بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Dalam hidup ini apa yang kita cari sebenarnya? Harta dunia kah? Ilmu yang tak berpenghujung kah? Cinta sejati kah? Atau sekadar ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa ??
Walau apa pun yang kita cari, kadang-kadang kita (termasuk aku sendiri) lupa bahawa kehidupan di dunia ni hanya sementara. Berapa banyak dari kita yang tahu semua tu tapi masih lagi mencari kebahagiaan duniawi semata-mata ??? Hmmmphhhh ...
Semasa aku down hari tuh, aku mencari semula semangat diri yang hilang. Aku cuba mencari sesiapa yang boleh menginggatkan aku bahawasanya segala kekecewaan yang aku alami, segala perkara sedih yang berlaku pada diri, segala2nya ada hikmah yang tersembunyi. Tak perlu aku hendak menyalahkan takdir atau sesiapa pun. Kerana ianya hanya akan membuatkan syaitan bersorak gembira .. Nauzubillah !!!
Apapun, TERIMA KASIH buat sahabat-sahabat blogger yang memberikan aku semangat dan kata-kata nasihat yang serba sedikit dapat membantu aku menemui semangat diri yang hilang itu. Alhamdulillah ...
Dihari Jumaat yang mulia ini, aku ingin berkongsi beberapa patah mutiara kata yang aku harap dapat sama-sama menerangi hati dan jiwa kita supaya selalu tabah dan kuat dalam menempuhi hidup di dunia yang mankin mencabar ini .. Insyallah ...
Barang siapa tidak dicoba dengan bencana atau kesusahan, maka tidak ada sebuah kebahagiaan pun disisi Allah.(Adh-Dhahhak)
Pangkal dai semua kebaikan di dunia maupun di akhirat adalah taqwa kepada Allah.(Abu Sualeman Addarani)
Orang yang terkaya adalah orang yang menerima pembagian (taqdir) dari Allah dengan senang hati.(Ali bin Husein)
Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.(Bediuzzaman Said Nursi)
Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah. (Ibnu Mas'ud)
Perbanyaklah kamu mengingat mati, karena hal itu bisa membersihkan dosa dan menyebabkan kamu zuhud atau tidak cinta kepada dunia.(Rasulullah s.a.w)
4 comments:
aaaa... akak kali ini giliran saya pulak yg down.. terlalu. Dah bape hari nangis.. huhuhhu.
Ce bagi tips... kata2 kata semangat.. =)
ika asyik down je mlibatkan pelajaran..:(
but sis..u can be strong rite..
rilex...chill ok..teman2 bloggger yang lain akan sentiasa support awak ok
assalamualaikum
trime kasih atas semua kata2 nasihat yg sgt berguna itu..semoga kita semua senantiasa dilindungi Allah SWT
Post a Comment