بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Ok. Ni aku sambung citer pasal kenduri kat rumah Makcik aku plak. Huiisshhh. Punyalah bizi. Hari Sabtu aku sampai tu, lepas dari melawat anak buah aku kat spital, kitaorang takdela terus gi 'rewang'. Kitaorang balik rumah dulu. Selesai mandi-manda dan bersolat, lepas maghrib barulah pegi.
Sampai-sampai je, orang tak ramai sangat. Yelah. Yang dah bertungkus lumus dari pagi tu semuanya balik rumah masing-masing la dulu. Aku, adik aku ngan adik sepupu aku pun mulalah menyibukkan diri. Basuh pinggan yang melambak, blender bawang besar, bawang kecik, halia, bawang putih, lada kering dan segala jenis benda yang perlu diblender untuk kegunaan orang memasak lauk pauk esoknya (Ahad).
Sambil buat kerja, kitaorang tak benti bercakap, bercerita macam-macam topik. Ada la jugak mengata. Huhuhuh .. Kejap-kejap ketawa. Sampai ada beberapa orang Makcik yang sesaja je duduk dekat-dekat kitaorang sebab nak tumpang gelak. Wakakakaka ...
|
Entah gosip apala tu .. Poyo je muka .. Hikhikhik |
Lepas Isyak, ahli-ahli rewang mulai ramai. Lega. Hehehe .. Dalam pasa sibuk buat kerja, tetiba wakil dari kumpulan lelaki yang ikut 'rewang' menghulurkan semangkuk besar sup tulang yang masih berasap.
Kuahnya .. Perrrrrrrghhhhhh ... Meleleeeeeeeeehhhhh ... Sib baik la aku ni ada penyakit. Makan ala-ala nak rasa je. Kalau tak, mau bermangkuk-mangkuk aku membedalnya. Heh ..
Punyalah banyak kerja nak kena buat (sambil diselang seli dengan acara melantak dan bersembang), sedar-sedar dengar bunyi kompang. Rupa-rupanya, adik sedara aku yang nak diraikan tu, kena arak untuk acara khatam Al-Quran. Oleh kerana kesibukan di dapur, aku tak sempat la nak tangkap gambo masa berarak dan masa mengaji tu. Yang sempat aku tangkap adalah gambar ini ... Ni pun masa dah reda sikit kesibukan di dapur.
Lepas tu, sambung balik kerja. Karaoke kat laman rumah dah kedengaran dok buat sound testing. Ada pertandingan karaoke katanya. Yek yek je aku ajak adik aku masuk. Tup-tup .. Hampeh .. Hehehehe ... Masing-masing pemalu la katakan .. Cittt ..
Sambil kami dihiburkan dengan suara-suara mereka yang ada berbagai bunyi, kerja-kerja di dapur yang perlu dibereskan malam itu diselesaikan sewajarnya. Pas selesai je, apalagi, tengok orang melalak laaa. Siap ada juri lagi tu. Tak tahan betullah. Ala. Juri-jurinya tu, husben kazen-kazen aku je pun. Yang suaranya agak-agak sedap la bila menyanyi.
Tunggu karaoke selesai, jam 1230 pagi baru kami aku ngan adik aku balik ke rumah. Mak aku tido situ. Saje meramaikan rumah Tuan Tanah. Hehehe. Sampai rumah, basuh kaki, basuh muka, gosok gigi, update status FB (sempat lagi tuh) , terus ZZZZZZZZZzzzzzzzzzz ...
P/S : Cerita akan disambung dientri yang berikutnya yeee .. Ahaksss
*Rewang = Istilah bahasa jawa yang digunakan untuk mereka-mereka yang bergotong royong ramai-ramai untuk membantu buat kerja kat kenduri kawin atau apa-apa majlis keramaian (biasanya kat kampung2). Kalau pakai buffet takdelah istilah rewang ni.
W'salam ..
Adioss .
2 comments:
assalamualaikum
konsep rewang nie mmg dh takde klu kt bandar besor..catering la jawapnya huhuhuhhh
lme ta p rewang2 ni..
ika pun jawa gak..sinonim perkataan rewang uh~~
Post a Comment