بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hujung minggu baru ni, aku balik kampung (seperti yang aku telah ceritakan di Entri Jumaat lepas). Hari Sabtu tu, adik aku, Cikgu Maiza dan adik sepupu aku telah menjemput aku di Hentian Bas Pontian. Walaupun mereka telah datang lewat setengah jam, aku tetap maniskan muka. Yela. Aku paham. Mereka dok sibuk tolong bergotong royong di rumah Makcik aku yang akan mengadakan kenduri berkhatan dan khatam Al-Quran anak tunggalnya pada hari Ahadnya nanti.
Kami tak terus balik sebab nak melawat anak sedara aku yang ditahan di Hospital Besar Pontian sebab batuk+selsema+sesak nafas. Dah 2 hari dia dan ibunya berumah di situ. Sampai Hospital, jam baru nak je pukul 0300 petang. Waktu melawat plak mula pukul 0430 petang.
Oleh kerana aku pun dah kelaparan, maka kami pun singgah la kat kedai yang berdekatan dengan Hospital untuk mengalas perut. Bila dah selesai mengisi perut aku yang tadinya berkeroncong kelaparan, kami pun terus ke Hospital semula. Tepat jam 0430 petang barulah pintu dibuka. Sib baik aku dah penah datang sebelum ni. So, dah tau la kat mana wad kanak-kanak.
Sampai je kat katil adik aku ngan anaknya tu, rasa sayu je bila nampak wayar-wayar yag beselirat kat badan Adelia yang kecik tuh. Sedey. Kat sini aku kongsikan la beberapa gambonya.
Sian kan. Tapi, semalam sebelum aku balik, aku sempat la menjenguknya lagi. Alhamdulillah. Segala jenis wayar dah pun ditanggalkan. Kalau takde apa-apa lagi, hari ni la dia balik. Lega sikit rasa. Mudah-mudahan, lepas ni, Adelia sihat-sihat saja la adanya.
Pasal kenduri kat rumah makcik aku tu, nanti la aku citer ye. Takut panjang sangat la pulak entri ni. Nanti ada yang tak baca langsung, just browse gambo jee .. Ahakss ..
W'salam ..
Adioss .
1 comment:
semoga dia cepat sembuh.. =)
Post a Comment