Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 13, 2012

Kekejaman Makhluk Bernama MANUSIA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

KABUL – Kumpulan Taliban Afghanistan semalam berikrar akan membalas dendam ke atas kekejaman Amerika Syarikat (AS) berikutan insiden seorang tentera AS menembak mati 16 orang penduduk kampung di dalam rumah mereka.

Taliban menegaskan ia akan membalas tindakan kejam bagi pihak setiap seorang yang terkorban itu, jelas satu kenyataan di laman webnya.

Kelmarin, seorang tentera AS keluar dari pangkalan tentera di Kandahar sebelum memecah masuk ke dalam beberapa buah rumah di kampung berdekatan dan membunuh 16 orang yang terdiri daripada wanita serta kanak-kanak.

Dia kemudian ditahan. AS mengeluarkan kenyataan simpati kepada keluarga mangsa, selain berjanji akan mengambil tindakan.

“Kebanyakan mangsa ialah wanita, orang tua dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Pengganas AS mahu mencari alasan atas jenayah tidak berperikemanusiaan ini dengan mendakwa pelakunya mengalami masalah mental.

“Jika benar sekali pun dia sakit mental, ini membuktikan satu lagi krisis moral tentera AS kerana mereka memberikan senjata kepada orang gila dan menembak orang awam Afghanistan yang tidak bersenjata tanpa memikirkan kesannya,” jelas laman web Taliban. – AFP

SUMBER : Kosmo Online

Kata Aku : Amerika ni memang. Kalau orang dia buat hal, semedang cakap sakit mental. Cuba kalau yang buat tu orang ISLAM. Terus dicop pengganas ! Memang c****a la mereka ini !!!

Snorting Smiley

P/S : Mari kita sama-sama sedekahkan Al fatihah kepada Adik Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai di sini Khamis lalu. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga manusia berhati syaitan yang tergamak memperlakukan sedemikian terhadap adik ini akan dihukum oleh ALLAH dengan selayaknya.

W'salam ..

Adioss .

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu