بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Seorang graduan Wanita (A) yang baru sahaja mendapat Ijazahnya telah memohon kerja di sebuah Syarikat Swasta dalam bidang IT. Berbekalkan Ijazah yang diperolehi dari salah sebuah IPTS itu, dia telah diterima bekerja dengan gaji permulaan sebanyak RM20 sen.
Setahun sebelum itu, seorang Wanita yang lain (B) telah memohon kerja di Syarikat yang sama berbekalkan dengan Diploma yang dimiliki dari salah satu IPTA dan 4 tahun pengalaman bekerja. Dia juga diterima bekerja dengan gaji permulaan sebanyak RM10 sen.
Si A telah bekerja selama 3 tahun dengan gaji terkini adalah meningkat sebanyak RM5 sen dari gaji asalnya dan si B pula telah bekerja selama 4 tahun dengan gaji kasar dalam jumlah tambahan yang sama. Mereka ditakdirkan bekerja dalam jabatan yang sama dan dengan agihan kerja harian yang sama.
Nak dijadikan cerita, berlaku rombakan dalam Jabatan mereka dan si B telah diamanahkan untuk mengetuai Jabatan tersebut. Mengapa si B terpilih, tak pula dinyatakan dengan jelas. Mungkin pada pandangan Orang Atasan, dia mempunyai mutu kerja yang selayaknya untuk menyandang jawatan tersebut. Mungkin.
Persoalannya, walaupun Jawatan sudah berubah dan bebanan kerja sudah bertambah, dari segi gaji, si A masih mempunyai gaji lebih daripada Si B. Pada pendapat kawan-kawan semua, wajarkah perkara tersebut berlaku? Tolong bagi pandangan sikit supaya si B dapat menggalas tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan hati yang lebih tenang, ikhlas dan redha.
Kata Aku : Segala maklumat-maklumat penting telah diolah mengikut kesesuaian.
P/S : Kejadian memang ada kena mengena dengan yang hidup tapi tak ada kena mengena pun dengan yang telah meninggal dunia .. thehehee ..
W'salam ..
Adioss .
8 comments:
sepatutnya gaji dia kena bertambah..
sepatutnye gaji si B kena tambah sesuai dengan tugas yang dipikul
p/s; sama gak benda ni terjadi
RM20 sen? 20 sen atau RM20 yang betul.
kena naik gaji, kn.
klu pangkat naik, gaji pn kena naik. :)
perkara ni mmg selalu berlaku...sebab tu tak kira apa berlaku belajarlah sampai dapat ijazah. menda berlaku pd husband koi sendiri yg mana ade diploma dan budak opis dia lagi sorang ade degree. samalah keadaan dia macam citer kat atas tu..mmg patut B bersuara atau angkat kaki jer...supaya majikan dapat lihat kenyataannya
hurm.. bagi aku... gaji B supposelly turut bertambah dari gaji si A since bebanan kerja turut bertambah. POsition itu penting... tapi entah... maybe top managment ada sebab mengapa sebegitu.. @_@
*tak ada pengalaman kerja lagi..
pendapat aida pulak, secara realiti memang gaji A akan lebih tinggi. krn dia degree holder. meskipun B dinaikkan pangkat, gaji B up skit dari yg lama, tetap lebih rendah daripada A. realiti nyer.
B boleh la diskus dgn management. since pangkat dia lebih dari A, lebih kan gaji dari A. if not, tak adil.
setuju dgn pendapat aida seperti di atas, tp disebabkan ini berlaku di sektor swasta, maka tiadelah heran jika gaji B lg byk dr gaji A (happened at my prev workplace gaji lepasan spm tp dh koje 20 yrs (tp as whouse supervisor je) mendpt gaji 3x ganda gj degree holder yg dh koje 3 thn).
kalao gomen, haruslah gaji lebih rendah jike tiade kelayakan. jgnlah menjadi seperti pakcik omar osman yg asik tak puas hati memanjang. mase skola dulu x reti nk blajo rajin2, bl dh tua nkrapatkan jurang dgn gaji degree n masters holder.... hmmmmm....
Post a Comment