السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Pernah tak korang tengok filem 300? Dengan berlatarbelakangkan zaman sebelum Masihi, filem ini mempunyai latar sinematografi yang sangat-sangat menjadi. Pada yang belum pernah menonton, biarlah aku citer serba sedikit sinopsisnya ye.
Secara ringkasnya, kisah ini adalah mengenai seorang Raja bernama Leonidas yang memimpin 300 orang Sparta untuk memerangi tentera Persia yang dipimpin seorang Raja digelar "god-King" Xerxes dan mempunyai angkatan tentera yang berjumlah 1 juta orang.
Untuk seketika aku kagum dengan kehebatan semangat yang ada pada 300 orang askar yang mampu mengalahkan sepasukan tentera yang lebih besar jumlahnya. Andai tiada pembelotan yang berlaku, pasti mereka akan berjaya hingga ke akhirnya.
Namun, segala kekaguman aku tiba-tiba hilang begitu sahaja setelah menonton rancangan Forum Perdana Ehwal Islam malam Jumaat yang lepas dimana salah seorang ahli panelnya menyebut tentang Perang Badar dimana tentera Islam yang hanya sejumlah 300++ orang mampu mengalahkan tentera kafir yang mempunyai askar sebanyak 1000++ orang !! Subhanallah !!!!
Sedar tak sedar, banyak cerita yang diangkat menjadi filem oleh karyawan-karyawan Barat sangat-sangat berat sebelah. Dalam diam-diam, Barat cuba mengangkat bangsa kafir menjadi 'Hero' yang teragung dalam Sejarah ciptaan mereka sendiri dan kita yang serba jahil ini, buta-buta kagum dengan karya-karya mitos mereka itu. Heh !
Aku bukan merapu. Tapi ini kenyataan. Berapa ramai anak-anak muda kita sekarang yang tahu tentang Islam secara keseluruhannya? Dari aspek Sejarah terutamanya. Aku sendiri pun mengaku yang aku masih lagi jahil dalam hal-hal seperti ini. Bukan tak diajar. Cuma masa tu, aku rasa Alexandar The Great itu lebih hebat daripada Iskandar Zulkarnain. Padahal hakikatnya, mereka ini adalah orang yang sama cuma kisahnya terdapat dari versi yang berbeza.
Dibaki usia yang kita tak tahu bila khatamnya ini, jom kita sama-sama cuba mencari keindahan Islam supaya kita dapat bernaung di bawah limbungannya di akhirat nanti. Insyallah.
Sedikit Info :
"Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya." (Ali-Imran:132).
Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan 2 hijrah di Lembah Badar merupakan peperangan pertama yang dihadapi oleh umat Islam setelah berhijrah ke Madinah. Peperangan ini merupakan indikasi yang besar terhadap perjuangan umat islam dalam menyebar luaskan lagi agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
P/S : Hati kerap tersentuh tiap kali mendengar kisah mengenai Rasulullah s.a.w , para sahabat dan kaum keluarga Baginda. Tapi, taktau kenapa susah betul nak benar-benar berubah untuk menjadi yang lebih baik. Astaghfirullahala'zhim ... Semoga Allah merestui niatku dan aku dan suami dapat sama-sama memperbaiki ilmu agama kami .. Insyallah ..
1 comment:
kita selalu ditipu oleh media barat..untuk hiburan x mengapa..tp jgn percaya 100%..kdg2 niat mereka ni nak merosakkan minda orang islam :)
Post a Comment