Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

Tentang Hidup Yang Bukan Selama-lamanya

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

Kadangkala, bila melihat kebahagiaan yang menyelubungi kehidupan orang lain, serba sedikit hati kecil aku ini akan terusik. Bukan sebab aku tak bahagia!! Subhanallah .. Sungguh-sungguh aku bahagia dan bersyukur di atas segala kurniaanNYA selama ini buat aku.

Aku bersyukur di atas setiap nanosaat nafas yang aku hembus dan hirup, 

Aku bersyukur di atas takdirnya menjodohkan aku dengan insan yang mampu menyempurnakan aku yang serba tidak sempurna ini,

Aku bersyukur di atas kasih sayangNYA menghadiahkan aku ibu, bapa, adik beradik, mertua, ipar duai dan kaum keluarga yang mengambil tahu perihal sakit peningku,

DAN aku bersyukur di atas belas ehsanNYA memberikan aku semua ini walaupun dah terlalu banyak dosa yang aku lakukan selama hidupku ... .

ALHAMDULILLAH !!!! Syukur Ya ALLAH ...!!

Tapi, manusia memang begini. Sudah ada RM10, mahu RM100, sudah ada kereta Kancil, mahu merasa kereta BMW, sudah ada rumah teres 2 tingkat, mahu pulak rumah banglo bertingkat-tingkat .. Hmmmphh...

HAKIKATNYA, kita lupa ..

Hidup ini bukan lama mana pun. Untuk apa agaknya didambakan sangat segala benda keduniaan ini, andai matinya kita nanti, hanya kita yang merasa azabnya. Bila ditanam kita nanti, hanya kita yang merasa peritnya dibelasah malaikat Munkar & Nakir andai soalan mereka tidak dapat kita jawab ..

Sayu hati ini tiap kali terdengar laungan :



Yang bermaksud :
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.



SUMBER : SINI

Bila aku teringat tentang MATI dan nasib aku saat dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak, hati jadi bertambah sayu.

Ya Allah, betapa kerdilnya aku di bumiMU ini,

Ya Allah, betapa banyaknya dosa-dosa aku yang dcatit oleh Sang Raqib,

Ya Allah, mungkinkah ada tempat untuk aku di SyurgaMU kelak,

Ya Allah, akan selamatkah aku ketika meniti Titian Sirah Mu nanti,

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah ...

Ketika datang saatnya aku bermuhasabah begini, untuk seketika, hilang segala-galanya kemahuan dunia yang aku senaraikan selama ini .. Yang tinggal hanya satu macam rasa yang bercampur baur .. Ada kesal, marah, sedih dan kecewa .. Takutnya aku, jika sampai masanya Izrail datang menjemput, aku belum benar-benar bersedia .. Subhanallah !!!!

Ya Allah, izinkan lah aku menjelaskan segala jenis hutang di dunia ini sebelum aku KAU jemput,

Ya Allah, izinkan aku memperoleh keampunan dari mereka-mereka yang telah dan pernah aku sakiti sepanjang hayatku,

Ya Allah, izinkan aku menjalankan semua tanggungjawabku dengan sesempurnanya selagi ada hayatku,

Ya Allah, mudahkanlah perjalanan aku untuk bertemu denganMU dan mudahkanlah urusan mereka yang akan menguruskan jenazahku kelak ...

Amin, Amin, Amin Yarobbal A'lamin ..

Nota : Entri ini sekadar perkongsian tentang apa yang aku rasa. Tiada niat menyakiti sesiapa .. Andai ada yang terasa hati, ucapan MAAF ku pohonkan ...

W'salam

Adiosss...

Tak Sabarnye Nak Tengok ... Ombak Rindu ..

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم



Hooyeeeahhh .. Esok akan bermulanya tayangan filem yang aku nanti-nantikan iaitu OMBAK RINDU !!! Leh la ajak adik aku si Cikgu Mai gi menonton. Laki aku awal-awal cakap yang dia takmo tengok cerita ala-ala jiwang karat nih .. Takmo tengok takpela .. Asalkan dia izinkan aku pergi tengok ngan adik aku, aku OK jeee ... Ahaksss ..


Oleh kerana kekurangan perasaan rajin untuk menulis entri panjang berjela-jela, aku kongsikan je la beberapa gambar dari filem ni yang aku PINJAM dari google .. Jom la layaaannnnnn !!!











Wokey .. Dah tengok kan gambar-gambar tuh .. sekarang ni, meh kita tnegok seba sedikit info tentang pelakon-pelakon utama dalam filem ni yee ..




Nama Penuh : Aaron Mustapha Aziz
Tarikh Lahir : 23 Februari 1976
Asal : Tampines, Singapura
Antara Filem lakonannya :
Evolusi KL Drift (2008)
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam  (2009)
Pisau Cukur
Syyhh...Dia Datang (2010)
Evolusi KL Drift 2
Suaka        
KL Gangster (2011)
Datin Ghairah (2011/2012)
Ombak Rindu (2011)






Nama penuh : Maya Karin Roelcke
Tarikh Lahir : 29 Oktober 1979
Tempat Lahir : Bayreuth, Germany
Bapa : Gottfried Roelcke
Ibu : Che Zan
Adik beradik : Sulung dari 3 beradik
Antara Filem lakonannya :
Sri Dewi Malam (2001)
No Problem (2001)
Mr. Cinderella 2 (2003)
Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
Tujuh Perhentian (2004)
Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
Waris Jari Hantu (2007)
1957: Hati Malaya (2007)
Anak Halal (2007)
Duyung (2008)
Punggok Rindukan Bulan (2008)
Pisau Cukur (2009)
Taming Sari (2010)
CUN (2011)
Ombak Rindu (2011)

 



Nama Penuh : Lisa Surihani binti Mohamed
Tarikh Lahir : 23 Mac 1986
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Kelulusan : Bidang perundangan dari Help University College dan
Aberystwyth University di Wales, United Kingdom
Antara Filem lakonannya :
Goodbye Boys (2006)
I'm Not Single (2008)
Jangan Pandang Belakang Congkak (2009)
V3 Samseng Jalanan (2010)
Semerah Cinta Stilleto
Lagenda Budak Setan
Kapoww!!
Zoo
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Sekali Lagi (2011)
Ombak Rindu (2011)



SUMBER : SINI  dan SANA


W'salam


Adiosss...

Sunday, November 27, 2011

Harimau Muda KECEWA Di Bumi Sendiri T_T


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Akhirnya Harimau Muda kehilangan taring di  tempat sendiri ... Buat muka sedey jap ....



OK !! Mari kita tengok menda ni secara positif ok ! Senyum skit ...


Takpela .. Ada sebab kenapa Tuhan tak nak bagi kita asyik menang je nih ... Mungkin nak bagi peringatan kat pemain-pemain kita supaya jangan terlalu alpa dengan kejayaan-kejayaan yang dianugerahkan oleh Tuhan selama ni .. Almaklum laa .. Semua yang kita ada sekarang ni pun cuma PINJAMAN dari Yang Maha Besar semata.

Kalau kita ada bakat, jangan terlalu mendabik dada kerana semua itu datang dengan amanah yang wajar kita jaga dengan sebaik-baiknya. Kalau kita dipuji, jangan terlalu mendongak langit kerana jatuhnya kita nanti ke BAWAH bukannya ke ATAS ...

Dan ... Kalau kita dikeji, jangan kita mudah berputus asa kerana sebaik-baik motivasi adalah sesuatu yang datangnya dari kejian bukannya pujian .. So, Harimai Muda, jangan sesekali alpa mendabik dada dengan segala kurniaan dan pujian-pujian yang melimpah ruah, please do always KEEP GROUNDED .. Semoga kekalahan hari ini hanya permulaan untuk kejayaan yang lebih CEMERLANG di masa akan datang ... Insyallah ... Amin !! ^^



W'salam...

Adiosss...

Friday, November 25, 2011

Monolog seorang AKU

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

Nun disana, kau tersergam gagah
Teguh menanti kami semua datang berziarah
Melawan segala cubaan jerih dan payah
Agar kami dapat menjadi salah seorang yang bertuah ..


Aku hanya insan kerdil dan lemah
Yang hanya mampu untuk berdoa, redha dan pasrah
Dalam menjalani liku hidup yang penuh muslihat dan fitnah
Hanya padaMu aku benar-benar berserah


Hidup ini tak lama mana pun
Untuk aku terus lalai dan jadi jakun
Semua yang aku ada hanya ibarat titisan embun
Yang akan hilang apabila matahari menyinari sang rumpun

 
P/S : Selamat bercuti sahabat semua ^^ !! Kemana kita cuti 3 hari ni agaknya yee .. Hmmm ..
 
W'salam

Adiosss...

Thursday, November 24, 2011

Dahlia Teck oH Dahlia Teck ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Dalam pada orang masih meraikan kemenangan skuad Harimau Muda kita merangkul pingat emas dalam Sukan SEA yang sudah, tumpuan aku terus tertumpu pada penjaga Gol kita iaitu Apex @ Khairul Fahmi Che Mat (KFC). Dalam pada dia agak galak dicabar dengan cerita-cerita kontroversi yang menyentuh hidup peribadinya, aku kagum dengan keupayaannya memberikan 101% tumpuan dalam setiap game yang diwakilinya.


Apa jadi dalam kehidupan peribadi mereka, hanya mereka sahaja yang mengetahui ..Eerrrkkk ... Tetiba je masuk bab lain ni kenapa la pulak kan ... Ahakssss ....


Alaa .. Bukan apa, asal aku search je nama si Apex ni, mesti ada nama awek dalam gambar kat bawah ni haaa ...



Bila dah tengok gambar, mesti la baca cerita-cerita lain jugak kan. Mula-mula dulu ingatkan diaorng ni takde apa-apa. Yelaaa ... Sekadar berkawan-kawan je. Tapi, petikan twit si Apex yang aku PINJAM dari blog beautifulnara.com membuktikan segala-galanya ^__^



(Mekasih BeautifulNara ^^V)




Tak kiralah apapun cerita yang kita dengar, siapalah kita ini nak menghukum sesama kita kan kerana ALLAH itu adalah yang lebih berhak di atas segala-galanya. 


Jadi, kalau betul Dahlia Teck itu adalah pilihan hati Apex, siapalah kita nak menafikan kan ... Kita doakan jela mereka ini takkan terpalit dengan cerita-cerita kontroversi yang boleh menjejaskan prestasi penjaga gol skuad Harimau Muda kita ni yeee .. Hal lain-lain tu, ALLAH yang lebih berhak ... Tak gitu  ?? ^^


P/S : Apabila kita berdoa, jika doa kita dimakbulkan ALLAH, maka janganlah kita lupa untuk bersyukur padaNYA, TAPI, jika doa kita masih belum tertunai, percayalah bahawa ALLAH sedang menguji kita DAN jika doa kita tidak tertunai, ketahuilah bahawasanya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.


W'salam...

Adiosss...

Wednesday, November 23, 2011

Seronoknya Cuti Sekolah !!! ^o^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Haaa .. Cuti sekolah dah pun bermula kan .. Pada adik-adik yang sedang memulakan cuti tu, mesti hati berbunga riang kan? Pada yang mengambil SPM dah sudah menjawab yang terbaik, iringilah usaha anda itu dengan doa yeee .. Insyallah, anda akan dapat setimpal dengan apa yang anda telah usahakan selama ini .. ^^


Aku pasti, ramai dari kalangan ibu bapa dah merencanakan sesuatu untuk menghabiskan masa sempena cuti sekolah ini. Jadinya, kat sini aku ingin mengambil kesempatan mempromokan satu majlis amal yang boleh kengkawan semua join sekali. Disamping dapat menghabiskan masa dengan keluarga, kita juga berpeluang untuk menghulurkan bantuan seadanya ..


Takmo cakap banyak, info lanjut leh tengok kat banner bawah ni ... ^____^




P/S : Terima Kasih K.Ina sudi share ^^

W'salam

Adiosss...


Tuesday, November 22, 2011

ALHAMDULILLAH ... Harimau Muda Berjaya Membaham Sang Garuda (4-3) ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


GOOOOOOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLL !!!!




ALHAMDULILLAH .. Akhirnya kita berjaya jugak membaham Sang Garuda Muda dan membuatkan Stadium Gelora Bung Karno terdiam kaku seribu bahasa ... TAHNIAH buat wira-wira negara di atas persembahan cemerlang anda di perlawanan akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 malam tadi ...





W'salam

Adiosss...


Monday, November 21, 2011

Ya Allah, Semoga kemenangan dipihak MALAYSIA !!! Amiiinn ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia.


Semangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.


Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya.


Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.


Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.


Provokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ (seperti dikatakan peminat dalam satu temubual radio tempatan) terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu.


Menurut rakan wartawan yang pernah membuat liputan Sukan SEA di hampir semua negara di rantau Asia Tenggara ini, Sukan SEA di Jakarta antara yang paling teruk – terutama dalam sambutan rakyatnya terhadap kontinjen Malaysia.


Kontinjen Malaysia yang hadir ke bumi Jakarta seolah-olah musuh ketat yang cuba dimalukan dan dimusnahkan. Bagi penyokong Indonesia, biar mereka tidak dapat emas asalkan bukan Malaysia yang memperolehnya.


Sokongan padu sanggup diberikan kepada lawan Malaysia, tidak kira dalam apa acara sekalipun. Jadi jelas kedatangan kontinjen negara ke sini kurang dialu-alukan dan nama Malaysia tidak terbabit dalam kempen Bersatu & Bangkit kali ini.


Malaysia kini yang berada di tangga keempat keseluruhan selepas mencapai sasaran 45 pingat emas kelmarin, kini perlu menamatkan kempen kali ini dengan ibu emas – mengecewakan Indonesia dalam aksi final bola sepak malam ini – sekali gus mengajar sebahagian penyokong di sini erti semangat kesukanan sebenar.


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

Sebenarnya dah lama aku menonton dan juga membaca dari media-media tempatan mengenai layanan buruk INDONESIA kepada pasukan MALAYSIA di Sukan Sea kali ini.


Sesuatu yang aku rasa tak sepatutnya berlaku memandangkan selama ini, negara kita tak pernah pun lokek pun dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan di saat mereka dilanda bencana alam seperti Tsunami dan gempa bumi. Bukan mengungkit tetapi sekadar membangkit.


Tak tahu apa yang mereka tak puas hati sangat dengan kita. Kata SERUMPUN tetapi mereka seolah-olah menganggap kita ini lebih daripada musuh ketat yang perlu dihapuskan !


Mungkin mereka lupa bahawasanya sebahagian besar dari rakyat mereka mencari rezeki di bumi Malaysia. Memang rezeki dari Allah, tapi, kalau mereka sudah terlalu ANGKUH dan BONGKAK dengan negara kita, tak perlu lagi ada yang bersusah payah menggadai nyawa untuk memasuki negara kita secara HARAM demi mencari sesuap nasi !!! Cukup-cukup lah tu wahai INDONESIA !! Belajarlah untuk MENGHORMATI dan MENGHARGAI bantuan orang lain ...



P/S : Aku cadangkan dengan ini, semua media-media tempatan kita bawak-bawaklah hentikan siarkan sinetron-sinetron seberang tu .. Tutup la terus saluran BINTANG kat Astro tu !!! Cukup-cukuplah kita diaibkan dan dipijak-pijak oleh mereka !! Kita datang ke sana dilayan macam sampah, tapi bila artis mereka datang ke sini, kita layan macam Raja !!!! HUUUHHHH !!!!


W'salam

Adiosss...



Sunday, November 13, 2011

Ceciter Ombak Rindu ... Weeeeeee !!!! ^^

Assalammualaikum & Salam Sejahtera ...

Terujanya bila tengok The Making Of Ombak Rindu kat TV hari ni. Aku tau yang The Making ni dah baper kali pun ditayangkan, tapi aku baru hari ni terajin nak tengok. Kalau tengok sinopsisnya, dialog-dialog yang disebutkan memang sebijik la cam dalam novelnya. Tapi, nak tau berapa tepat adaptasi filem ni dengan novelnya, kenalah tunggu 1 DISEMBER 2011 ! ^^

Kat sini aku nak share trailer dari filem tersebut dan jugak lirik lagu temanya skali. Enjoy !!!!!!!!




Lirik Lagu OST Filem Ombak Rindu


Adira :Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Hafiz :Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku



Adira :Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung



Hafiz :Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



Hafiz & Adira :Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti



Hafiz:Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya



Adira:Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Sumber : SINI





Ni aku bagi skali video klip lagu ni .. Best !!! huhuhu


P/S : Teringin nak tengok novel Aisha Sofea - JAUH diadaptasi dalam bentuk filem jugak dan pelakon-pelakon utama pilihan aku adalah : Aaron Aziz dan jugak Lisa Surihani .. Boleh? Hehehe


W'salam...


Adiossss !!


Thursday, November 10, 2011

Menulis Di Pagi Buta ^^'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Agak lama kan rasanya aku tak menulis. Bukan merajuk atau sibuk sesangat pun. Cumanya idea untuk menulis tu tak berapa nak ada. Lagipun, bila menulis ni, takmo la terlalu ikut perasaan sangat. Takut kalau tersalah menulis, leh buat tambah dosa jee kan. Heh ...


Menulis ni kalau kena gayanya, boleh jadi inspirasi untuk orang lain. Ada jugak yang leh buat duit! Tapi, tak kurang gak yang boleh buat tambah saham Neraka !! NAUZUBILLAH !! Mintak jauh la yee ...


Antara blogger yang aku suka baca hasil penulisannya adalah Encik Shahrom. Bukan nak membodek ye. Cuma menulis berdasarkan kebenaran. Kalau kat opis tu, kalau ada masa, aku ada gak menjengah ke Blog Beliau. Tapi, dek kerana pembatasan dalam penggunaan Blogger ni, aku hanya mampu membaca je tanpa boleh meninggalkan jejak. Takpela. Janji aku dapat serba sedikit ilmu pengetahuan dari sahabat yang sorang ni.


Kepada sahabat2 blogger lain, jangan la terasa hati ye. Blog2 kalian pun ada jugak aku kunjungi. Cuma sebab takleh nak tinggal jejak je jadi aku jadi silent reader je la sekarang ni .. Ok la jugak.Habis semua entri orang aku leh baca dan ada yang kadang2 buat aku gelak sorang2 .. Ahaksss ...


Entri ini ditulis oleh aku pada jam 0125AM. Mata pun dah terpisat-pisat nih. Nak gi tido. Di lain kesempatan, selagi nyawa dikandung badan, Insyallah kita akan berjumpa lagi dibebelan aku yang akan datang yeee .. Chowww !!!


W'salam & Adios !!

Wednesday, November 2, 2011

KeSONGSANGan Manusia Di Akhir Zaman +_+

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Membaca surat kabar Metro Online hari ni membuatkan aku mengeleng-gelengkan kepala penuh kekesalan. Berita di bawah ni sangat-sangat menyentap naluri kewanitaan aku kerana aku juga seorang isteri.

KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.



KOMEN TUAN PUNYA BLOG :

Dunia dah sangat hampir denga KIAMAT. Manusia berpusu-pusu mengejar nikmat dunia lebih daripada bekalan akhirat. Aku pun bukanlah sempurna, tapi, ALHAMDULILLAH, ALLAH masih sayangkan aku.

Bila terbaca berita macam ni, aku rasa, lebih baik suami kita berkahwin dengan perempuan lain yang halal bagi dirinya daripada terjerumus dalam hubungan songsang yang sungguh menjelekkan ini .. Tak gitu ? Heh ..


Dan (Kami juga Telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

(Al-A’raaf 7:80-81)

SUMBER : SINI

W'salam

Adiosss...


KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu