Malam tadi, aku berkesempatan menonton rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan ahli panelnya terdiri daripada Y.Bhg Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati bt Syed Ismail (Pensyarah Universiti Malaya) dan Y.Bhg Dato' Haji Kamaruddin bin Haji Zakaria (Mantan Imam Besar Masjid Negara). Tajuk perbincangan malam tadi adalah "Muflis Dunia, Bankrap Akhirat".
Di hari jumaat penuh keberkatan ini, aku ingin kongsikan beberapa ilmu baru yang aku dapat melalui pemahaman aku. Dr. Sharifah ada menyebut yang antara lain menerangkan bahawasanya dalam membentuk seorang manusia yang mampu mengelak daripada Muflis Dunia dan Bankrap Akhirat, ada satu bahagian dalam diri kita yang kena kita jaga dengan baik. Ianya tak lain dan tak bukan adalah .... HATI.
Kalau tak silap pendengaran aku, Dr. Sharifah ada memetik kata-kata dari Imam Ghazali yang mengatakan yang jika kita ini susah nak tersentuh hati dan susah sangat nak menangis (hati kering), ingatlah kita pada 3 perkara :
1) Ingatkan diri kita untuk solat .. Jika masih tak tersentuh hati kita,
2) Ingatkan diri kita untuk membaca kitab suci Al-Quran ... Jika masih gagal,
3) Ingatkan diri kita tentang mati ...
Jika yang terakhir tu pun kita masih tak tersentuh hati, maka berdoalah kapada Allah agar dikurniakan dengan hati yang 'baru' kerana sesungguhnya hati yang kita ada itu mungkin dah terlalu teruk 'kerosakkannya'. ~.~'
Dato' Haji Kamaruddin pula banyak menyentuh mengenai sikap manusia diakhir zaman sekarang yang banyak cintakan dunia dari akhirat. Yang selalu lupa untuk bersyukur di atas segala nikmat yang diberi Tuhan. Dia juga ada menyebut yang bahawasanya kita sebagai manusia ini sangat-sangat beruntung kerana Allah sangat kasih pada kita dimana DIA memberikan kita 2 benda yang tak diberi pada makhlukNYA yang lain.
Apa dia 2 benda itu? Ianya adalah AKAL dan NAFSU.
Jika binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal dan para Malaikat pula hanya dikurniakan akal semata tanpa nafsu, kita manusia ni kena lebih banyak bersyukur kerana dikurniakan kedua-duanya sekali. Dato' Haji Kamaruddin juga mengingatkan kita supaya meletakkan akal sentiasa di atas nafsu. Insyallah akan kaya dunia, mewah akhirat.
Kalau nak aku sentuh semua yang dibincangkan sepanjang 1 jam siaran ini berlangsung, alamatnya, berpinar la mata kalian semua membaca entri aku ni .. Ahakss .. So, sikit-sikit je la yang boleh aku kongsikan. Mudah-mudahan serba sedikit ada memberi manfaat untuk kita semua. Insyallah. Amin.
No comments:
Post a Comment