Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 26, 2011

Kalau betul kau sayang, kenapa mesti kau sakiti dia ???????!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalammualaikum...

Kalau betul kau sayang, kenapa mesti kau sakiti dia ???????!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tadi aku tengok rancangan 360 kat tv3..Kalau tak silap, tajuknye adalah "Mangsa kepada pasangan bercinta"..Cam tu lah lebih kurang bunyinye..Korang ada tak tertengok??

Aku paling tersentuh bila wartawan 360 menemuramah keluarga Arwah Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, yang ditikam 19 kali dan disimbah asid oleh seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40an yang mendakwa budak Nur Ain ni kekasihnye. Setelah terlantar selama 22 hari (dimasukkan ke hospital pada 16 Dec 2010) dan menderita akibat 19 tikaman serta melecur akibat simbahan cuka getah, Nur Ain akhirnye meninggal dunia dalam koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), jam 8.32 pagi pada 07 Jan 2011. Sedih tengok keadaan dia cam dalam gambar ni....

Subhanallah.... !___!
Berikutan kematiannya, seluruh keluarga gadis malang ini menuntut supaya penyerang mangsa, Habin Sulaiman, 42, yang sudah dijatuhi hukuman penjara 34 tahun dan lima sebatan pada 3 Januari lalu selepas mengaku menyerang dan cuba membunuh mangsa, disiasat semula atas tuduhan membunuh.

Yang aku paling tak dapat nak terima, motifnye cuma sebab Nur Ain menolak cinta lelaki tu je dan laki tu tak tahan tengok Nur Ain ni rapat dengan mana2 lelaki lain...Mengikut kakak Nur Ain, lelaki ni bersikap seolah2 Si Nur Ain ni bini dier je...Hmmmphhh...

Lebih menyayat hati, semasa diserang, Nur Ain sedang mengandung dan kandungannye berusia 24 minggu (dalam 6 bulan).... Haaaiiihhh..Kenapalah manusia zaman sekarang ni semankin kejam hah ?????

Yang tak patut berlaku dah pun berlaku...Pada yang dah 'pergi', sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah ye kengkawan...Semoga tragedi seumpama ini dijauhkan lah hendaknye dari terjadi pada kluarga kita...Aminnn...Mohon perlindungan dari Allah setiap masa, setiap detik dan setiap waktu...Wahai wanita, jagalah diri anda sebaik2nye...

INFO BERITA : Rujukan dari akhbar2 tempatan
W'salam...

Adiossss...




No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu