بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Aku ada satu cerita yang nak dikongsikan bersama ngan korang semua. Sumber cerita adalah dari SINI . Cerita asal adalah berbahasa Inggeris. Aku telah cuba sebaiknya untuk mengalih bahasa supaya apa yang tersirat mampu kita selami bersama. Selama membaca !!
Cerita ini mengisahkan seorang Ahli Saintis Penyelidikan yang sangat terkenal dan telah banyak menempa kejayaan dalam bidang penyelidikan. Dia telah ditemubual oleh seorang wartawan suratkhabar yang telah bertanyakan kepadanya, bagaimana dia boleh anggap dirinya lebih kreastif berbanding kebanyakan orang lain. Apa yang membuatkan dia lain dari yang lain?
Dia menjawab yang mana pada pendapat dia, semuanya adalah berpunca dari pengalaman yang pernah dilaluinya bersama dengan ibunya sewaktu dia berusia lebih kurang 2 tahun. Pada ketika itu, dia telah mencuba untuk mengeluarkan botol susu dari dalam peti sejuk dan tanpa disengajakan, botol susu itu telah tergelincir dari pegangannya dan terjatuh dan semua isi kandungan susu telah tertumpah di atas lantai.
Apabila ibunya datang untuk melihat apa yang terjadi di dapur, tanpa memarahinya atau meleterinya ataupun menghukumnya, Ibunya telah berkata " Robert, sungguh cantik dan hebat tumpahan susu yang telah kamu buat ini. Ibu tak pernah melihat tumpahan sebesar ini. Takpa. Kerosakan telahpun berlaku. Maukah kamu turun dan bermain dengan tumpahan susu ini untuk beberapa minit sebelum kita bersihkannya?"
Tanpa berlengah dia terus bermain dengan tumpahan susu itu tadi. Selang beberapa minit, Ibunya bersuara " Robert, taukah kamu, apabila kamu membuat kotor begini, lambat laun kamu akan terpaksa membersihkan dan mengemasnya semula. Jadi, macamana agaknya kamu nak bersihkan semua kotoran ini? Kita boleh gunakan span, tuala, ataupun mop. Mana satu yang kamu pilih? " Dia telah memilih span dan mereka telah membersihkan tumpahan susu itu tadi bersama-sama.
Ibunya kemudian berkata, " Kamu tau, apa yang kita dapat dari kejadian hari ini adalah kegagalan daripada ujian untuk menngangkat sebuah botol yang besar dengan dua pasang tangan yang kecil. Mari kita pergi kebelakang laman dan isi air dalam botol dan kita lihat kalau kamu dapat cari cara yang paling sesuai untuk mengangkatnya tanpa menumpahkannya".
Si budak kecil itu tadi telah mempelajari jika dia memegang botol air itu di bahagian atas behampiran dengan penutupnya dengan kedua belah tangan, dia akan dapat mengangkat botol tersebut tanpa menumpahkannya. Suatu pengajaran yang sangat-sangat bagus untuknya !
Ahli Sains yang terkenal itu memberitahu bahawa kejadian itu tadi telah menandakan saat dimana dia tahu yang dia tak perlu takut untuk melakukan kesilapan. Sebaliknya, dia belajar yang kesilapan merupakan peluang untuk kita mempelajari sesuatu benda yang baru dimana ianya merupakan segala-galanya yang diwakili dalam eksperimen saintifik. Walaupun sesuatu eksperimen itu tidak berjaya, kita biasanya akan belajar sesuatu yang berguna daripadanya.
Ok. Habis. Amacam? Agak-agak paham tak cerita yang aku nak sampaikan ni? Mudah2han adalah yang paham ye . Hehehe .. Pengajaran dari cerita ini pada pandangan aku adalah :
Jangan takut bila sudah melakukan kesilapan tapi jangan juga lupa untuk belajar dari kesilapan agar ianya bermanfaat untuk kehidupan kita dimasa akan datang.
W'salam ..
Adioss .
1 comment:
paham.. kesilapan sebenarnya adalah guru kita yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan..
Post a Comment