Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Memaafkan dan Dimaafkan

Sesungguhnya kehidupan di dunia ni hanyalah sementara. Yang kekal hanya Allah s.w.t.

Bila kita berbuat salah, sering kita berharap agar orang yang kita telah lukai samada lahir atau batin itu dapat ikhlas memaafkan kita. Tapi, bila kita yang dilukai, kenapa sukar benar hendak memaafkan walaupun bibir sering mengucapkan 'saya dah lama maafkan dia' walhal dalam hati, kemaafan itu tidak benar2 hadir?

Ya Allah, Kau permudahkanlah hatiku untuk terus memaafkan dengan rasa redha dan taqwa.

Semoga segala kebaikan dan kesalahan kita yang akan diadili di Padang Mahsyar nanti akan membawa kita ke syurgaNYA jua akhirnya ... Amin Ya Rabb ...

Sunday, December 30, 2012

Tips Imam Syafie


Sekali lagi, buat perkongsiaan bersama, ingin aku kongsikan satu lagi info yang In Shaa Allah dapat membantu kita untuk menjadi umat yang lebih baik .. ^^


TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT:

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

Sekian dulu, Wassalam ...

Friday, December 21, 2012

Bicara Tentang KIAMAT : Part II



21 Disember 2012. Tarikh keramat yang diramalkan bakal menjadi detik kemusnahan dunia oleh kaum Mayan. Subhanallah .. Sesungguhnya hanya ALLAH yang Maha Tahu .. So, kita sambung kembali penhayatan kita tentang Kiamat ... Mudah-mudahan bermanfaat .. In Shaa Allah ..



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Nota : Entri ini adalah hasil dari perkongsian seorang Hamba Allah di FB aku .. ^^


TAMAT
 

Thursday, December 20, 2012

Bicara Tentang KIAMAT : Part I


Buat perkongsian bersama, mari kita sama-sama hayati suasana tatkala bumi menemui waktu-waktu terakhirnya kelak .. Bila ianya berlaku, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui .. Subhanallah ...


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



Bersambung ....



Nota : Entri ini adalah hasil dari perkongsian seorang Hamba Allah di FB aku .. ^^


Friday, July 27, 2012

Tazkirah Ramadhan : Kisah Si Laknatullah Mustafa Kemal Antatuk

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hati tersentap bila terbaca kisah Mustafa Kemal Antatuk di blog Saudara Ammar. Rasa marah, geram, sedih, sakit hati dan segala jenis rasa yang tak dapat digambarkan berkumpul jadi satu.





Kalau nak tau lebih lanjut, leh la gi ke Blogammar tu ye. Tapi, kat sini, aku kongsikan cerita serba sedikit mengapa Mustafa Kemal Antatuk ini patut digelar PEMUSNAH ISLAM di bumi Turki. Sudi-sudikanlah membaca yee ..

Antara sebab Mustafa Kemal Antatuk ini patut dijadikan musuh Islam adalah perlaksanaan undang-undang beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri Turki iaitu :
 

  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 


  •  Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).


  •  Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.  


  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.


  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.


  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.


  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.


  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Apa perasaan korang bila selesai membaca si Laknatullah ini punya undang-undang ??? Geram tak? Sakit hati tak? Meyampah tak? Marah tak ??? Kalau korang tak rasa apa-apa, maknanya, ada something wrong la tu ngan korang .. Huh!

Ok. Untuk dijadikan pengajaran, dari blog yang sama, aku kongsikan azab-azab yang diterima si celaka ini dalam perjalannya menuju kematian ...

Penyakit-penyakit yang Allah "hadiahkan' padanya :


  • Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  • Sakit jantung.
  • Penyakit darah tinggi.
  • Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.

Maha suci Allah, kesan dari kepanasan yang dialami, beberapa usaha telah dilakukan untuk mengurangkan rasa panas itu. Antaranya :
 

  • Pembantu-pembantunya diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
  • Mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Setelah segala usaha yang dilaksanankan menemui kegagalan, beberapa azab lagi diterima Si Laknatullah ni :
 

  • Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
  • Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. 


Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.



Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Begitulah nasib si Pemusnah Empayar Islam Uthmaniyah. Subhanallah, Allahuakbar !!!!



NOTA Manja : Panjang giler entri aku kali ni. Saje takmo buat part by part .. tak seronok nak baca camtu ... huhuhu

P/S : Sumber utama dari : Blogammar

W'salam ..

Adioss ...

Friday, July 13, 2012

Selamat Bercuti & Selamat Datang Ramadhan 1433 (In Advanced) ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

JUMAAT. Hari yang sangat indah. Kerana ..... esok CUTIIIII !!!! Hoyeeeeehhh !!! Suka,suka,suka ^_____^

Hari ni dah 23 Sya'ban 1433. Ada lagi lebih kurang seminggu untuk kita sampai ke penghulu segala bulan ... iaitu RAMADHAN ... Insyallah ... Mudah-mudahan kita diberi kesempatan olehNYA untuk melaksanakan Rukun Islam ke-3 ini sekali lagi .. Amin.

Okla. Memandangkan aku tak pasti samada menjelang RAMADHAN nanti aku sempat nak wat entri baru ke tak, aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi niat sahur dan berbuka puasa. Pada yang dah lama hafal, anggap la ini sekadar peringatan manja agar terus mengingatinya. ^^


Niat Puasa

"Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"

ATAU

Niat Puasa SEBULAN
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
Niat Berbuka Puasa

"Ya Allah, kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Tahun ni aku akan cuba untuk melakukan solat Terawih setiap malam pada Ramadhan ini. Mudah-mudahan aku diberi kekuatan untuk melawan ajakan nafsu dan hasutan sayup-sayup Syaitan yang mengajak aku menonton tv lepas berbuka dan solat maghrib. Heh.

Jom kita semak balik apa kelebihan-kelebihan mengerjakan solat Terawih ni ... Checkitdaut !!

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

# Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

# Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

# Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

# Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

# Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

# Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

# Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

SUMBER : JAIS

Anggap la seperti ini Ramadhan kita yang terakhir supaya kita boleh beribadat seolah-olah esok kita akan mati ... Insyallah ...

W'salam ..

Adioss ...

Thursday, July 12, 2012

Beza Antara Memberi Pengajaran dan Mengaibkan Orang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari ni masa membaca akhbar HMetro Online, aku ada terbaca artikel ni :

 " TERSENTAK sungguh SS dan rakan-rakan di pejabat, semalam apabila melihat gambar pelakon baru yang jelita, Nur Fathia Latiff yang dikirimkan melalui e-mel oleh seorang peminat hiburan di luar sana.

Melihat gambar ini tak tahulah bagaimana SS nak kategorikan gaya Fathia ini sama ada seksi atau 'super seksi'!


SS difahamkan, ini bukan gambar peribadi atau koleksi Fathia, sebaliknya diambil ketika majlis kemuncak Anugerah Stail EH! 2012 yang berlangsung di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Kata ramai rakan SS yang turut ke majlis itu, memang pada hari berkenaan, Fathia dengan yakin dan bangganya berjalan masuk ke dalam ballroom dengan fesyen yang cukup seksi itu terutama di bahagian dada.



Malah boleh dikatakan di kalangan semua artis wanita popular yang hadir pada maj lis itu termasuk Rozita Che Wan, Intan Ladyana, Fasha Sandha, Fazura, Scha Al Yahya dan ramai lagi, Fathia paling menonjol.


Tambahan pula warna fab rik jarang yang dipilih Fathia itu adalah daripada jenis warna kulit, maka tambah seksi lagilah jadinya baju yang dipakainya itu. Kemudian apabila dia asyik tunjuk maka faham-fahamlah sendiri!


Pada majlis berkenaan juga, Fathia naik ke pentas menjadi penyampai trofi. Dia juga tercalon sebagai selebriti wanita paling seksi namun tewas di tangan Rozita Che Wan.


SS memang terkejut melihat gaya Fathia kerana dia masih bertapak dalam bidang lakonan dan seharusnya lebih peka dan bijak menjaga penampilan diri. Ini tentu sangat berbeza dengan penampilannya dalam drama Stanza Cinta di mana dia mengenakan tudung. Tentu jawapan 'standard' Fathia... ia semua hanya watak dan lakonan.

SS rasa tidak salah kalau Fathia mahu jadi seksi tapi tengoklah juga tempat sebagai contoh, kalau hendak ke kolam renang atau majlis tertutup untuk ahli keluarga saja.


Hari ini bukan saja wartawan yang menjadi 'papa razi', sebaliknya peminat dunia hiburan juga sudah mampu mengambil gambar artis di merata majlis dan kemudian muat naik ke internet. SS harap artis kita sudah faham dengan situasi itu. Namun bagi yang sengaja hendak bergaya seksi seperti Fathia, mereka tentu ada jawapan sendiri. "

 
So, aku pun nak tau la, camne SEKSI yang dikatakan penulis berita ni. Bila aku google, aku jumpa la gambar-gambar ni dalam Beautifulnara :



 
Hmmm .. Macam tu ke yang dia orang kata SEKSI GILER tu? Tapi rasanya, yang sebelah tu pun seksi jugak. Kain terbelah sampai nak nampak tuuuuttttt. Subhanallah. Apa la kita ni kan. Suka sangat menghebahkan berita-berita yang mengaibkan orang lain.

Sepatutnya, sebagai orang Islam yang wajib ke atas kita solat 5 waktu, sebaik-baiknya kita jangan menghebahkan aib orang lain supaya di Padang Mahsyar nanti Allah menutup aib kita. Astaghfirullah .. Kawan-kawan, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri yeee ... ~.~ .. Tapi mungkin penulis berita ni sekadar nak mengingatkan dan nak tegur secara berdepan tak sempat jumpa lagi kot .. Theheeeeheee ..

Mari kita hayati maksud bacaan kita dalam duduk antara 2 sujud ni ye :
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.  Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.


Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..) Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..) Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..) Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) Wa'fuannii..(Maafkan aku..) 

SUMBER : HALAQAH


W'salam ..

Adioss ...

Monday, June 18, 2012

Pakai Tudung tu TAK Wajib, yang Wajib tu MENUTUP AURAT ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Nak cerita pasal satu benda ni ... Tapi, bukan bermaksud nak mengaibkan sesiapa. Sekadar peringatan bersama. Kerana aku juga belum sempurna.


Zaman moden ini, dek kerana nak selari dengan fesyen, pemakaian tudung bukan lagi kerana memenuhi tuntutan menutup aurat. Ianya dijadikan satu lagi sebab untuk berfesyen. Eerrrkkk .. Yeke? Takpe .. Meh kita tengok beberapa gambar ni yeee ..










Bila fikir-fikir balik, menutup aurat tu tak semestinya berpakaian camni ....


Rasanya, kalau camni pun dah memadai ... ^^


Betul tak kawan-kawan? Hmmm ... Aku pun masih juga beljar sedikit demi sedikit untuk memenuhi tuntutan menutup aurat dalam ertikata sebenar. Semoga satu hari nanti kita semua (kaum wanita) dapat memenuhi tuntutan yang satu ini dengan sesempurna mungkin. Insyallah. Dan yang lebih penting, mudah-mudahan, ianya selari dengan sempurnanya akhlak dan peribadi kita sebagai seorang Muslimah. Amin.


Nota Manja : Tak salah kan kalau kita saling ingat mengingati sesama Muslim ^^

W'salam...

Adiosss...

Monday, May 28, 2012

Duit Bukan Segala-galanya : Relevan Lagi kah ??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Duit bukan segala-galanya .. Duit tak boleh membeli kebahagiaan ... Duit tak boleh bawa ke mati ... Agak-agak, selama kita hidup ni, berapa banyak kali kita disogokkan dengan ungkapan-ungkapan sebegitu? Dan berapa banyak kali jugak kita mengiakan atau menafikan kata-kata itu? Tapi, realitinya, DUIT sudah menjadi segala-galanya bagi umat akhir zaman kini.


Opsss .. Jangan la nak menafikan yeee ... Kalau tak, takkan seorang ibu sanggup meninggalkan anak-anaknya di pusat asuhan semata-mata untuk menambah pendapatan keluarga. Kalau tak, takkan seorang anak sanggup balik kampung menjenguk ibu bapa sebulan sekali sahaja atas alasan KERJA. Kalau tak, takkan ada pekerja yang sanggup berkampung di pejabat atas alasan KERJA BANYAK.

Semua tu kerana apa? Adakah semata-mata kerana TANGGUNGJAWAB? Hmmphh .. Mungkin tidak .. Sedar atau tidak, semua ini adalah kerana kita tak sanggup hidup dalam keadaan Zuhud (termasuk aku juga).

Zuhud adalah menguasai dunia, tanpa ia kuasai kita. Tangan menggenggam dunia, tapi hati memandang akhirat. Zuhud bukannya menolak dunia.(PETIKAN DARI SINI)

Kita sudah terbiasa dengan keselesaan dan kesenangan dunia. Pergi kerja berkereta yang ada penghawa dingin. Pergi bercuti bersama keluarga setiap bulan/tahun/hujung minggu. Membeli belah apa saja di Pavillion, Time Square, Mid Valley atau dimana saja sesuka hati. Pergi makan di hotel-hotel mewah dan di restoran-restoran mewah tanpa perlu risau tentang harga makanan yang perlu dibayar ... Dan ada banyak lagi contoh yang menunjukkan betapa kita taksub dengan kesenangan duniawi.

Aku bukan nak menyelar mereka-mereka yang berusaha keras untuk mengumpul harta demi keluarga tercinta. Jauh sekali dari ingin memandang rendah segala usaha mereka. Siapalah aku untuk membuat semua itu sedangkan aku pun tergolong dalam golongan-golongan sedemikian. Entri ini hanyalah sekadar peringatan untuk diri sendiri yang bahawasanya, harta kekayaan bukan segala-galanya dan ianya takkan menjamin kita untuk masuk ke syurga Allah kelak.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

W'salam ..

Adioss .

Friday, May 25, 2012

Semangat Diri Yang Mankin Pulih .. ALHAMDULILLAH ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Dalam hidup ini apa yang kita cari sebenarnya? Harta dunia kah? Ilmu yang tak berpenghujung kah? Cinta sejati kah? Atau sekadar ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa ??

Walau apa pun yang kita cari, kadang-kadang kita (termasuk aku sendiri) lupa bahawa kehidupan di dunia ni hanya sementara. Berapa banyak dari kita yang tahu semua tu tapi masih lagi mencari kebahagiaan duniawi semata-mata ??? Hmmmphhhh ...

Semasa aku down hari tuh, aku mencari semula semangat diri yang hilang. Aku cuba mencari sesiapa yang boleh menginggatkan aku bahawasanya segala kekecewaan yang aku alami, segala perkara sedih yang berlaku pada diri, segala2nya ada hikmah yang tersembunyi. Tak perlu aku hendak menyalahkan takdir atau sesiapa pun. Kerana ianya hanya akan membuatkan syaitan bersorak gembira .. Nauzubillah !!!

Apapun, TERIMA KASIH buat sahabat-sahabat blogger yang memberikan aku semangat dan kata-kata nasihat yang serba sedikit dapat membantu aku menemui semangat diri yang hilang itu. Alhamdulillah ...

Dihari Jumaat yang mulia ini, aku ingin berkongsi beberapa patah mutiara kata yang aku harap dapat sama-sama menerangi hati dan jiwa kita supaya selalu tabah dan kuat dalam menempuhi hidup di dunia yang mankin mencabar ini .. Insyallah ...

Barang siapa tidak dicoba dengan bencana atau kesusahan, maka tidak ada sebuah kebahagiaan pun disisi Allah.(Adh-Dhahhak)


Pangkal dai semua kebaikan di dunia maupun di akhirat adalah taqwa kepada Allah.(Abu Sualeman Addarani)

Orang yang terkaya adalah orang yang menerima pembagian (taqdir) dari Allah dengan senang hati.(Ali bin Husein)


Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.(Bediuzzaman Said Nursi)

Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah. (Ibnu Mas'ud)


Perbanyaklah kamu mengingat mati, karena hal itu bisa membersihkan dosa dan menyebabkan kamu zuhud atau tidak cinta kepada dunia.(Rasulullah s.a.w)

SUMBER : SINI


W'salam ..


Adioss .

Sunday, May 20, 2012

AL-FATIHAH Yang Meruntun Jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Syahdunya rasa hati bila mendengar bacaan surah Al-Fatihah di bawah ini. Subhanallah ... Sesungguhnya aku terlalu banyak berdosa padaMU Ya Allah .. Semoga Engkau mengampunkan dosa-dosa kami semua ... Amin, Amin, Amin Ya robbal a'lamin ...



W'salam...

Adiosss...

Friday, May 4, 2012

Ikhlaskan Diri Seadanya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Lamaaaaa sangat aku tak mengupdate cerita dalam blog ni kan? Alasan aku adalah alasan yang biasa kedengaran iaitu SIBUK + MALAS. Kalau dah dua alasan terbesar dalam sejarah ni yang dikeluarkan, memang la berhabuk jadinya segala macam blog, twitter dan FB kan. Huhuhuhu ..

Cerita pasal sibuk ni, sejak dua menjak department aku dari 3 orang dah jadi 2 orang ni, kerja pun dah jadi tersangat la banyaknye. Mula-mula tu memang hari-hari rasa nak benti kerja je. Selalu je pikir yang kerja mankin bertambah, tapi gaji takat banyak tuuuu jeee .. hmmmphhh ...

TAPI ... Aku berjaya memotivasikan diri sehingga mampu bertahan jugak menanggung kestressan melampau ini sehingga ke hari ini. Esok lusa tak tau la lagi camne. Malam tadi tengok Ehwal Islam, Prof. Dr. Muhaya ada sebut ...

" Kalau kita gaji RM2000, tapi buat kerja macam gaji RM1000, lagi RM1000 tu nanti pasti akan dibalas kut cara lain. Mungkin dari sudut kesihatan, anak yang nakal ataupun duit yang ada sentiasa saja tak cukup ... "

Hmmm ... Betul jugak kan. Kita ni sibuk nak berkira kalau buat kerja banyak. Abis tu, kalau banyak tong kerja, sapa yang nak kira? Allah s.w.t la yang akan kira untuk kita ya dak? Sendiri kena ingat la tuh.

So, kawan-kawan .. Kesimpulannya, kalau buat kerja tu, cuba-cubalah ikhlaskan diri kita. Mana tau, kalau kita gaji RM1000, tapi buat kerja macam gaji RM2000, ntah berapa banyak nikmat la yang Allah akan bagi kat kita nanti. La ni memang la tak nampak lagi, tapi sok-sok mesti kita rasa jugak manisnya .. Mungkin pada waktu yang kita tak sangka-sangka .. ^___^

Renungan Jumaat : Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya”

W'salam ..

Adioss .

Friday, April 27, 2012

Citer Pasal Reflections Di TV AlHijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Malam semalam aku berkesempatan menonton rancangan Reflections di tv Al Hijrah. Tertengok sebenarnya. Biasanya, habis citer Ustaz Don tu, aku terus je alih citer lain .. Hehehehee ..


Rancangan ni kalau tak silap aku, bersiaran selama 30 minit jugak la kot. Malam tadi ianya dikendalikan oleh Imam Suhaib Webb.. Seperti yang aku baca di SINI , beliau merupakan seorang Imam di Bandar Oklahama, Amerika. 


Beliau memeluk Islam pada tahun 1992 dan berguru dengan sorang Sheih Senegal dalam mendalami Islam dan mempelajari Bahasa Arab. Beliau pernah belajar di Universiti Al-Azhar dari tahun 2004 hingga 2010 di Kolej Shari`ah, Mesir.

Antara perkara yang disentuh malam tadi adalah berkaitan dengan anak yang soleh dan juga keperibadian kita sebagai seorang Muslim.

Imam Suhaib ada menyebut yang guru Shiekhnya pernah membacakan satu puisi arab yang maksudnya lebih kurang cenggini laa :

" Ilmu itu umpama hujan yang turun dan peribadi sesorang itu umpama tanah yang menadah di bawahnya. Jika subur/bagus tanah itu, maka akan lebih bermanfaatlah air hujan yang mencurah itu. Sepertimana, jika baik peribadi seseorang itu, maka akan lebih bergunalah ilmu yang diperolehinya. Jika teruk peribadi seseorang itu, maka ianya seperti tanah yang tidak subur dan telah rosak. Tak kira berapa banyak air pun yang mencurah, ia akan tetap tandus dan kering ... "

So, marilah kita perbaiki peribadi kita ye kawan-kawan. Cuba kita buangkan segala rasa riak, hasad dan dengki. Mungkin kita tak mampu jadi sebaik Rasulullah s.a.w, namun yang pasti kita telah mencuba menjadi 1/10 baik seperti Baginda s.a.w. Insyallah ... Amin ..

Tentang anak yang soleh, Imam Suhaib ada menyebut yang lebih kurang begini ayatnya :

" .. Betapa pentingnya peranan anak yang soleh itu, sehinggakan Malaikat kubur yang ingin menghukum mereka yang telah mati boleh berkata : Bagaimana aku mau menghukum si polan ini sedang di atasnya terdapat anak yang soleh sedang mendoakannya tanpa henti.... "

Inilah sebabnya Rasulullah s.a.w ada bersabda :

"Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendo'akannya."
(Hadis Riwayat Muslim) 

Oleh kerana itu zuriat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t pada kita adalah sesuatu yang sangat tak ternilai harganya. Dengan adanya anak yang soleh dan solehah boleh mengubah kedudukan kita di akhirat nanti samada di Neraka atau pun di Syurga ... Subhanallah ....

W'salam ..


Adioss ..

Thursday, April 12, 2012

Ketika ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Ketika membaca FB Ustaz Azhar Idrus tadi, aku terbaca beberapa tip perkahwinan yang rasanya sangat berguna untuk aku kongsikan dengan sahabat semua. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita bersama. Insyallah. Amin. 


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


P/S : Setiap hari aku sentiasa berusaha dan berdoa untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suamiku hingga keakhir hayat ... Insyallah ...


W'salam...

Adiosss...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu