Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 3, 2013

Memaafkan dan Dimaafkan

Sesungguhnya kehidupan di dunia ni hanyalah sementara. Yang kekal hanya Allah s.w.t.

Bila kita berbuat salah, sering kita berharap agar orang yang kita telah lukai samada lahir atau batin itu dapat ikhlas memaafkan kita. Tapi, bila kita yang dilukai, kenapa sukar benar hendak memaafkan walaupun bibir sering mengucapkan 'saya dah lama maafkan dia' walhal dalam hati, kemaafan itu tidak benar2 hadir?

Ya Allah, Kau permudahkanlah hatiku untuk terus memaafkan dengan rasa redha dan taqwa.

Semoga segala kebaikan dan kesalahan kita yang akan diadili di Padang Mahsyar nanti akan membawa kita ke syurgaNYA jua akhirnya ... Amin Ya Rabb ...

Monday, September 9, 2013

Saya Sayang Mak dan Abah Saya

Apa perasaan anda jika Ibu dan Bapa anda dituduh menjadi penghasut sedangkan anda tahu siapa mereka sebenarnya ... ?

Apa perasaan anda jika diamnya Bapa anda mengundang tidak senang dihati 'orang lain' sehingga menyebabkan dia sewenang-wenangnya ditohmah tanpa mampu membela diri??

Apa perasaan anda melihat penat lelah Ibu anda menabur bakti seikhlas hati kepada 'orang luar' tidak langsung dihargai malah dimarahi tanpa simpati????

Kepada 'orang lain' @ 'orang luar' tu, ingatlah yang anda juga punya anak. Jangan nanti bila anak anda memperlakukan anda sedemikian, anda masih lagi mahu menuding jari menyalahkan orang lain. Apa guna anda jadi ketua keluarga kalau hanya tahu menyalahkan orang lain dan tak pernah sekali pun mahu bermuhasabah diri????

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidlfitri 1434H

Countdown ke Aidilfitri sudah seminggu bermula rasanya. Jadi, dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan :


Segala keterlanjuran kata-kata dalam posting aku selama ini harap dimaafkan. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari membuat kesilapan. Semoga Syawal kali ini, takkan kita sia-siakan dengan pembaziran dan sekadar bersuka ria semata-mata. Semoga dapat kita sambut bersama yang tersayang dalam kesederhanaan dan kegembiraan yang diredhai dan diberkati Allah hendaknya .. InsyaAllah ..

Kepada yang memandu pulang ke kampung tu, sama la kita yeee .. Hati-hatilah memandu tu walau ada masanya kesesakan yang melanda mampu menyebabkan kemarahan yang melampau. Kawal diri, kawal emosi. Ingat baca doa sebelum memulakan perjalanan tu ye.






W'salam semua & semoga kita berjumpa lagi selepas ini ^_^

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan 1434H : Ucapan

Orang lain dah buat posting berbakul-bakul pasal Ramadhan, aku baru nak menyibuk kan.. Hehehehe .. Takpela .. Better late than never.

Di kesempatan ini, buat semua kenalan aku .. Yang jauh dan yang dekat ... Yang karib maupun yang tak pernah bertemu, aku ingin mengambil kesempatan, menyusun 10 jari memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata, perbuatan dan juga penulisan yang secara sengaja atau tidak, telah mengguris hati dan perasaan kalian semua.

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dan keredhaan buat kita semua. Semoga kita diberikan lebih kekuatan untuk membuat amal ibadah dengan penuh kekhusyukkan dan keikhlasan ... Amin ...

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa kawan-kawan semua !!!
Sekian & Wassalam dulu buat kali ini .. Terima kasih pada yang sudi menjengah dan membaca blog aku ini ... ^_^


Sunday, July 7, 2013

Aktiviti Hujung Minggu

Sabtu ahad yang terakhir sebelum umat Islam seluruh dunia berhenti makan pada siang hari selama sebulan. Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi.

Hujung minggu ni, misi utama adalah menghabiskan bacaan 2 novel yang baru aku beli ... Hehehe ... Hobi sebelum kawin telah timbul semula .. Muahahahaha ...

Playboy Itu Suami Aku (PISA). Novel yang dah lama aku cari di kedai-kedai buku. Akhirnya aku berjaya memilikinya dengan membuat belian terus dari laman web Kaki Novel. Harga pun dapat diskaun sebab jadi ahli. Yesssss!!!! Akhirnya aku berjaya memiliki karya terbaru dari Suri Ryana ni... Hehehhe

Suami Aku Ustaz. Kalau PISA td aku beli setelah membaca manuskrip raw dari blog Suri Ryana, novel yang ini aku beli gamble je. Baca sinopsis macam seronok... Tapi .... Memang seronok pun !!! Thehehhe..

Siap ada pengajaran lagi. Ada selit sikit-sikit pasal hadis dan juga pasal sejarah Islam. Sesuatu yang baru laaa ... Best! Dengarnya novel ni nak difilemkan. Adi Putra jadi hero dan Nora Danish jadi heroin. Kalau tak silap aku laaa .. Huhuhu ..

Okla. Cukup la rasanya bebelan aku hari ni ye. Nanti senang aku membebel lagi ... Hehehe

Wsalam wahai sahabat2 semua !! ^_^

Tuesday, July 2, 2013

Menu Hujung Minggu

Hari tu kat FB (tk sure profil siapa) aku ada terbaca tentang larangan mengupload gambar makanan kerana dikhuatiri akan menyebabkan riak. Errrkk .. Yeke? Hmmm.. Ntahla. Aku upload gambar mkanan hanya untuk berkongsi secebis cerita dari kehidupan harian aku je.

Kalau setakat post gambar telur goreng takkan lah boleh menyebabkan riak pulak kan... Hehehe.. Kalau nak riak, post gambar bercuti luar negara tu pun rasanya lagi boleh mendatangkan riak kot.. Hmmm .. Ntahla.. Terpulang kepada niat hati masing-masing.

Mudah-mudahan apa pun yang kita lakukan akan dijauhkan dari sifat riak dan meninggi diri sebab semua yang kita ada ni pun bukan kita yang punya tapi Allah Taala yang punya .... ^_^

Wsalam semua ... !!

Kembali Menulis

Salam kawan-kawan ...

Lama sungguh aku tak menulis kan.. Bukan hilang kemana pun. Saje keep my radar low. Sekarang ni nak menulis banyak sikit kena fikir. Takut mengguris hati orang lain. Takut. Takut tak sempat minta maaf, nyawa dah dijemput Izrail. Allahuakbar.

Ini entri intro yg aku post dari blogger android. Pikir banyak kali gak nak install ke tak. Tapi, at last install la jugak. In case terajin nak menulis. Thehehehe..

Sampai sini dulu dan sampai jumpa lagi di entri akan datang. InsyaAllah ^_^

Wsalam semua..

Tuesday, January 1, 2013

2013 ... Alhamdulillah .. I'm Still Alive





Tahun akan sentiasa berganti tahun. Umur akan sentiasa meningkat. Masa depan adalah pasti dan masa silam ada sesuatu yang perlu kita jadikan iktibar dan perbaiki.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, semoga tahun 2013 ini memberikan kita semua lebih ...

  • KEBAHAGIAAN
  • KETENANGAN
  • KESEJAHTERAAN
  • KEKUATAN IMAN, TAKWA, LAHIR & BATIN
  • KEREDHAAN DARI-NYA
  • KESIHATAN
  • KESELESAAN

Walau macamana sukarnya hari-hari yang mendatang, kita kena sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa MENGHARGAI dan MENSYUKURI setiap detik dan saat kita masih diberi peluang untuk terus HIDUP dan berpeluang untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri kearah yang lebih baik .. In Shaa Allah ...

So, enjoy u'r life, have fun, and please don't forget HIM .. the one and only that will always be there for you no matter when you sad or happy ... Kita ingat ALLAH, In Shaa Allah, DIA akan sentiasa ada untuk kita .. Amin ... ^^




KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu