Rakyat Kanada, Lee Trung bersama robot ciptaannya, Aiko yang dijual pada harga RM54,000, setiap satu |
Jangan tak caya kalau laaa ni manusia dah terlalu pandai sampaikan boleh mencipta robot untuk dijadikan bini .. Ish,ish,ish ...
Tapi, yang peliknye, kebanyakkan robot yang direka adalah berjantina 'perempuan'. Kenapa ? Adakah mereka yang mencipta ni nak menafikan kewujudan kaum hawa dalam dunia baru ciptaan mereka ??? *Sori ... ter emo lebey plak .. heh ..*
Ni ada serba sedikit info yang aku petik dari Berita Harian Online .. Meh baca meh ...
Teman pesakit strok
Robot ciptaan penyelidik Hospital Kitasato, Jepun, yang boleh membantu mangsa serangan angin ahmar memperbaiki fungsi lengan dan bahu dengan menggerakkan lengan pesakit yang lumpuh dalam pelbagai arah yang sudah diprogramkan terlebih dulu.
Robot paderi
Mula menjadi perhatian apabila sepasang suami isteri pada Mei lalu di Jepun, menjalani majlis perkahwinan berteknologi tinggi dengan robot paderi mengahwinkan mereka.
Robot I-Fairy yang dihasilkan oleh Kokoro Co menjadi robot pertama mengetuai majlis perkahwinan.
Teman kanak-kanak
Robot ‘Saya’ mungkin menjadi robot kegemaran ibu bapa untuk dibawa pulang apabila sekumpulan penyelidik di Jepun berusaha menghasilkan robot yang boleh mengawal sekumpulan kanak-kanak. Ia boleh berpusing selain mempamerkan enam emosi iaitu terkejut, takut, jijik, marah, gembira dan sedih.
Robot pelayan
Di restoran Dalu Robot di China, pelayannya hadir dalam bentuk robot membawa hidangan. Setiap robot dipasang dengan alat pengesan bagi membolehkan mereka berhenti apabila pelanggan mahu mengambil hidangan. Lebih 12 robot beraksi sebagai penyambut tetamu, penghibur dan pelayan. Pemilik restoran berkenaan, Zhang Yongpei, berkata dia berharap dapat menambah bilangan robot kepada 30 dan memperkenalkan robot yang boleh melayan pelanggan di meja serta yang mampu naik turun tangga.
Pengurus rumah tangga
Suri rumah pula pasti akan lebih tertarik memiliki pembantu terbaik dalam menguruskan rumah tangga, Roomba. Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, ia sudah dijual lebih lima juta unit, kata syarikat penciptanya, iRobot. Gembira dengan kejayaan Roomba,iRobot turut menghasilkan lebih banyak robot praktikal termasuk Scooba, robot pencuci lantai dan Verro, yang boleh mencuci kolam.
Mula2 memang la alasan diatas rekaan2 mereka ni adalah sebab nak memudahkan tugas wanita ..
Tapi, lama2 nanti, wanita ni akan dianggap membebankan dan seterusnya, terus disisihkan dalam hierarki tamadun manusia dan dalam sedar tak sedar, mungkin kita akan sedikit demi sedikit kembali ke zaman jahiliah dimana bayi2 perempuan semuanya ditanam hidup2 ... Nauzubillah ...
Pikir2kan lah yee .. Kemajuan itu kadang2 boleh membinasakan seandainya disalahgunakan ...
4 comments:
itulah kalau dah terlampau maju negara tu. semua benda nk cipta jadikan robot. haish.
Amiera Hilton : Tula .. tetiba teringat citer I Robot .. huhuhu
he.he..kelakar pun ada.. ntah la..
Ina : Apa yang klaka ni Puan Ina .. Hehee ;)
Post a Comment