بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Part 2 dah citer pasal aktiviti aku hari Sabtu kan. Laa ni aku citer pulak pasal hari Ahad. Dipendekkan citer, kami adik beradik bersama seorang adik sepupu aku, bertolak ke rumah Makcik aku lebih kurang pukul 0930 pagi. Dengan berpakaian yang disponsor oleh Tuan Rumah, kami pun melawa la seadanya. Nak melawa lebey-lebey pun takleh sebab baju dah ala-ala boria (semua sama). Ahaksss.
Sampai je kat rumah Makcik kami tu, terusla ke dapur. Tapi memandangkan panel-panel rewang dah ramai, kami pun beredar la ke khemah tempat para tetamu makan. Aiiiippp !! Bukan nak melantak ye. Kami ni konon-kononnya nak jadi penanggah. Tapi, rupa-rupanya, kampung Makcik aku ni, dah ada group penanggah sendiri. Bagus betullah. Terbaeeekkkk ... ^^v
Memandangkan semua tugasan dan ada orang yang membuatnya, kami pun duduk lepak-lepak je la ngan Tuan Rumah yang ada kat anjung rumah sedang menunggu orang untuk bersalaman sambil menghulur apa yang patut seikhlasnya. Sambil tu, mulut kami mula la mengunyah. kerepek pisang la, kek lapis laa .. macam-macam lagi la yang dikunyahnya. Hehehe ..
Mula-mula memang tak banyak la menda yang dibuatnya pun. Masa ni, kazen aku yang lakinya jadi juri masa pertandingan karaoke malam sebelumnya, dah sibuk edarkan nombor-nombor untuk cabutan nombor bertuah yang mana hadiahnya disediakan oleh Tuan Rumah. Cabutan akan dimulakan pukul 0200 petang.
Mula-mula tu, tetamu macam tak ramai, tapi bila jam 1200 tengahari je, tetamu mula la datang tak berenti. Kami yang ada ni tolong la apa yang patut. Tolong refillkan door gift, tolong refillkan bungkusan berkat. Apa-apa je la yang boleh ditolong.
Dalam kitaorang dah start sibuk tu, rupa-rupanya, pemenang-pemenang pertandingan karaoke dah pun diumumkan. Ada 10 hadiah semuanya. Aku sempat amik gambo hadiah je la yeee.
Lebih kurang pukul 0200 petang, acara cabutan nombor bertuah pun dimulakan. Dimulakan dengan pemberian hadiah-hadiah yang kecik dulu macam selipar, sudu, sudip dan dulang. Hadiah takdelah lumayan sangat. Tapi, okla sekadar untuk buat orang yang rewang semua tu syok sikit.
Acara cabutan nombor bertuah ni diselang selikan dengan nyanyian karaoke mereka-mereka yang ingin mengetest suara. Hehehe. Aku tak dapat pun. Abah aku dapat 2 hadiah sebab dia tercabut 2 nombor (dua-dua mengena plak tuh) dan adik aku, Cikgu Maiza dapat satu. Okla kan. Dari tak dapat langsung.
Tapi, yang tak boleh nak blah tu, ada jugak mereka-mereka yang bukannya datang nak rewang. Datang cuma nak menda free jee .. Hampeh. Malas la nak citer pasal mereka-mereka ini. Buat sakit hati je. Huh !!
Majlis berlangsung sampai ke senja tuh. Mana taknya, dekat-dekat pukul 0700 petang pun, masih ada lagi tetamu yang datang. Almaklumla. Inilah majlis yang buat julung-julung kalinya diadakan oleh Tuan Rumah. Lagipun Makcik ngan Pakcik aku ni ramai kenalannya. Hehehe ..
Bila semua tetamu yang hadir dah clear, kami sedara mara yang tinggal ni la yang sibuk membersihkan apa yang tinggal. Ada yang cuci pinggan mangkuk yang melambak-lambak, ada yang menyapu sampah, ada yang menyusun kerusi, macam-macam ada laaa ..
Tup tap tup tap, pukul 0730 petang la baru kami balik. Tupun ada lagi yang masih tinggal. Pukul 0900 malam kena datang lagi sambung apa yang belum beres. Huhuhuu ...
Ok. Sampai sini dulu. Tangan aku dah lenguh. Ada satu entri je lagi sebelum abis cerita aku ni. Sila jangan boring yek !!
*Penanggah = Sekumpulan sukarelawan yang membantu melayan tetamu dalam sesebuah majlis.
*Bungkusan Berkat = Bungkusan makanan yang mana biasanya berupa nasi dan lauk pauk yang akan diberikan kepada tetamu yang bersalaman dengan Tuan Rumah.
W'salam ..
Adioss .
No comments:
Post a Comment