Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 9, 2012

Emosi Hari Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Esok pagi-pagi lagi aku akan menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman aku. Yeaaayyyyy !!!!!! Tak sabarnyee .. Tapi, takleh la nak seronok sangat sebab ada kenduri kat rumah Makcik aku (macam yang pernah aku ceritakan di entri yang lepas). Dengar ceritanya mak ngan adik aku kat kampung dah beberapa hari dok berkampung kat rumah Makcik aku tu .. Waduh waduh .. Besar-besaran sungguh tu. Mengalahkan kenduri kawin je.


Money Eyes Smiley

Hujung bulan ni, besday laki aku. Dalam kepala macam-macam plan nak buat. Tapi, taktau la jadi ke tak. Hmmm .. Tengok la macamana. Hadiah pun belum fikir lagi nak bagi apa. Setakat bagi peluk cium, kesetiaan dan kasih sayang secukup rasa boleh ke ek?

  Laughing Smiley

Malam tadi macam biasa la. Aku dok tunggu depan tv nak tengok Forum Perdana ehwal Islam. Tup tup takdelah pulak sebab ada pidato peringkat Antarabangsa live dari PICC. So, cuba-cuba la tengok rancangan Semanis Kurma. Nampak la pulak muka si AC ngan Adlin AR.

Kalau tengok rancangan lawak ada muka diorang aku tak kisah lagi, tapi bila dalam program keagamaan ada muka diaorang, hmmmm ... Aku tak berapa berminat la pulak nak tengok. Yela .. Yang sorang tu pun, dah berpangkat Dato' pun, duit nafkah kat anak-anak ngan bekas bini dia nak berkira. Alasannya takut nanti sok-sok dia tak mampu. Apa? Rezeki tu kat tangan dia ke??? Huh !! Dia lupa agaknya yang tanggungjawab (bukan setakat dari segi harta benda) pada anak-anaknya tu adalah sampai ke mati walaupun dia dah takde hubungan apa-apa lagi ngan mak budak-budak tu !! Ok. Cukup. Teremo la plak aku dihari Jumaat yang mulia nih.
Bomb Smiley 

Aku tau yang kita tak wajar untuk menghukum sesama manusia. Tapi, aku simpati ngan nasib anak-anaknya dengan bekas isterinya dulu. Dah la dulu dia pernah sebut sesuatu yang mana maksudnya menggambarkan yang anaknya cuma ada dua. Hmmm ... Takpela. Kalau benar dia salah, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga kan. Mudah-mudahan dia akan tersedar dari kesilapannya. Tapi, kalau aku salah, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa aku ni. ~.~

Sabda Rasulullah saw seperti yang diwartakan Ahmad dan Ibnu Majah yang bermaksud :
“Setiap manusia adalah banyak berdosa dan sebaik-baik orang yang banyak berdosa adalah yang bertaubat”.

Hujung minggu ni taktau la samada aku boleh buat entri ke tak. Almaklumla. Jadual agak padat dengan aktiviti rewang .. Hehehehe

W'salam ..

Adioss .

 

3 comments:

AzianKhalil said...

rasa macam baru jumaat minggu lepas...sedar tak sedar dah sampai jumaat sekali lagi...alhamdulillahh..

sahromnasrudin said...

ASSALAMUALAIKUM..

selamat berhujung minggu..apa kata bawak hubby awak bercuti ke universal studios hehehehee

ILA HonEyBuNNy said...

yeahhh....

selamat bercuti..

banyak aktiviti tu..ehheh

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu