Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 12, 2011

Perempuan Yang Baik Hanya Untuk Lelaki Yang Baik

Assalammualaikum...


Johoh Oooh Jodoh ... Ada yang lambat datangnye dan ada pulak yang cepat datangnye ... Ada yang kekal bahagia dan tak kurang pula yang berakhir duka ...


Firman Allah surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”


Aku percaya tiap kali berlaku kegagalan rumahtangga atau pergolakkan rumahtangga, ramai benar yang akan meragui kesahihan ayat Al-Quran di atas ni kaaann ..


Tapi, sebelum kome semue sibuk menanye 'KENAPA', 'MENGAPA' dan 'BAGAIMANA', meh kite same2 mengkaji diri sendiri dulu .. *Tetiba je ckp bahasa Perak ala2 Usop Wilcha .. Ahaksss*


Aku tertarik dengan petikan ayat yang diambil dari SINI yang berbunyi :


"...ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.


Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.


Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.


Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. 


Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah...."


Ada paham semua ??? Dari petikan ayat di SINI juga ada menyebut, 


"Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim "


Jadi, kalau awak tu tak berapa nak baik, toksah la nak berangan dapat laki yang hebat2 belaka yeee ... ^‿^


P/S : Entri ini adalah sekadar peringatan untuk kita semua mensyukuri pasangan masing2 .. Percayalah .. Apa yang Tuhan bagi pada kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan tugas kita adalah untuk berusaha memastikan supaya ianya akan kekal menjadi yang terbaik untuk kita .. 

Usaha tanpa doa ibarat tanam padi tanpa dituai ... Walau sesubur mana pun hasil tanamannye, tetap tidak dapat dinikmati hasilnye


W'salam...

Adiosss...

6 comments:

Fyqa said...

usaha, doa & tawakal... insya Allah...huhu

Aida Tamrim said...

Fyqa : Insyallah ... ;D

wahida said...

harap jodoh kita sekarang adalah yg terbaik hingga ke akhir hayat...amin...

Aida Tamrim said...

wahida : Amin,Amin,Amin ya robbal a'lamin ... ;D

HazIQAH iKkI hAZiq said...

betul2...kalau nk dapat hat baik..diri pun kenelah lengkap jadi baik huhu...nie harap hat bek tpi diri sendiri pulak tunggang terbalik...hat tue yg haru tue huhu

apa pun...Insya Allah byk2 berdoa...tp akak dah kawen tkpele hehehe....

Aida Tamrim said...

HazIQAH iKkI hAZiq : Sebab tu, ada org kata, kalau nak ubah nasib dunia, perubahan pertama mestilah ke atas diri kita dulu .. Hehehe

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu