Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 24, 2012

Celoteh Ramadhan Ke-4

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hmmm .. Hari ni aku sampai opis punya la awal. Kol 7.05 aku dah tercongok depan PC ni ha. Bukan apa, ada masalah agak besar la kat site client kompeni aku ni. Problem dari hari Jumaat petang. Disebabkan Sabtu ngan Ahad takleh masuk bilik server, so kerja-kerja pemasangan alat gantian terpaksa dilakukan semalam.

TETAPI .. dek kerana kekurangan skill, Technician kompeni aku ni, tak dapat nak selesaikan masalah itu. Jadinya, kami terpaksa memanggil vendor luar. So, katanya, pagi ni la diaorang nak turun site. Tapi, sementara tunggu vendor tu sampai, gerentila client akan memekak kat telinga aku ni dulu. Huh.

Disebabkan perkara ini la aku tak lena tidur malam tadi. Sakit kepala dibuatnya. Pagi tadi, selesai solat Subuh, aku pohon petunjukNYA dan dengan ucapan Bismillah, aku mengarang email untuk dihantar kepada client untuk menjelaskan sebab kelewatan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka yang boleh dikira agak kritikal ini.

Dengan penuh debaran, sekarang aku tengah menunggu maklumbalas dari pihak mereka. Nak tengok samada mereka boleh menerima alasan yang diberikan atau mereka akan naik angin dan menyerang aku di Ramadhan ke-4 nan indah ini ... Hmmmphhh ... Tawakkal lillahitaala je laaa .. T____T

بسم الله الرحمن الرحيم

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
“Supaya mereka faham perkataanku;
(Surah TaHa : Ayat 25-28)

Sumber : SINI

W'salam ..

Adioss ...

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu