Sayu & hiba. 2 perasaan yang dapat aku katakan disamping beberapa lagi rasa yang ada setelah menonton berita mengenai kematian sepasang suami isteri di Keramat malam tadi. T___T. Lebih menyayat hati, bila tau yang isterinya tu tengah sarat mengandung 7 bulan !! Subhanallah, Astaghfirullah ...
Nak menangis rasanya bila melihat paparan motor mangsa yang tersepit antara 2 biji bas. Tak tergambar macamana perasaan suami isteri ini ketika menghadapi saat-saat penuh tragik itu ... Tapi, Alhamdulillah, mereka mengadap Allah di bulan baik ini. Semoga roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan solehah. Amin. Al-Fatihah.
Disamping berita sadis ini, kita juga dihadapkan dengan beberapa cerita keganasan rumahtangga, Antaranya, Suami ganas dipenjara 15 bulan dan Suami kelar leher isteri diburu . T_________T
Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 19 :"Dan bergaullah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".
SUMBER : JAIS
Kenapa? Kenapa? Kenapa? Soalan yang utama menerjah benak otak aku ini. Mungkin dah takde rasa sayang? Mungkin emosi menguasai diri? Atau mungkin terlalu mengikut hasutan nafsu dan syaitan ??? Entahlah. Tapi, mudah-mudahan rumahtangga kita semua terlindung dari perbuatan-perbuatan sedemikian .. Amin ..
Hadith Rasulullah s.a.w. sabdanya :
"Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita".
SUMBER : JAIS
Nota Manja : Ya Allah, KAU lindungilah suamiku selalu dari malapetaka, bala bencana, dan segala perkara kemungkaran. Semoga kau berkati perjalanannya setiap hari untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Amin, amin, amin yarobbal a'lamin ...
W'salam ..
Adioss ...
1 comment:
MEMANG SEDIH.. TU KALAU ORANG LAIN.. KALAU SAYA SAYA BAYANGKAN SAYA MENINGGAL. AKAN MENINGGALKAN ISTERI DAN ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL..
Post a Comment