Aku rasa cam dah lama bebenor la aku tak melawat kengkawan bloggie aku..Bukan tak sudi, tapi dek kerana panggilan kerja yang agak menimbun2 dua tiga hari ni menyebabkan aku tak sempat nak ber 'BW' ....
Dalam kesibukan ni, aku gagahkan jgk untuk membuat n3 baru untuk blog aku ni..JAdi, untuk mencari bahan, aku sempat la membaca surat kabo (online je la)...
Hari ni aku nak kongsi citer pasal suami bunuh istri..Ada sorang kawan aku dulu penah bgtau aku (masa tu aku blom kawin lagi), 'Kita takkan tau isi hati org disekeliling kita even suami kita yang setiap mlm berkongsi tilam ngan bantal ngan kita sekalipun'....Mmmmm... Sekarang ni bila sering terbaca berita suami bunuh istri, baru aku paham apa yang kawan aku cuba nak sampaikan pada aku dulu...
Jom la baca sikit berita yang aku dapat dari KOSMO ni yeee....
JOHOR BAHRU - Pembuat kek, Rohana Hamzah, 26 (gambar), yang dipercayai dibunuh suaminya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram Isnin lalu disyaki menjadi mangsa dera suaminya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, mengikut keterangan beberapa ahli keluarga mangsa, mereka mendakwa mangsa kerap dipukul oleh suaminya.
"Suami mangsa didakwa panas baran dan sejak pasangan itu berkahwin lima tahun lalu mereka kerap bertengkar," kata beliau.
Apa la nak jadi ngan institusi keluarga kita sekarang ni kan...Apapun, pada pendapat aku yang baru setaun jagung mendirikan rmhtangga ni, rasanye, untuk mengukuhkan ikatan suami istri, banyak faktor yang perlu diambil kira selain dari CINTA...Cinta boleh pudar mengikut waktu..Jadi kita kena sentiasa menguatkan rasa CINTA tu dengan USAHA yang kuat, DOA dan TAWAKKAL...Ingat!!! Suami/Istri itu adalah ANUGERAH, bukan HAK MILIK...
W'salam...
Adiossss...
1 comment:
jiwa sakit, tu yg jadi punca sume masalah...huhuhu
Post a Comment