Hari tu kat FB (tk sure profil siapa) aku ada terbaca tentang larangan mengupload gambar makanan kerana dikhuatiri akan menyebabkan riak. Errrkk .. Yeke? Hmmm.. Ntahla. Aku upload gambar mkanan hanya untuk berkongsi secebis cerita dari kehidupan harian aku je.
Kalau setakat post gambar telur goreng takkan lah boleh menyebabkan riak pulak kan... Hehehe.. Kalau nak riak, post gambar bercuti luar negara tu pun rasanya lagi boleh mendatangkan riak kot.. Hmmm .. Ntahla.. Terpulang kepada niat hati masing-masing.
Mudah-mudahan apa pun yang kita lakukan akan dijauhkan dari sifat riak dan meninggi diri sebab semua yang kita ada ni pun bukan kita yang punya tapi Allah Taala yang punya .... ^_^
Wsalam semua ... !!
1 comment:
sebenarnya.. apa yang kita buat kena sentiasa berniat baik. jika kita berniat baik, InshaaAllah takkan jatuh riak tu :)
Post a Comment