Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Ketika ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Ketika membaca FB Ustaz Azhar Idrus tadi, aku terbaca beberapa tip perkahwinan yang rasanya sangat berguna untuk aku kongsikan dengan sahabat semua. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita bersama. Insyallah. Amin. 


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


P/S : Setiap hari aku sentiasa berusaha dan berdoa untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suamiku hingga keakhir hayat ... Insyallah ...


W'salam...

Adiosss...

Tuesday, March 6, 2012

Merokok : Apa Hukumnya?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Soalan : Apa hukum merokok?


Jawapan : 
Menurut pendapat Mazhab Syafii, hukum menghisap rokok itu makruh. Apabila menghisap rokok itu diyakini boleh menyebabkan sakit, maka hukum makruh itu berubah menjdi hukum haram.


Dari sudut pembaziran, ada dua hukum. Pembaziran yang melampau batas hukumnya adalah haram. Pembaziran kategori ini yang disebut dalam Al-Quran sebagai saudara syaitan.

Pembaziran yang tidak melampaui batas adalah makruh hukumnya dan tidak termasuk saudara syaitan.


Seram tak? Seram tak? Ngeeee ...


** Sumber : Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab ** 


W'salam...


Adiosss...

Monday, March 5, 2012

Kalau Bodo Jangan Jawab Soalan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sekadar perkongsian ...


W'salam...

Adiosss...

SOLAT : Suatu Kewajipan Bukan Sekadar Tanggungjawab


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”
( Bukhari )

Pada zama serba moden ini, ramai antara kita yang meringan-ringan kewajipan dalam bersolat kan? Tak tahu kenapa, ibadah tiang agama ini seringkali dipandang remeh. 

Bagi sesetengah orang pula, jika dah memang dalam kehidupan seharian tak menutup aurat, minum arak dan berjudi,solat akan terpadam terus dalam kamus hidup mereka. Mereka berpendapat "kalau nak buat jahat, biar jahat betul" ... Astaghfirullahala'zhim !!!! Nauzubillah !!

Bagi aku, segala amalan kita, segala perbuatan mungkar kita, takda siapa yang layak nak menilainya, walaupun diri kita sendiri. Yang paling layak menilai, hanyalah Allah s.w.t. Kerana DIA adalah Tuhan sekalian alam. Sebab itu kita tak layak nak menghukum atau menilai sesama makhluk kerana sebanyak mana amalan seseorang insan itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Mungkin ada ramai orang yang kita nampak macam tak semengah. Tapi, yang kita tak nampak, kita tak tahu. Mungkin solat dia lebih baik dari kita, mungkin sedekahnya lebih banyak dari kita dan mungkin amalan baiknya lebih banyak dari kita. Hmmmm ...

Okla. Aku just nak kongsikan petikan soal jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan kewajipan solat. Jom kita sama-sama hayati, Insyallah bermanfaat dunia dan akhirat.





W'salam...


Adiosss...

Monday, February 20, 2012

Cerita Umat Akhir Zaman

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari tu kan aku ada citer pasal Buku "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab" kan? Malam tadi baru aku habis baca. Tapi, kena gak ulang baca. Takut terforget la pulak nanti. Hehehe ..

Ok. aku nak citer salah satu jawapan kepada salah satu soalan dalam buku itu. Soalannya, ringkas je .. " Harga minyak mahal. Apa pendapat Ustaz?". Dan dijawab oleh UAI dengan jawapan berikut :

" Dalam sebuah hadis direkodkan oleh Ibnu Majah, Nabi Muhammad S.A.W menceritakan yang maksudnya :
Lima bala akan terjadi pada akhir zaman dengan sebab lima perkara :

1) Penyakit yang tiada ubat dengan sebab banyak berlaku zina
2) Susah mencari rezeki, harga barangan naik dan banyak berlaku zalim kerana ramai peniaga yang menipu.
3) Berlaku kemarau kerana ramai yang tidak mengeluarkan zakat.
4) Musuh Islam menguasai umat Islam kerana umat Islam mungkir janji kepada Allah.
5) Berperang sesama sendiri menyebabkan rakyat membiarkan pemeritah meninggalkan hukum Islam "

So, marilah kita sama-sama pikirkan betapa semua kejadian di atas semuanya telah menimpa kita wahai manusia akhir zaman ... =.="

W'salam ..

Adioss ...

Sunday, February 12, 2012

Pakai Tudung Baju Ketat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Lepas ni nak cari baju t-shirt Muslimah laa .. Sapa tau mana nak beli ek? Betul ni aku nak beli ... Terasa nak berubah plak ... Mungkin sebab usia dah meningkat kot ... Hmmmm ....

W'salam...

Adiosss...

Thursday, February 9, 2012

Kisah Aurat Wanita Dari Ustaz Azhar Idrus

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Malam Isnin yang lepas, masa kat kampung, aku dok layan video-video ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus kat YouTube. Layan punya layan, dekat kol 2 jugakla aku tido. Hehehe .. Tapi, takpela kan. aku bukan layan menda yang bukan-bukan.

Antara video yang aku tonton adalah video rakaman masa sambutan Tahun Baru 2012 kat Shah Alam nun. Aku paling tertarik dengan satu soalan yang ditanyakan (dibacakan oleh Zizan Raja Lawak) yang berbunyi (lebih kurang camni la) " Saya ada dengar CD ceramah Ustaz mengenai aurat.Ustaz ada sebut pakai tudung tu tak wajib, tapi belum pun habis ustaz cakap, CD saya rosak .. Boleh tak Ustaz jelaskan dengan lebih lanjut di sini?" ..

Haaa .. Soalan memang cam main-main kan. Tak tau la sapa yang mengirimkannya sebab semua soalan yang dikemukakan, takde nama pengirim (cam saje je kan penganjur buat camni .. Ahaksss).

Ok. Jawapan yang Ustaz berikan lebih kurang camni la bunyinya .. " Memang saya ada kata pakai tudung tu tak wajib .. Sebab yang wajib adalah MENUTUP AURAT .." Tergelak aku dengan jawapan Ustaz ni. Mau taknye. Takut jugak aku kalau dia bagi hukum sendiri. Tup-tup, jawapan yang diberikan begitu bernas sekali !!!

Almaklumlaaa .. Zaman sekarang ni, bila cakap pasal tutup aurat, semua orang pikir, dengan pakai tudung je dah memadai. Kita sendiri kengkadang lupa yang aurat orang pompuan ni, bukan setakat rambut je. Kalau nak kirakan, seluruh anggota badan kita kecuali muka dan tapak tangan ni adalah aurat.

Sabda Rasulullah S.A.W  kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]

Menutup aurat pun, kalau dok pakai baju yang ketat-ketat sampai nampak segala macam lekuk tu pun dikira haram. Hmmm .. Tapi, kita ni (termasuk aku jugak) kalau dah pakai seluar panjang, baju lengan panjang dan bertudung, dah kira cukup syarat la tuh. Tak kiralah, baju tu ketat ke, baju tu senteng ke, seluar tu ketat ke, tudung tu tutup tang kepala je ke ... Asalkan semua bertutup, kita dah rasa memadai ... Hmmm ...

Firman Allah, “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [An Nur:31].

W'salam ..

Adioss ...

Monday, February 6, 2012

Sekadar Perkongsian ... Mana Betul, Mana Salah .. Sendiri Boleh Pikir ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


P/S : Aku bukannya alim sangat .. Tapi, tak salah kan kalau kita sentiasa belajar untuk mencari jalan yang betul dan terbaik untuk ke Syurga Allah .. ?

NOTA KAKI : ENTRI INI, BUKAN ENTRI POLITIK OKEY !!

W'salam...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu