بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Tahu tak napa aku tak suka tepek gambo sendiri dalam profile FB atau Blogger? Meh aku bagitau (walaupun aku tau takde orang kisah pun .. huhuhu). Satu-satunya sebab adalah kerana aku takmo nanti gambar aku itu mendatangkan dosa kat aku dikemudian hari.
Even dalam FB aku pun, aku dah takde upload apa-apa gambar terbaru pun. Semua yang ada adalah gambo-gambo lama. Bukan nak tunjuk yang aku ni BAIK SANGAT. Tetapi, setelah mendengar salah satu petikan soal jawab Ustaz Azhar Idrus kat YouTube, tetiba aku terpikir menda nih.
UAI cakap (lebih kurang gini la maksudnya) :
"kalau nak letak gambo kat FB ke Twitter ke, apa ke, boleh. Tapi biarla gambo jauh. Yang nampak tak jelas sangat tuh. Jangan bagi nampak semua. Bukan apa, kalau gambo besar-besar kita tepek, macam-macam benda tak molek boleh jadi ... ".
Tapi apapun. Itu masing-masing punya hak. Aku cuma suarakan pendapat dan fikiran aku saja. Takde la nak paksa sapa-sapa untuk ikut.
Kata Aku : Yang baik semuanya dari Allah, yang tak berapa nak baik adalah dari aku yang andai tersilap bahasa mohon tunjuk ajar seadanya ....
W'salam ..
Adioss .
2 comments:
oh oh... sama la dengn kita... heheh. Tak suka letak gmbar sedniri kat Fb.. sebab tu suka letak gambar2 merapu kat Fb.. kikikiki
dalam fb byk tepek gambar anak jer...dan untuk tatapan sahabat jer..
Post a Comment