Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG !

Assalammualaikum...

Setelah menteliti segala syarat2nye, aku rasa aku layak, jadi aku pun join la segmen ni ... Kalau nak join, klik je ni :


Selamat bersegmen dan berBW !!!

W'salam...

Adiosss...

Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK

Assalammualaikum...


Okeh ... Setelah aku meluahkan rasa tadi, kali ni aku nak neutralkan balik perasaan aku ... Dasat betul la hari ni ... Kejap tadi aku baru je gelak2 sebab dapat hadiah .. Tup2 tetiba je mood aku bertukar menjadi 'panas' akibat isu bakar Al-Quran oleh manusia2 CELAKA ... Hmmmmphhhh ....


Masa untuk join segmen terbaru Brader Ben ... Nak join, klik je banner ini :





KENAPA ANDA BENCI ROKOK ?
- Salah satu sebab aku benci menda alah ni selain dari ianye memang merbahaya, adalah kerana baunya yang sungguh memeningkan kepala ... Rasanya kalau duduk lama2 dengan orang yang merokok ni, leh pitam la aku dibuatnya.

Tahukah anda, bahawa paras nikotin bagi rokok2 yang diimport ke negara kita ni lebih tinggi berbanding dengan negara2 Barat ?? Tak caya ? Cuba korang beli rokok kat Amerika, lepaih tu beli yang kat Malaysia, cuba hisap dan rasa perbezaannya. Bukanlah aku pernah rasa, aku pernah terbaca je .. Kat mana tu aku tak hingat la plak .. Tapi menda ni bebudak kat 'U' kita yang buat ujian. 'U' mana tu, biarlah aku rahsiakan ... Heh ..

Selain dari baunya, aku juga tak tahan dengan duit yang terpaksa dibelanjakan untuk membeli rokok. Bayangkan kalau satu kotak tu katakanlah RM10 ... Kalau seminggu dah 4-5kotak, tak ke dah RM40-RM50 jumlahnye tuh ??? Daripada dok 'bakar' camtu je, baiklah buat beli makanan ... perut kenyang, hati pun senang ... Hehhehe ...

Antara sebab lain aku benci benda ni adalah kerana ianya 'membunuh' dalam diam ... Kalau sempat tersedar, okla jugak .. Tapi kalau tup2 sedar dah tinggal nyawa2 ikan camne plak ?? Bapak aku ngan Pakcik aku adalah antara mangsa rokok yang sempat berhenti sebelum terlambat ...

Bapak aku berhenti sebab dia sering diserang sesak nafas bila malam ... Lepaih tu, dia terus benti isap rokok terussss ... Yang pakcik aku pun sama ... Kena sesak nafas ... Kena tahan kat wad beberapa hari .. Lepas tu, terus tobat tak nak rokok lagi ...


Okeh !! Eerrkk .. Cukup ke 100 patah perkataan ??? Entahlah ... Aku tak kira plak ... Tapi, harap2 bebelan aku ni dpat diterima oleh Brader Ben la yee ...

Oooopsss... Ada lagi la ... 

Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !
- Kepada yang masih merokok dan baru berhajat nak merokok tu, rentikanlah benda yang tak berpekdah ni ... Buat bazir duit ngan bahayakan kesihatan je .. Berhenti sebelum terlambat, 
balik ke pangkal jalan sebelum tersesat ...
PEACE !!!!

Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..
- Rokok ni ibarat dadah ... Kalau takde semangat dan motivasi diri yang kuat, memang payahlah .. Aku rasa mereka yang merokok ni, biasanye mula dengan cuba2 dan akhirnya ketagih ... Ada juga yang hisap rokok untuk hilangkan stress dan ada juga yang nak maintain kurus ...Hehehehe ...


W'salam...

Adiosss...

 

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Assalammualaikum...


Waaaahhh.. Pantas je jari jemariku ini menaip bila ternampak segmen terbaru dari En.Ben... Kalau korang nak join, boleh jee... Klik je banner kat bawah ni :









Kali ni soalan2 yang diberikan punyalah banyak... Okeh !!! Inilah jawapan yang aku mampu berikan .... :


Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
- PERNAH. Jangan tak caya kalau aku jawab : KEPRIBADIANNYA. Fizikal hanya buat aku tertarik tapi, kepribadian yang buat aku jatuh cinta.

Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
- TIDAK. Fizikal akan berubah mengikut umur dan amalan seharian.

Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
- MATA. Sebab dari mata turun ke hati ^_^

Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
- MUNGKIN YA. Sebab kadang2 manusia ni bila terlalu bahagia dah lupa nak jaga badan.. Heh ..

Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
- SETUJU. Kerana :

Lelaki kacak ni, ruang untuk mendekati mana2 perempuan sangat2 luas. Godaan sangat2 la banyak. Jadi, peluang untuk menjadi 'playboy' atau 'kaki perempuan' tu memang sentiasa ada.

Kebanyakan perempuan cantik ni maintenance dirinye sesangatlah tinggi. Kalau tak cari lelaki yang berharta, macamana nak kekalkan penampilan diri yang sedia ada? Kenalah jadi meterialistik untuk kekal hidup mewah. Betul tak ?..

Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda ..
- LELAKI IDAMAN : Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra



Pada aku, mana2 lelaki yang mampu mengimamkan sembahyang dan menjadi pemimpin disegani memang layak menjadi lelaki idaman.



-PEREMPUAN IDAMAN : Ustazah Nor Bahiyah


Seorang wanita yang berjaya menjadi seorang individu berjaya pada masa yang sama mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik serta wanita solehah, selayaknya menjadi wanita idaman

 kenapa anda pilih 'si dia '  ..
- Kerana ketaatannye mengerjakan solat 5 waktu sehari dan kerana dia merupakan pelengkap bagi segala kelemahanku.

Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
-YA.

Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
-TIDAK.

Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
-CINTA yang sebenar adalah sekiranya kita dapat menerima keadaan pasangan kita seadanya. Berubah hanya jika anda yang ingin berubah dan jika perubahan itu merupakan salah satu jalan untuk kekal sihat.* Eeerrkk menjawab soalan tak ni ye *

Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
-TIDAK SEMUA. Setiap produk untuk kurus hanyalah sementara sahaja kesannye. Cara yang paling bagus untuk kurus adalah dengan menjaga pemakanan dan juga bersenam. Percayalah wahai sahabat2ku sekalian ... Aku pernah melaluinye... Hehehe..


Wokeeyy !!! Selesai sudah segerombolan soalan kujawab. Kini giliran korang plak... ^___^


W'salam...

Adiosss...

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Assalammualaikum...

Aku join lagi Segmen En.Ben !!! Yeeeayyyy !!!! Nak join ? Klik le sini.... :



Kali ini aku kena menjawab beberapa soalan berikut ... :

Sila ceritakan latar belakang anda ..
- Aku berasal dari Negeri Johor. Berumur 31tahun (tu dia..gentle tau beritahu secara terbuka..heh). Bekerja besa2 je.. Sekadar gaji sebulan tu cukup untuk menampungi kehidupan aku di bandar yang bertuankan duit ni..

Profesion anda sekarang ?
- Menerima aduan dari client2 berkenaan sistem yang disediakan oleh kompeni aku dan seteruskan men 'distribute' masalah2 itu kepada orang2 yang sepatutnya ... Bahasa omputihnye 'HelpDesk' ..

Blog favourite anda .. kenapa ?
- Borak Kosong sebab banyak cerita pelik dan unik yang boleh dibaca dan dikongsikan bersama DAN Santai Bersama BEN ASHAARI sebab ia merupakan tempat yang paling best untuk menambahkan kenalan2 sesama blogger.. Terbaaaeeekkk laaa...

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
- Blog yang loading lambat giler ... Hehe..

Impian anda terhadap blog anda ..
- Mencapai jumlah pengunjung 1k sehari..Errk.. Boleh ker... ??

Selesai sudah entri aku ... Aku nak gi 'BW' kat blogger2 len yang dah join sama jap lagi ni...

W'salam...

Adiosss...



Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

Assalammualaikum...


Rasa cam lama giler tak join segmen En.Ben ni...Jadinye, hari ni aku agak rajin nak join..Maka terhasillah entri ini... Kalau korang nak join, klik je banner di bawah ni..





Oleh kerana aku blogger PEREMPUAN maka inilah soalannya yang aku kena jawab..

LELAKI pilihan anda ? - Yang ada ciri2 cam Laki aku..Hehehe

Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ? - Perlu..Pada aku lelaki seksi bila sesekali mereka menunjukkan sikap manja mereka..Tapi, SESEKALI ye..bukan SENTIASA...Huhuhu

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ? - Kebanyakkan lelaki hanya rela berkorban sebelum MEMILIKI..Bila dah depan mata suka take for granted... Tak semua, tapi ramailah yang camtu...Kalau ikut pemahaman aku, mungkin sebab, bila dah jadi 'milik' dia, dia rasa perampuan ni takkan ke mana dah..yela.. istri kan kena ikut ckap suaminye selagi ianye tak bertentangan dengan ajaran Islam... Ini yang buat mereka rasa secured dan tak berapa ghairah nak tunjuk apa2 pengorbanan yang bukan2 macam sebelum kawin...Huhuhu..

Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ? - Bermadu ??? Kalau bercakap pasal realitinye, mana2 perempuan pun tak sanggup.. Tapi, daripada si suami tu ada perempuan simpanan, aku lebih rela dimadukan.. Memang pahit dan sakit, tapi, itu lebih baik dari biar suami kita bergelumang dengan dosa kannn... Lagipun, hidup ni tak lama mana pun...

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ? - Berdepan dengan dia dan 'wanita lain' tu, dah suruh dia buat pilihan masa tu jugak... Kalau agak2 tak sanggup nak terluka dengan lebih dasat lagi, berundur adalah jalan yang paling selamat...

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ? - Dua2... Kaedah pergaulan yang mankin luas pada zaman sekarang ni membolehkan samada lelaki atau perempuan untuk curang dengan lebih mudah... Yela..dengan adanye blog, FB, twitter...Kalau disalahgunakan, bukankah segala2nye menjadi jalan mudah untuk CURANG ?? Heh...

SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??  - Of course jawapannya perempuan... Sebabnye, perempuan ni kalau dah sayang sangat memang akan jadi bodoh..Jangan marah yee.. Tapi, tengok jelah apa yang jadi sekarang ni..Kes2 pembuangan bayi yang semankin berleluasa.. Kes bunuh diri kerana cinta... Bukti ?? Rasanya cukuplah kalau aku cakap, biasanya, pada lelaki ni, 9 akalnye susah nak mengawal 1 nafsunye.. Pada mereka yang bernama lelaki normal, aku rasa, mereka tahu 1 nafsu mereka ni kalau dikhususkan merujuk kepada apa kan... =.=

Apakah anda seorang yang mudah cemburu ? - Mungkin tidak... Tapi jangan buat aku jumpa bukti2 yang mencurigakan..Akan aku siasat sampai kelubang cacing..Huhuhu

W'salam...

Adiosss...


Tuesday, March 1, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ???

Assalammualaikum... 


Malam ni aku merajinkan diri untuk join Segmen terbaru En.Ben...Cam besa2, kalau nak join, klik je banner ni :




Citer aku pasal KEMATIAN yang menginsafkan aku :

Sebelum aku bekerja di tempat keja aku sekarang ni, aku penah keja kat satu tempat menjual kain langsir sebagai Sales Consultant. Seronok giler keja kat situ. Ada macam2 jenia orang aku jumpa. Okeh! Berbalik pada tajuk citer. Kat sini aku ditemukan Tuhan dengan seorang lelaki yang bakal menjadi sahabat yang aku namakan sebagai 'S'

'S' tergolong dalam golongan 'lelaki lembut' yang kalau bercakap ikut sedap mulut je...Hehehe.. Tapi, at least dia jujur dan tak bermuka2... Itu yang aku sangat suka tentang dia...

Nak dijadikan cerita, setelah 4 tahun kami bekerja bersama, aku telah ditakdirkan untuk berhenti dan kerja ditempat aku keja sekarang ni. Walaupun begitu, aku kerap menjenguk dia di tempat keja lama aku yang terletak di Puchong. Laki aku sedia maklum tentang persahabatan aku dengan si 'S' ni dan merestuinye...Hehehe...

Sebelum aku berhenti kerja, 'S' pernah memberitahu aku yang dia menghidap penyakit barah darah dan doktor menyatakan yang dia hanya berpeluang hidup sehingga bulan 11 2008. Tapi, kuasa Tuhan mengatasi sgala2nye apabila menjelang tahun 2009 dia masih dipanjangkan umur...

Setelah dia mengetahui tentang penyakitnya itu, si 'S' banyak berubah. Bukan kearah yang tidak baik...Tapi, ke arah yang lebih2 baik.. Dan aku bersyukur... Dia sempat kembali ke jalan yang benar setelah tersasar sekian lama. Tiap waktu sembahyangnya, sehabis daya akan dilaksanakan di Masjid. Perilakunya bnyak berubah. Bahasa pertuturannya lebih lembut.

Pada bulan Mac 2010, sahabat kesayangan aku ini telah kembali jua ke Rahmatullah...Al-Fatihah buat rohnya...

Kata2nya pada aku yang tak dapat aku lupa beberapa bulan sebelum dia meninggal adalah " Kau janganlah sedih..Masa aku akan sampai tak lama lagi...Jangan takut, aku tau kau kuat dan kau boleh menghadapi semua benda bila aku tak ada nanti".... Kalau korang nak tau, dia ni adalah penasihat aku bila aku ada masalah....Dialah yang sentiasa menyokong dan memberi kata2 semangat disaat orang lain menghina dan mengeji aku...Kerana itu, kehilangan dia sangat2 aku rasai...

Apa yang menginsafkan aku, walaupun si 'S' ni waktu hidupnya, banyak benda2 tak elok yang dia dah buat, aku bersyukur sangat2 sebab dia sempat bertaubat dan aku sentiasa berdoa semoga taubatnya diterima ALLAH.. Insyallah...

Ini menunjukkan, tak kira macamana tak baik amalan kita ketika hidup, jika sebelum mati kita sempat bertaubat, Insyallah segala2nya akan dipermudahkanNYA..

Alamak..Terpanjang la plak cerita...Ok la...Tu la serba sedikit cerita aku....Selamat membaca !!

W'salam... 

Adiossss... 

 

Monday, February 28, 2011

SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA

Assalammualaikum...

Lama dah aku tak join Segmen Idola aku ni... Jadinye, kali ni aku pun merajinkan diri untuk participate... Kalo korang berhajat nak join, klik je banner kat bawah ni kay !!! ^__^
Aku respect giler la kat korang2 yang berani buat Vlog ni !!! Bukan senang tau nak cakap sorang2 depan kamera..Kalau takat cakap sorang2 depan cermin tu aku pun selalu buat.. Heh...

Wish uols the best in this world without bounderies (WWW) !!!!

W'salam...

Adiosss...


Wednesday, February 16, 2011

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS

Assalammualaikum...

  

Akhirnye En.Ben buat jugak segmen yang aku layak untuk sertai..Kalau korang layak gak, apalagi ?? Klik je kat banner muka abg macho tu ye... ^___^

W'salam...

Adiosss...


Monday, February 14, 2011

Tanya sama BEN ASHAARI - VLOG2

Assalammualaikum...

Yippi !! Aku nenyempatkan diri menyertai segmen terbaru anjuran En.Ben.
Apa yang perlu dibuat ? Baca la ni....
  1. Tajuk : Tanya sama BEN ASHAARI - VLOG2 dan linkkan ke entri ini – Wokeh dah buat
  2. Bagi satu soalan yang tidak mengarut , logik dan paling penting tiada kaitan dengan isu isu sensitif dan melanggar undang undang .. Aku tak bertanggungjawab terhadap soalan yang mengarut..
    SOALAN aku : Agak2 bila En.Ben dah ada anak nanti, mampu ke rasanye nak berblog sekerap sekarang ni ?
  3. Tinggalkan link url entri korang kat sini – Dah tinggal..
  4. Tarikh tutup : Secepat mungkin !!!


Jadi, apa tunggu lagi kengkawan ?? Klik la kat banner ni :

 

W'salam...

Adiosss...

Saturday, February 12, 2011

BEN ASHAARI TANYA .. 1TUBE.MY


Assalammualaikum...





En Ben Ashaari telah mengadakan satu segmen yang gempaq lagi !! Kalau korang nak join, klik je banner kat atas tu ye… Ok, meh baca syarat2nye dan apa yang aku dah jawap dan tulis sebagai menepati syarat2nye itu..

  1. sila letak header BEN ASHAARI BLOG  - Cam yang aku buat kat atas tuh
  2. Tajuk : BEN ASHAARI TANYA .. 1TUBE.MY – Seperti tajuk n3 aku nih
  3. Sila beri pendapat anda mengenai VLOG ( Video Log ) BEN ASHAARI ini ... Tidak kurang dari 50 patah perkataan .. sila letak link vlog di entri anda ..
_ Ok, pendapat aku adalah : Masa permulaan video tu nampak la cam control macho (Ahakss~) tapi mankin ditonton, rasa cam best je. Apa yang best ? Best sebab En.Ben ni sudi nak berkongsi tips2 mudah unutk berblog. Antaranye, pastikan intipati dalam setiap entri yang dibuat bukan ‘kosong’ dalam erti kata lain, buatla n3 yang bermakna. 

Dalam pada tu seronok la gak dengar serba sedikit antara cerita yang best dan tak best dalam berblogging ni… Kesian la gak bila dengar ada orang yang curik layout dia dan tuduh En.Ben ni yang ciplak blog dier…Apa punya orang la macam ni kan…

En.Ben  juga ada sebut yang dia memang minat menulis sejak dari sekolah. Dia kata kalau Cikgu suruh nuat esei 100patah perkataan, beribu2 patah dia buat…Hehehe..Dasat tuh..
Bila aku tengok VLOG ni, aku rasa seolah2 butir2 perkataan yang keluar dari mulut En.Ben ni seperti entri2 yang aku baca dalam blog dia. Spontan, Slamber dan berinformasi.

P/S : Agak2 kalau korang tak tengok lagi VLOG ni, klik je kat SINI
  1. Pendapat anda mengenai www.1TUBE.MY dan penambahbaikkan yang boleh anda cadangkan .. Jika ada kelemahan , sila beri pendapat anda ..
-        Pada aku, apa yang perlu diperbaiki mungkin dari sudut mengtouch up suara2 latar…Aku paham mungkin mengekalkan suara2 latar tu untuk mengekalkan keoriginalan video tersebut, tapi, rasanye lagi best kalo leh dengar suara main rolenye je kot…Ini Cuma pendapat aku je la…

  1. Jika diberi pilihan , apakah anda ingin terlibat dengan projek VLOG ini atau membuatnya sendiri ?
-        Mungkin TIDAK…sebabnye aku ni jenis tak fotogenik dan pemalu sesangat…Setakat menulis dan buat keja2 dibelakang tabir, kira ok laaa…

  1. Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini .. – Dah tinggalkan dah…

W'salam...

Adiossss...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu