Iklan
PESANAN PENAJA ^-^
A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....
Sunday, November 27, 2011
Harimau Muda KECEWA Di Bumi Sendiri T_T
Thursday, November 24, 2011
Dahlia Teck oH Dahlia Teck ^^
Dalam pada orang masih meraikan kemenangan skuad Harimau Muda kita merangkul pingat emas dalam Sukan SEA yang sudah, tumpuan aku terus tertumpu pada penjaga Gol kita iaitu Apex @ Khairul Fahmi Che Mat (KFC). Dalam pada dia agak galak dicabar dengan cerita-cerita kontroversi yang menyentuh hidup peribadinya, aku kagum dengan keupayaannya memberikan 101% tumpuan dalam setiap game yang diwakilinya.
Apa jadi dalam kehidupan peribadi mereka, hanya mereka sahaja yang mengetahui ..Eerrrkkk ... Tetiba je masuk bab lain ni kenapa la pulak kan ... Ahakssss ....
Alaa .. Bukan apa, asal aku search je nama si Apex ni, mesti ada nama awek dalam gambar kat bawah ni haaa ...
Tak kiralah apapun cerita yang kita dengar, siapalah kita ini nak menghukum sesama kita kan kerana ALLAH itu adalah yang lebih berhak di atas segala-galanya.
Jadi, kalau betul Dahlia Teck itu adalah pilihan hati Apex, siapalah kita nak menafikan kan ... Kita doakan jela mereka ini takkan terpalit dengan cerita-cerita kontroversi yang boleh menjejaskan prestasi penjaga gol skuad Harimau Muda kita ni yeee .. Hal lain-lain tu, ALLAH yang lebih berhak ... Tak gitu ?? ^^
Tuesday, November 22, 2011
ALHAMDULILLAH ... Harimau Muda Berjaya Membaham Sang Garuda (4-3) ^_^
Monday, August 1, 2011
Tetiba Teringat Kat Khairul Fahmi Plak ^_^
Friday, July 29, 2011
Harimau Malaya Tetap DiHati
Thursday, July 28, 2011
Seribu Harapan Buat Skuad Harimau Malaya
Korang gi tengok tak ? Aku pasti ramai yang kecewa kerana kehabisan tiket dan tak berpeluang memberi sokongan kepada pasukan negara menuju kemenangan (Amin) secara live.
Ala, takpe. Sokong dari gerai2 mamak pun okey gak ! Meh la sama2 kita berdoa agar pemain2 kita tak terlalu over confident dan dapat bermain dengan sehabis baik di gelanggang sendiri dan yang paling penting, tak akan menghampakan rakyat Malaysia semua. Insyallah ...
Aku nak gi gak tengok, tapi kerana aku ni fobia skit kat tempat2 yang ramai orang ni, taktau la camne lagi. Laki aku teruja sangat nak pegi. Almaklumlah, orang ada baju jersi Malaysia. Nak tayang la tuuu .. Ceh .. Masa Malaysia lawan Arsenal ari tuh, takdelah plak pakai .. Hehehe ..
Kemenangan adalah yang diidam2kan. Andaikata kekalahan yang tersurat, kepada penyokong2 yang fanatik tu, diharap jangan la pulak dok menge 'boo' dan membaling botol2 air ke dalam padang yee. Jadilah penonton dan penyokong yang berhemah .. Kalah atau menang adalah adat pertandingan.
Kepada Harimau Malaya (macam la diaorg baca blog aku .. heh), berilah persembahan yang TERBAIK pada malam ini dan tolonglah jangan hampakan kami semua ni yeee ...
Saturday, July 23, 2011
Harimau Malaya vs Si Singa ... Siapa Juara ?
Perlawanan antara Malaysia dan Singapura untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia sedang berlangsung pada minit ke 21. Kedudukan 2-1. dengan Singapura mendahului. Singapura terus menggasak garang. Malaysia berusaha bertahan. Safee Sali diasak sehingga berjaya dijatuhkan. Pemain Singapura menerima layangan kad kuning pertama pada perlawanan malam ini.
Pada mereka-mereka yang sedang khusyuk menonton tu, jangan lupa gi la solat Maghrib dulu ye. Kalah atau menang, semuanya dah tertulis di Lukh Mahfuz. Kita saksikan je la macamana corak permainan pasukan Malaysia malam ni. Adakah sehebat pasukan olimpik yang diturunkan ketika melawan Chelsea hari tiu? Ataupun setakat mampu bertahan dan bertahan .. ??
Apapun, mari kita doakan yang terbaik untuk pemain negara kita, Malaysia. Semoga Harimau Malaya mampu membaham Singa dan mencipta sejarah yang tersendiri malam ini. Semoga barisan pertahanan Si Singa biasa Harimau goyahkan dengan aksi yang segarang gaumannya !!!









