Masalah dan hidup memang tak boleh dipisahkan kan? Ada orang kata, tanpa masalah, hidup ni tak mencabar. Dari masalah jugak la manusia belajar menjadi lebih matang dan tabah.
Tapi, tak semua dapat melihat masalah yang mereka hadapi dari sudut positif. Memang susah. Hati kena betul-betul kuat. Jangan pedulikan segala kata-kata negatif yang akan membuatkan kita jadi demotivated.
Persekitaran juga mempengaruhi dalam menentukan bagaimana kita menghadapi masalah yang melanda. Sokongan dari orang yang tersayang akan betul-betul membantu. Kerana itu manusia ini saling perlu memerlukan. Jangan ingat kalau kita ni dah selalu kena berdikari, kita tak perlukan sesiapa disisi. Kita hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi. Hmmmm ...
Kenapa aku cakap pasal MASALAH? Kerana aku sedang dilanda beberapa masalah sekarang ni. Tak perlu dihebahkan. Cukup sekadar kalian sudi mendoakan agar segala kekusutan ini dapat kuleraikan satu persatu dengan mengambil jalan penyelesaian yang terbaik.
Walauapapun masalah yang aku hadapi sekarang ni, aku anggap ianya adalah DUGAAN dari Tuhan untuk aku. Semoga aku akan tetap kuat menghadapinya. Insyaallah.
Ok. Nak kongsi lagu ni. Jom ! Layan !!!!
4 comments:
amalkan baca surah al insyirah ya..insyaAllah akan jumpa jalan keluar nnti
masalah memang tak lari dalam kehidupan kita kan..cuma kita kena sabar and kuat nak hadapinya..:)
enjoy the problem..:)
masalah itu pengalaman yang berharga... =)
Post a Comment