Ni ada berita aku baca dalam surat kabo Metro hari ni. Aku saje je nak kongsi ngan korang walaupun berita camni dah banyak disiarkan....
AMPANG: Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu.
Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah.
“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan,” katanya.
Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran.
“Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar.
“Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat.
“Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans.
“Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan,” katanya.
Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya.
“Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.
“Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis.
“Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan.
“Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Setelah membaca habis brita ni, apa yang korang dapat simpulkan??? Aku lepas abis baca je terus terpikir, mudahnye la bbdak perempuan zaman sekarang ni percaya kat lelaki asing dan sewenang2nye boleh ikut balik...Ummmphh..Tetiba aku teringat kat adik2 aku, kat adik2 sepupu aku, kat adik2 sedara aku......Dan aku termenung sekejap..................................
W'salam...
Adiossss...
2 comments:
Salam Kenal.
Budak2 perempuan zaman sekarang. Tak rasa takut langsung walaupun macam-macam berita yang keluar sekarang.
Risau bila fikirkan keluarga sendiri akan datang nanti.
Tu la azrina...Mntak2 kita dan keturunan kita sentiasa dalam perlindungan-NYA...Aaaamiiinnn...
Post a Comment