بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :
...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”
( Bukhari )
Pada zama serba moden ini, ramai antara kita yang meringan-ringan kewajipan dalam bersolat kan? Tak tahu kenapa, ibadah tiang agama ini seringkali dipandang remeh.
Bagi sesetengah orang pula, jika dah memang dalam kehidupan seharian tak menutup aurat, minum arak dan berjudi,solat akan terpadam terus dalam kamus hidup mereka. Mereka berpendapat "kalau nak buat jahat, biar jahat betul" ... Astaghfirullahala'zhim !!!! Nauzubillah !!
Bagi aku, segala amalan kita, segala perbuatan mungkar kita, takda siapa yang layak nak menilainya, walaupun diri kita sendiri. Yang paling layak menilai, hanyalah Allah s.w.t. Kerana DIA adalah Tuhan sekalian alam. Sebab itu kita tak layak nak menghukum atau menilai sesama makhluk kerana sebanyak mana amalan seseorang insan itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Mungkin ada ramai orang yang kita nampak macam tak semengah. Tapi, yang kita tak nampak, kita tak tahu. Mungkin solat dia lebih baik dari kita, mungkin sedekahnya lebih banyak dari kita dan mungkin amalan baiknya lebih banyak dari kita. Hmmmm ...
Okla. Aku just nak kongsikan petikan soal jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan kewajipan solat. Jom kita sama-sama hayati, Insyallah bermanfaat dunia dan akhirat.
W'salam...
Adiosss...
1 comment:
brtul uh..:)
Post a Comment