بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Baru 2 hari masuk kerja dah rasa cam 2 bulan jee .. Isshh .. Napa la aku nih .. Rasa cam nak cari kerja tempat lain jee .. Korang-korang ada tak sapa-sapa yang ada 'lubang' kerja?
Aku bukan memilih sangat pun. Yelah .. Sepanjang 2-3 tahun aku kerja sini, macam takde menda je aku rasa.
Bonus TAK PERNAH dapat walau sesen pun, epf setiap bulan potong dari gaji, tapi cuma EMPAT atau LIMA kali SAHAJA yang masuk, elaun pulak, kalau sanggup pegang telefon kompeni (yang bakal menyusahkan hidup bila ada problem kat site), dapatla RM20 sehari. Tu pun, puratanya, dalam sebulan ada la 7 hari mendapat peluang tersebut .. Heh ...
Bukan tak bersyukur, tapi, bila kesempitan hidup semankin mencengkam dan bebanan kerja semankin memuncak, hati jadi memberontak, nak buat kerja semua pun TERPAKSA dan nak bangun pagi gi kerja pun kena di PAKSA-PAKSA .. Hmmm ..
Rasanya, aku ni masih dalam mood Raya kot. Sebab tu nak buat kerja pun semuanya rasa tak bes je. Takpela .. Akan ku cuba meningkatkan motivasi diri sendiri agar lebih relax dan enjoy bekerja dalam kompeni yang 'bagusss' sangat ni .. ehehehe .. ~.~
W'salam
Adiosss..