Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 16, 2012

Limitless : Kerana Sebiji Pil

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari tu aku ada tertengok citer "Limitless" kat siaran Astro 413 (FMP). Bagi mereka-mereka yang tak berapa suka dengan citer-citer bergenre ala-ala slow, memang tak berapa sesuai la nak menontonnya. Lagipun citer ni memerlukan daya pemikiran diluar batas-batas imaginasi. Aku pun bukan suka sangatnyepun ... Dah tertengok. So, layankan je la.


Citer ni mengisahkan seorang pemuda bernama Eddie Morra (lakonan Bradley Cooper) yang hidupnya sangat-sangat tak organize. Dia mendakwa dirinya sebagai Penulis. Tapi, dia sering mengalami masalah kekeringan idea. Dek kerana dia takde pendapatan tetap, GF yang selama ini boleh terima dan bersabar dengannya akhirnya tinggalkan dia.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu, lepas je ditinggalkan GF dia, otw balik rumah dia,  dia terserempak dengan bekas adik ipar dia yang dah bertahun-tahun dia tak jumpa. Sembang punya sembang, borak punya borak. akhirnya, ex adik ipar dia ni kluarkan satu pil ajaib. Kecik je saiznya. Lutsinar. Pil itu diberi nama NZT.

Dia kata pil tu bakal mengubah hidup sesiapa saja yang memakannya. Jika sebelum ini hanya 20% sahaja bahagian otak kita yang mampu berfungsi dengan bagus, dengan pil itu, otak kita akan berfungsi 100%.. Walaupun ianya belum dipasarkan, ianya dah ada kelulusan FDA. Itu katanya la.

Mula-mula si Eddie ni tadi tak caya. Yela. Dulu ex adik ipar dia ni pengedar dadah. Okla. Fine. Sebelum blah, si ex adik ipar dia ni tinggalkan pil ngan name card dia kat Eddie tuh. Dia pesan, in case Eddie percaya dan nak beli pil tuh, leh la cari dia. 1 pil 800 US Dollar. Tapi dia bagi Eddie free je sebagai percubaan.

Diringkaskan citer, finally atas sebab-sebab tertentu, Eddie telah menelan pil itu. Dan hasilnya memang menakjubkan. Tiba-tiba pandangannya jadi jelas sejelas-jelasnya. Otaknya mula berfungsi sepenuhnya. Dia mula menginggati semula segala jenis buku dan fakta yang pernah dibaca dan diketahuinya. Segala jenis bahasa dia mampu pelajari walaupun dengan hanya mendengar selama 1-2 jam sahaja.

Segala jenis masalah algoritma dan kira-kira dia dapat lihat jalan penyelesaiannya dan dapat selesaikan dengan pantas. Buku yang dah berbulan-bulan tak dapat disiapkan, dapat dia siapkan dalam masa 2 hari.

Tetapi .. Kesan pil itu hilang pada keesokkan harinya. Maknanya, pil tu cuma boleh bertahan sehari sahaja. 1 pil sehari. 1 pil 800 US Dollar. Sebulan? Setahun? Huisshhhh ... Beratus ribu US Dollar tuuuhhh ...

Nak tau kisah selanjutnya? Silalah downloadkan je dari tenet ye. Kalau ada Astro, leh la tengok kat Channel 413. Hehehheee .. Lagi sekali aku bagitau, bagi mereka yang tak suka jalan penceritaan yang perlu berfikir, ini bukanlah cerita yang sesuai untuk anda sebab anda akan mengalami kebosanan dan kemengantukkan yang melampau .. Tapi kalau korang leh layan citer sci-fi cam The Matrix tu, maknanya citer ni pun boleh la jugak ... Thehehehee ... Apapun, pada yang nak tengok tu, Enjoy !!!! ^^

Kata Aku : Citer memang la macam slow, tapi aku tengok citer ni, sampai pukul 0200 pagi tuh ! Nak g keje masuk kol 0730 pagi, kol 0700 baru aku terjaga, Aduyainyeeepunnn ..

W'salam ..

Adioss .

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu