Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 8, 2012

Mencari Ketenangan Dengan Surah Al-Insyirah


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Merujuk kepada entri aku yang INI , seorang sahabat telah menasihatkan aku untuk mengamalkan satu surah semoga Allah memberi petunjuk untuk meleraikan segala kekusutan yang melanda. TERIMA KASIH YE SAHROM ^^

Thumbs Up Smiley

Dulu waktu zaman persekolahan, sekiranya ada masalah yang bersarang didada, aku akan amalkan membaca surah ini. Tapi, semenjak sibuk dan alpa dengan segala macam urusan dunia, terus lupa. Astagfirullahala'zhiim ...

Kalau tak silap aku, dulu aku pernah terdengar kisah seorang Ibu di zaman Rasulullah s.a.w dimana anaknya terkorban di dalam peperangan dan dia tidak dapat menerima takdir dan asyik meratapi kematian anaknya itu.

Lalu, si Ibu dinasihatkan (kalau tak silap oleh Rasulullah s.a.w sendiri) untuk membaca surah ini tiap kali selepas solat sambil tapak tangan kanannya diletakkan di atas dadanya. Dengan izin ALLAH s.w.t, kesedihan yang dialami si Ibu beransur-ansur hilang dan akhirnya dia dengan tenang meredhai pemergian anaknya. (Mintak tunjuk ajar ye kalau aku tersilap menyampaikan).
 
Okla. Nak kongsi ngan korang surah yang boleh kita amalkan sekiranya hati dirundung kesedihan yang melampau dan bebanan masalah dirasakan seolah-olah tak berpenghujung. Insyallah. Hati akan kembali tenang dan pintu penyelesaian akan diberikan oleh ALLAH s.w.t.
 
Surah Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al Quranul-kareem. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
 
 
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,


الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?

 
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

 
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.


فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

 
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar
 
 
Isi Kandungan
Penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya.

KETERANGAN
Ada ahli tafsir yang mengatakan bahwa melapangkan dada ialah yang terjadi pada malam israa mi'raj ketika Nabi sw. dibelah dadanya untuk ditambah nur iman, keyakinan dan kesabaran.

Abu Said Al Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Jibril datang kepadaku dan berkata: Tuhanku dan Tuhanmu bertanya, Bagaimanakah Aku mengangkat setinggi-tinggi nama sebutanmu? jawab Nabi saw. Allahua'lam. Tuhan berkata: Jika nama-KU disebut maka namamu juga disebut bersama nama-Ku".

Anas bin Malik ra. berkata: Ketika Rasulullah saw. duduk dan dihadapannya ada batu tiba-tiba ia bersabda:
"Andainya kesukaran datang dan masuk ke dalam batu ini niscaya akan datang pula kelapangan dan masuk ke dalam batu ini untuk mengeluarkan kesukaran itu. Maka tutunlah ayat 5 - 6.
(HR: Ibnu Abi Hatim).

Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah saw. bersabda:
"Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap".

SUMBER : SINI


Semoga ilmu yang tak seberapa ini dapatlah sama-sama kita manfaatkan sepenuhnya ye.
 
W'salam ..

Adioss .

1 comment:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..


terima kasih atas penerangan ini....

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu