Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Tazkirah Ramadhan 14 : Bicara Tentang Zuriat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


ZURIAT aka CAHAYAMATA

Ya. Takda satu pun manusia waras di dunia ini yang telah berkahwin tak inginkan zuriat. Mungkin pada awal usia perkahwinan, mereka tak berkeinginan untuk mempunyai zuriat. Tapi, setelah 3 tahun ke atas, pasti keinginan itu akan datang jua dalam diri mereka.

Bagi mereka yang tak sampai sebulan berkahwin dan diutuskan dengan perkhabaran gembira bakal bergelar ibu dan ayah, rasanya pasti tak tergambar kegembiraan mereka itu. Pada mereka yang dah berbelas tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat juga rasanya tak tergambar jua perasaan sedih dan kecewa mereka itu.

Semuanya adalah ketentuan Allah. Kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya sedang kita sendiri tidak mengetahui satu apa pun tanpa izinNYA. Subhanallah.

Tahun ini merupakan tahun ke-4 usia perkahwinan aku. Alhamdulillah, kami masih lagi dikurniakan kebahagiaan oleh Yang Maha Kuasa. Walaupun masih tanpa cahayamata. Rasanya telinga aku ini sudah terbiasa dengan pertanyaan orang-orang disekeliling yang sering bertanya "Bila lagi?" .. "Merancang ke?" ... "Dah cuba pergi berubat?" .. Hmmm .. Dan aku cuma ada satu jawapan bagi semua soalan itu, "Insyallah, coming soon. Tengah proses la ni" ^^

Bukan ke kata-kata kita itu adalah DOA. Jadi, berkatalah hanya yang baik-baik sahaja. Lagipun, mereka-mereka itu takkan tahu sebanyak mana sudah kita berdoa dan berusaha untuk mendapat anugerah terindah dari ALLAH nan satu itu. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Astaghfirullah.

Walaubagaimanapun, janganlah terlalu bersedih. Kalau Nabi Zakaria, dalam usia 90tahun dan dalam keadaan isterinya yang mandul, tak pernah berhenti berdoa, berharap dan bermohon sehingga ALLAH mengurniakan baginya Nabi Yahya a.s, tiada apa lagi yang mustahil di dunia ini. Yang penting, kita jangan sesekali berputus asa untuk berusaha dan berdoa.

Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri, orang lain, maupun takdir. Jangan hanya kerana zuriat, kita jadi jauh dari ALLAH. Jangan. Bersyukurlah seadanya. Sentiasa memanjatkan kesyukuran padaNYA dan mintalah padaNYA. Di sini aku ingin jua kongsikan doa-doa Nabi Zakaria buat amalan mereka-mereka yang senasib denganku. Insyallah ... Allah Maha Mendengar dan Menerima doa permohonan hamba-hambaNYA.


وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)


هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
SUMBER : SINI

W'salam ..

Adioss ...




Friday, August 26, 2011

Salam PRA Aidilfitri .. ^‿^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Semalam, rancangan Iftar di Restoran Saba' berlangsung dengan aman dan agak lancar (walaupun aku sempat sesat la jugak .. Heh). Komen aku setelah menikmati makanan Arab di situ adalah : OKAY LAA .. Yelah, aku ni jenis yang suka makan pedas ... Tetiba kena makan makanan yang langsung tak pedas ... Hmmm .. Selera tu jadi kureeenng la skit .. Apapun, nasi Arab dia memang LEMBUT dan SEDAP ! Agak-agak nak cuba bolehlah pegi yee ..


Hari ni hari last aku kerja sebelum memulakan cuti Hari Raya .. Yeaaayyyyy .. !!! SERONOKNYA !!!


Korang pun rasanya, masing-masing dok balik awal kan. Almaklumla .. Ramai yang memang cuti Sabtu ngan Ahad ni kan. Alamatnya, bersusun la kereta kat Highway tu kan. Aku balik kampung hari Ahad ni kot. Tengok la macamana keadaannya nanti. Huhuhu ...


Aku nak wish Selamat Hari Raya pun cam awal sangat lagi. Takpela .. Aku 'simpan' la dulu ucapan tu yee .. Tapi, rasanya kalau bagi ucapan dekat2 nak raya tu mesti takde yang nak baca kaaann .. Almaklumla .. Semua orang dah sibuk dok anyam ketupat, kacau dodol dah kejar ayam serata kampung nak sembelih wat rendang, hehehee ..


Okla .. Aku simpan la dulu ucapan aku tu ye .. Apapun, kepada korang-korang yang nak balik kampung tu, aku nak ucapkan :




P/S : Oh yee .. Ada doa khas untuk kita kongsi bersama sebelum memulakan perjalanan, Meh kita hafal dan baca sama-sama ye ...




W'salam

Adiosss...


Tuesday, June 21, 2011

Bila Fikiran dan Jiwa Kacau ..

Assalammualaikum...

Hari ni setelah sekian lama, barulah aku berkesempatan berkunjung ke blog En.Ben. Seronok plak dok baca entri2 beliau. Cara beliau menulis, mengarang ayat, membina cerita ... bahasa yang selamba dan bila kita baca tu, seolah2 dalam kepala otak kita ni, kita dengar beliau bercerita ...

Ceceh .. Lebey2 la plak memuji kan .. Bukan membodek ye, aku komen IKHLAS .. Takde niat pe2 pun .. Lagipun, aku ni adalah manusia yang paling tak reti dalam hal2 bodek membodek ni ... heh ..

Hari ni dah masuk 21 Jun 2011 ... Lagi sebulan lebih kita akan menyambut Ramadhan .. Yeaaahuuuu !!!! Semenjak dua tiga menjak dah sedar diri dah tak berapa nak muda ni, aku sangat2 excited untuk menyambut Remadhan berbanding Aidilfitri .. Sebabnya, hanya dalam bulan Ramadhan la aku akan rasa SANGAT tenang, aman dan damai ... Subhanallah ...

Tapi, bukan maksud aku yang bulan2 biasa tu aku tak tenang yeee .. Cuma masa bulan Ramadhan je segala ketenangan itu menjadi lebih bermakna ...

Dalam bulan 4 hari tu, aku mengalami kecelaruan minda (bukan gila okeh) hingga menyebabkan aku suka sangat nak  menangis ... Hmmmph ... Cam kritikal je kaaannn ... Tapi ! Jangan risau ye kengkawan .. Sebabnya, seorang sahabat aku telah memberi aku penawar yang paling mujarab !!!

 
Nak tau apa dia ?

Meh tengok ni 
|
|
|
|
V
v
v

Amacam ? Caya tak ? Kalau korang tak caya, cuba la amalkan baca doa pembuka 12pintu tu selalu .. Insyallah, hati akan lagi tenang dan aman ... ^_^
W'salam...

Adiosss...

Wednesday, March 16, 2011

Sembahyang Tiang Agama

Assalammualaikum...



Aku baru je 'balik' dari bertamu  di blog Duniaku Di Sini .... Rasa terharu lepas baca entri dia pasal cara Wardina Safiyyah mengajar anaknye bersolat... Percaya atau tidak, aku hampir2 mengalirkan airmata!! Yes !!! Entri yang sangat2 menyayat hati.. Tiba2 terfikir pasal kekhilafan diri sendiri yang kadang2 sewenang2nye menunggalkan solat tanpa menyedari bahawa sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui... T.T








Siapa sangka Wardina Safiyyah yang satu ketika dulu pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja dan pernah beraksi seksi di depan kamera boleh berubah menjadi seorang Wanita, Isteri dan Ibu yang sangat menitikberatkan ajaran Islam dalam kehidupannye sehari2rian...??


Memetik kata2nya di dalam  Official Page of WardinaSafiyyah  :







Kalau nak mencari idola dikalangan artis, inilah dianye orang yang paling sesuai dijadikan idola ataupun ikon. 

Pesan untuk teman2 sekalian.. Kalau hari ini kita menghina dan mengkritik manusia lain kerana kelakuan dan perangai buruknya, ingatlah untuk meminta maaf padanya seandainya satu hari nanti, kita bertemu semula dengannya dalam keadaan dia sudah berubah menjadi insan yang jauh lebih baik dari kita...

Masa depan adalah satu kotak misteri yang hanya ALLAH menjadi Tuan Empunya kunci ... Bak kata seorang sahabat blogger " Manusia hanya merancang dengan cita2nya, tetapi Allah menentukan dengan cintaNYA " ...



W'salam...

Adiosss...


Tuesday, March 15, 2011

Saturday, March 12, 2011

Nak Bahagia ? Bacalah Ni Ye..

Assalammualaikum...


Sekadar berkongsi untuk kebahagiaan bersama..

P/S : Doa, doa jugak...Solat 5 waktu jangan lupa yee..

W'salam...

Adiosss...


Doa Buat Orang Kasih...

Assalammualaikum...


Salam hari MINGGU lagi kengkawan !!!


Sabtu datang lagi bersama agendanye yang tersendiri... Apa agaknye yeee..Hmmm...


Apa2pun, dipagi yang tak berapa nak hening dah ni, aku nak kongsi ngan koraang ilmu pengasih...HAaa..ni ilmu bukan setakat ilmu, ini ilmu yang berdasarkan ayat Al-Quran...Marilah kita manfaatkan bersama2... 









Caranya: 

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. 

Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 


Ilmu ni orang kata kalau dikongsi besar manfaatnye.. Tapi kalau setakat amalkan doa ni je tapi solat tak jaga dan amalan2 yang lain terabai, sendiri mau ingat la yeee ....

Apa2pun, marilah kita utamakan kasih pada yang Maha Esa terlebih dahulu sebelum kita sibuk2 nak menagih kasih sesama manusia..Sebabnye, samada anda mau percaya atau tidak, kasih sesama manusia ni, belum tentu akhir ceritanye, TAPI, kasih Allah ni, kekal selamanye... Subhanallah...

W'salam...

Adiosss...




Sunday, February 13, 2011

Tak Pernah Berhenti Berharap ...... +___________=

Assalammualaikum...

Kawan-kawan, salah ke kalau aku suka berangan2 dulu sebelum mendapat sesuatu benda yang dihajatkan ??? Aku tak kacau orang pun...Aku berangan buat hal aku sendiri jeee..

Nak tau aku berangan pasal apa ? Aku berangan pasal ANAK..


Hmmmmmm....Aku dah siapkan nama2 untuk bakal anak2 aku..Bunyi cam pathetic je kaaannn..Tapi, itulah hakikatnye...Aku dah sampai satu tahap dimana kehadiran cahayamata amat2lah diharapkan...Kalau dulu suka buat taktau dan tak ambil peduli..Tapi sekarang ni, sejak2 terpikir umur dah meningkat dan bila balik kampung hari tu jumpa kazen2 aku ada yang dah mengandung lagi dan ada yang baru dapat anak..tetiba je naluri keibuan aku tersentuh.... T_______T

Yelaaa...Mana ada orang yang berkahwin tapi taknak anak langsung kan...Anakkan pengikat kasih sayang antara suami dan isteri dan kerana anak la jugak Rita Rudaini ngan mertuanye dah mula berbaik2 (tetiba jeeee citer pasal artis la plak..thehehehe)...

Korang tolong lah doa2kan aku yeee...Mudah2han tahun 2011 ni adalah rezeki aku bergelar IBU@MAMA@EMAK@MUMMY yeee..Ammmiiiiiinnnnn....

W'salam...

Adiosss...

Friday, February 11, 2011

DOA

Assalammualaikum...

Doa senjata orang mukmin….

Kat bawah ni aku nak kongsi ngan korang panduan tata cara berdoa. Marilah kita berkongsi ilmu yang sangat2 bermanfaat ni yeee...



#  Angkat tangan ke paras dada

#  Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

# Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba " ب  " . Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

# Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

# Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah AR-Razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi S.A.W

# Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana Allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.

# Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya Allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.


Marilah kita terus berDOA, berDOA dan berDOA...Kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa Allah akan memakbulkan doa2 kita tu..Sapa tau, ye tak ??? ^O^

W'salam...

Adiossss...

Monday, December 6, 2010

Jom Baca DOA!!

Assalammualaikum...

Setelah berkongsi azam yang adooo dr aku, ni aku nak kongsi doa plak...Yg akhir taun tu, sempat lagi kalo nak baca..Tapi jangan sampai masuk maghrib ye...Sebab lepas Maghrib nak kena baca doa awal taun la plak...Ngeeehhhh...

 

Mari baca beramai2 sebelum kita mengakhiri Tahun 1431 Hijrah dan memulakan hari yang baru dalam 1432 Hijrah!!!

W'salam...

Adiossss...


KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu