba.. =D
Post a Comment