Membalas jejak siGadisBunga , aku tiba-tiba baru tersedar yang hari ini telah genap 39 tahun Allahyarham P.Ramlee pergi meninggalkan kita semua.
Seperti aku, pastinya ramai yang membesar dengan filem-filem beliau. Antara yang paling aku suka adalah trilogi Bujang Lapok dan juga Do Re Mi. Tengoklah berapa kali pun, pasti tidak akan pernah jemu rasanya. Hurrmmm .. Zaman sekarang ni susah nak jumpa karya-karya seperti itu lagi kan ... ?
Kalau diperhatikan, karya-karya beliau sememangnya akan terkesan dihati sesiapa sahaja yang menontonnya. Kalau ceritanya plot humor, pasti tak kering gusi kita dibuatnya. Begitu juga kalau yang bergenre sedih, tak kering airmata la jugak kita dibuatnya. Huhuhu ..
Filem sedih beliau yang sampai sekarang aku tak sanggup nak tengok sepenuhnya adalah Ibu Mertuaku.
Tak tahu kenapa, tapi aku akan jadi terlalu beremosi tatkala menonton babak yang melantunkan dialog "Ahli muzik? Pantang datuk nenek aku ahli muzik !!" @_@ .Heh. Ntah apa-apa je kan aku ni. Namapun CERITA. Napa la nak emo lelebih plak.
Seperti juga Iman, bakat seni adalah sesuatu yang tak dapat nak diwarisi. Tak seorang pun anak beliau yang mampu menjadi sehebat beliau. Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat permata seni yang diberi nama Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh ini. Amin.
W'salam ..
Adioss ...
6 comments:
Al-Fatihah
beliau sebenarnya permata yang hanya satu dalam berjuta.. sukar untuk dicari ganti.. same as Sudirman
super duper geniuses...bayangkan kalau beliau masih ade...
hm, ske lawak yg lobang idung tu.....salam, sis, nk mintak tlg bleh x? bleh x tlg komen kat http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2012/05/jawi-malaysia-heritage-treasure.html tentang kepupusan tulisan jawi. Komen hanya utk pembelajaran sebab lecturer nk tgk pendapat blogger, thanx ek....
p ramlee tu genius, gifted, unprecedented, kacak - hihi.
mujurlah dia banyak tinggalkan buah tangan untuk kite nikmati sampai bila bila kan..
al fatihah utk arwah..anugerah yang Allah SWT titipkan utk kita semua
P. RAMLEE MEMANG INSAN SENI YANG TERBAIK.. NAMUN TAHUKAN ANDA BAHAWA BELIAU PERNAH MENERIMA ZAMAN KEJATUHAN YANG AMAT TERUK.. TIDAK BERDUIT. TERPAKSA BEKERJA UNTUK MENYARA KELUARGA.. DIASING OLEH RAKAN DAN SAHABAT PELAKON.. BEGITULAH NASIBNYA..
Post a Comment