Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 15, 2012

Hujung Minggu Yang Havoc : Part Last (Akhirnyaaa ^^)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Setelah bercerita berjela-jela tentang kisah aku balik kampung hujung minggu yang lepas, akhirnya, sampai gak ke penghujungnya. Part 2 aku dah cerita habis sampai acara kemuncak kenduri kan? Part 3 ni aku carita plak kisah masa kitaorang dok kira duit sumbangan dari orang ramai untuk Tuan Rumah.

Haaa .. Ni bukannya nak cerita berapa Tuan Rumah dapat, tapi nak ceritakan tentang aktiviti paranormal yang berlaku sepanjang agenda kami membuka sampul surat kiriman orang ramai itu.

Dipendekkan cerita, dek kerana Makcik ngan Pakcik aku tak berani nak kira duit tu sendiri, maka kami sedara mara terdekat ditugaskan untuk melakukan aktiviti kira mengira tersebut. Semuanya ada dalam 8 atau 9 orang kot yang buat. Ramai kan? Hehehee ..

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa. Bukan apa. Takut ada budak kecik berwarna hijau dan berkepala botak yang dengan sukarela tolong skali 'membantu' apa yang patut .. eeiii .. Tatutnyeeee ...

Dalam pukul 10 malam, kami memulakan 'acara'. Semuanya ada 2 bekas penuh yang kamu kena kira. Bekas yang pertama dibuka. Mula-mula tu takde apa la. Lama-lama, rasa lain macam menyelubungi kami semua. Bulu roma tetiba meremang. Kepala aku dah rasa lain macam. Biasanya kalau aku rasa macam ni, 'benda' tu ada dekat je.

Twitching Smiley

Bukan nak kata aku ni ada sixth sense ke apa, tapi sejak dari kat kolej ngan kat sekolah, kalau ada kengkawan yang kena histeria, aku mesti akan rasa 'lain' semacam. Susah nak dijelaskanlah. Tapi, kalau aku tak baca apa-apa doa yang patut dan kuatkan semangat, alamatnya, dengan aku-aku sekali akan mengilai .. Hissshhh !! Nauzubillah !!

Ok. Apa melalut la aku  ni. Berbalik pada cerita aku tadi. Masa kitaorang bukak bungkusan sampul surat tu, ada macam-macam kami jumpa. Ada yang bau wangi semacam, ada yang tetiba bagi duit kertas tu ada plak duit syiling 5 sen, ada yang duit tu macam disapu ngan serbuk .. Macam-macam ada laaa. Yang agak pelik-pelik tu, kami serahkan pada Makcik kami yang senior untuk di'baca'kan sesuatu agar takde apa-apa yang memudaratkan berlaku.

Setelah segala-galanya selesai, jam dah menunjukkan ke pukul 0130pagi. Yang lain-lain dok pakat-pakat tidur rumah Tuan Tanah. Saje. Untuk meneman. Aku ngan adik aku je yang balik rumah. Tu pun sebab, hari Isnin aku dah nak balik Kolumpo dan sebelum tu nak gi melawat Adelia lagi.

Mata dah mengantuk, sampai rumah terus ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Begitulah kisah hujung minggu aku yang havoc. Mungkin takdela gempaq mana pun. Tapi oleh kerana aku sampai hari ni rasa penat semacam je badan ni, aku rasa, dah cukup havoc la tuh. Thehehehe ..

P/S : Kadang-kadang tak paham perangai manusia yang suka mendengki sesama sendiri. Hmmmphhhh ..

  Confused Smiley

W'salam ..

Adioss .

 

3 comments:

sahromnasrudin said...

asalamualaikum

maksud awak...toyol kan huhuhuhuh...seramsssss

cik ika said...

havoc gitu ujung minggu sis..ehhehe

reenapple said...

bnyak kah duit dapat??? nk jugak..ehehehe

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu