Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

SERUPA Takpe, SAMA Jangan ...!!

Assalammualaikum...

Korang bosan tak ? Kalau ada yang biosan, sori la yeeee ... Bila aku suka sesuatu topik tu, aku aku buat banyak entri mengenai topik tu ... Tapi, aku tetap cuba buat yang terbaik supaya takde la nampak cam stereotype sangat ...

Ni aku nak kongsi tentang satu kebetulan yang tak disengajakan ... Jom tengok niiiiii ^_____^






 



 

Biarla SERUPA gaya mereka, tapi jangan lah sampai SAMA nasib mereka ... Tapi, aku rasa, Prince William lebih boleh dipercayai kot daripada bapanya, Putera Charles ... Aku rasa laaa


W'salam...

Adiosss...


Wedding Of The Year : William & Kate

Assalammualaikum...


Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba juga ... Putera William dan Kate Middleton akhirnya telah rasmi bergelar suami isteri .. Walau aku tak berkesempatan untuk menonton secara live kat TV tapi aku pasti pasti akan ada seseorang yang menguploadnya ke dalam You Tube nanti ... Masa tu leh la tengok puas2 .. Thehehe …




Hmmmm .. Sama cantik dan sama padan kaaan … Sweeeettt sesangat !!!! I LIKE !!!! ^_^

Tetiba teringat plak masa perkahwinan Mendiang Lady D dengan Putera Charles masa tahun 80an dulu (masa tu aku kecik lagi) … Selongkar punya selongkar, dapatla gambo ni …



Tapi tu dulu .. Sekarang ni, Putera Charles dah bahagia disamping kekasih awal dan akhirnya ni ..


Ni baru lah dikatakan 'The Best Women Win' …



Oklah... Takyah la aku tepek gambo banyak2 .. Aku yakin dan pasti, sekarang ni, banyak lagi blog yang dah SUDAH dan AKAN terus menerus menulis cerita tentang mereka semua ni … Yelah … Mereka ni kan keluarga diraja yang sangat2 popular … Kalah selebriti tau …

W'salam...
 
Adiosss...


 

Friday, April 29, 2011

Cermin Diri Sendiri Dulu Sebelum Nak Cerminkan Orang Lain

Assalammualaikum...

Ramai antara kita di luar sana menggunakan alasan 'untuk dibuat iktibar' bagi mendedahkan aib orang lain ... Apa maksud mereka bila mereka kata 'Nak buat iktibar' sekiranya kisah dalam kelambu orang lain dijaja sana sini ?

Bagi aku, yang salah akan tetap bersalah dan mereka boleh berubah dengan izin Allah ... Kita sebagai manusia biasa tak perlu nak memandai2 nak menghukum ikut sedap rasa jeee ... Menghukum orang2 yang berdosa kan kerja Tuhan ... Kalau niat k ita tu yang baik2 belaka, pastikan kita betul2 mampu menghulurkan bantuan dalam apa cara yang termampu sekalipun bila diperlukan .. Jangan hanya pandai nak berkata2 .. Kalau agak2 takleh nak menolong meringankan beban bila diminta, 'jahit' sajelah mulut kita tu yeee ...

Bukan apa, takut nanti, yang berbuat dosa dah bertaubat dan berubah, yang kita ni masih lagi ligat bercerita tentang kesalahan orang itu sana sini atas dasar 'NAK BAGI IKTIBAR' kononnye ... Karang, tak pasal2, timbangan dosa kita lagi berat dari orang yang kita kata tuh ...

Aku bukan apa .. Kadang2 pelik dengan perangai mereka2 yang kononnya 'ahli2 masjid' tapi bila menegur orang, macam dialah yang paling suci lagaknya ... Ish,ish,ish ... Rasullullah nak menegur orang2 kafir zaman dulu tu pun sentiasa berhemah ... Teringat kisah Rasulullah memberi makan kepda seorang kafir yang buta (Nak tau cerita apa, korang cari la sendiri yeee .. Thehehe ... ). Kita ni, yang baru setakat nampak lebam didahi, nak menilai orang sesuka hati, LAYAK KE KITA ???

Aku tau tak semua orang alim macam tu, tapi jangan la disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga dan jangan sebab sekor lembu tercalit lumpur, habis satu kandang terkena sama ... Sama2 lah kita bermuhasabah diri ye kengkawan ... Bila melihat kemungkaran, sebelum kita marah2, bawak2lah banyakkan beristighfar dan mengucap .. Insyallah, kita akan dalam 'melihat' dengan lebih TEPAT dan JELAS ...


P/S : Aku mohon MAAF sekiranya tulisan aku ini ada menyinggung mana2 pihak ... Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu dayang dari aku sendiri yang perlu diperbaiki dari masa kesemasa ...


W'salam...

Adiosss...

Thursday, April 28, 2011

Semuanye Salah Network Kat Opis Aku Laaaa ... Ummmphhh

Assalammualaikum...

Semenjak dua menjak penggunaan blog dah di kekang oleh kompeni aku ni, minat untuk berblog dah semankin pudar .. Taktau la mana silapnya .. Bukan tak boleh kalau nak berblog kat rumah ... Tapi, bagi aku, masa kat rumah tu adalah masa untuk beristirehat dan diluangkan bersama orang yang tersayang ... Hehehe ...

Oleh kerana perasaan yang tak berapa nak best ni, maka aktiviti pemblogkan aku terpaksa dikurangkan ... Kiranya, aku menulis dan ber'BW' ikut mood ... Eeerrkk .. Boleh ke gitu ???

Apapun, selagi minat aku menulis dan membaca masih ada, Insyallah ... Blog kuning aku ini akan terus jugak 'hidup' ... ^_____^

P/S : Ada beberapa rakan blog yang menarik diri dari dunia blogger ni .. Kenapa la agaknya yeee .. Hmmm ..

 W'salam...

Adiosss...


Terbangkan Aku Ke Bulan

Assalammualaikum...

Menonton AF pada konsert yang lepas, tertarik dengan satu lagu yang dinyanyikan oleh pesertanya yang bernama Nera. Terbayang penyanyi asalnya, Frank Sinatra menyanyikan lagu tersebut dengan alunan suara 'jantan'nya ... Hmmmm ... Sungguh mengasyikkan .. Meh kita nyanyi sama2 kengkawan !!! ^‿^ 





Fly me to the moon
Let me sing among those stars
Let me see what spring is like
On Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby kiss me

Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

Pendek dan ringkas je lagunya .. Tapi, I LIKE !!! Hepi dan penuh dengan L.O.V.E ... Ngeee ...

W'salam...

Adiosss...

Wednesday, April 27, 2011

First GiveAway Ibu balqis

Assalammualaikum...

Atas undangan seorang sahabat, aku join GA Ibu si Balqis ni ... Untuk ini, aku tag semua follower aku !!! Boleh ker ?? Thehehehe ... Boleh jeeee ... Nak join, klik la nih :

 
GUD LUCK SEMUA !!!!!!!!

W'salam...

Adiosss...

Monday, April 25, 2011

Pesona Permaisuri Jordan - Rania Al Abdullah ( الملكة رانيا العبد الله )

Assalammualaikum... 


Beliau di lahirkan pada 31 Ogos 1970 dan berkenalan denagan Raja Abdullah bin Al-Hussein (Raja Jordan) pada Januari 1993 yang pada ketika itu masih bergelar Putera Mahkota di sebuah majlis makan malam. Setelah mengenali hati budi selama 10 bulan, mereka akhirnya berkahwin pada tanggal 10 Jun 1993. Mereka dikurniakan 4 orang anak yang comel2 belaka iaitu :

Putera Mahkota Hussein (Lahir pada 28 Jun 1994)
 
 V
V
v
 

Puteri Iman (Lahir pada 27 Sept 1996)

V
V
v


Puteri Salma (Lahir pada 26 Sept 2000)

V
V
v


Putera Hashem (Lahir pada 30 Jan 2005) 

V
V
v


Okey .. Itu serba sedikit mengenai Permaisuri Jordan ini ... Apa yang aku nak kongsikan adalah keanggunan dan corak fesyen yang digayakan oleh wanita kesayangan rakyat Jordan ini. Jom kita tengok beberapa gambar yang berjaya aku gugelkan ... 






 Bukan tujuan aku nak mengagung2kan Wanita cantik ini, sekadar untuk tatapan dan pengisian masa santai kita masing2 ... Hehehe ..
W'salam...

Adiosss...

Friday, April 22, 2011

Nur Kasih Di Hari JUMAAT

Assalammualaikum...

Di pagi Jumaat yang Indah ini, aku ingin kongsikan sebuah lagu yang sangat ringkas dan menyentuh jiwa ... Untuk mereka yang bercinta dan berkasih ... Semoga cinta kasih dan sayang kalian kekal hingga ke akhirnya ... Amiiinnn ..



Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih




Selamat menonton dan menyanyi semua !!


W'salam...


Adiosss...

 

Thursday, April 21, 2011

Hanya Mampu Mengucap dan Menggeleng Kepala ...

Assalammualaikum...


Dalam menjalani kehidupan sehari2ian, ramai antara kita sentiasa mencari kebaikan disebalik setiap kejadian buruk yang berlaku ... Ada yang bertemu jawapan dan ramai jugak yang masih lagi tercari2 ...


Aku bukannya nak bermadah atau berceramah ... Aku bercerita berdasarkan apa yang aku lalui dan alami dalam kehidupan seharian aku ... Kadang2 aku sedey sangat2, kadang2 aku marah sangat dan kadang2 aku rasa bahagia sangat2 ... Walau apa pun yang aku rasa pada satu2 masa tu, aku akan sentiasa terfikir perkara2 yang akan berlaku selepas itu ...


Ada orang kata, live life to the fullest ... Apa maksud mereka sebenarnya ? Adakah kita kena penuhi hidup kita dengan perkara2 yang menyeronokkan tanpa memikirkan batas2nya ???


Semalam masa dok membelek suratkabo Kosmo Online aku terbaca mengenai wanita Muslim pertama yang berbangsa Turki bergambar bogel untuk majalah Playboy ... Astaghfirullahala'zhim .....




Antara petikan ayat2 dari wanita bernama Sila Sahin yang buat aku mengucap panjang ...


"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," 


"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya,"


Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.


Dia nak berbogel kat majalah ke, nak berlari bogel mengelilingi dunia ke, aku tak berapa nak amik peduli .. Tapi, yang buat aku amik peduli bila dia berani menyeru wanita2 Islam di seluruh dunia supaya menjadi seperti dia !!!!!!!!!! Itu aku sangat2 marah !!!!!!!!!! Kalau kau nak terbakakr dalam neraka, kenapa perlu kau ajak orang lain ??? Kalau kau nak disiksa dikubur, kenapa kau nak heret orang lain sama ??? KENAPA ????


Dari kejadian di atas, aku masih cuba mencari kebaikan disebalik segala kejahatan2 yang semankin berleluasa sekarang ni ... Dan akhirnya, aku hanya mampu berkata ...


" Ya Allah ... Engkau lindungilah aku, suamiku, kedua orang tua kami, adik beradik kami, sanak saudara kami dan sahabat2 kami daripada segala kesesatan ini ... Engkau tunjukkanlah kami jalan2 yang benar dan lurus menuju ke syurgamu ... Amin, Amin, Amin yarobbal a'lamin ..."


W'salam...

Adiosss...

Aku Bukan Menghilang ... Meh Sini Aku Citer ...

Assalammualaikum...


Lamanya tak dapat jenguk blog kuning aku ni ... Rinduuuuuunyeeee ... Rindu jugak kat kengkawan blogger sekalian .... Aku bukan sengaja nak menghilangkan diri, tapi, tanpa disangka2, selain dari Facebook, YouTube dan seantara dengannya, blogspot juga secara rasminya telah diblok ... 




Walaupun bukan sepenuhnya, tapi tetap takleh nak tinggal komen dan nak login ... Hampeh kaaaannn ... Huhuhuuhuuuuu ...




Takpelaaa ... Nak wat camne .... Dah keja ngan orang memang la macamtu ... Lagi2 kalau dapat Bos yang selalu rasa diri tu betuuuulll je selalu ... Hehehe ... *Sori Bos, terkutuk la plak ...*


Hari tu masa balik kampung, aku nek bas sebab laki aku tak dapat balik sekali, dia tak dapat cuti, dia balik gak, cuma lambat la skit ... Aku sebenonye nak citer pasal aku nek bas kat TBS ... Ni kira first time la aku nek bas kat sini ... Berpusing2 jugak la laki aku nak menganto aku ... Tapi, last2 dapat la jugak jumpa pintu masuk ... kui kui kui ....


Takyah nak citer bebanyak ... Meh aku tunjuk beberapa gambo yang aku sempat amik ... Tak banyak pun .... Adala sekeping dua je gambo yang aku sempat amik ... Yelah ... Dahla sesorang, bawk beg banyak lak tuh, kang aku sakan mengamik gambo, tertinggal la plak bas ... Ahaksss ...






Tentang isu keselamatan dan keselesaan aku rasa penumpang2 bas yang menuju ke utara Selatan, tak perlu la risau sebab tempat ni memang selesa sangat ... Kalah LCCT tau *Almaklumla ... masih baru ... Thehehe * Pak polis pun ada kat setiap pelusuk tempat *Mintak2 jgn la baru2 je macamtu yeee * ... Tiket bas pun siap main scan2 jeee ... Takde la konduktor bas .. Tiketnye ada la ghupe camni :




Canggih kaaannn ??? Hehehehe .... Cm jakun je kan aku ni ... Tapi memang agak jakun jugak laaa ... Apa2pun, rasanya pada sesiapa yang balik beraya ke Selatan Tanahair, mulai dari sekarang akan dapat manaiki bas dalam suasana yang lebih selesa dan teratur .... (✿◠‿◠)


W'salam...

Adiosss...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu