Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

Beware Of THE Owner NOT the DOG .. Ahaksss

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم 




Kat mana la agaknya kan rumah yang ada signboard camni .. Wakakaka .. Lawakssss ^^

W'salam 

Adiosss... 



Wednesday, October 26, 2011

Hepi DEEPAVALI/DIWALI Warga Malaysia !!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Selamat Hari Deepavali buat mereka-mereka yang beragama Hindu !!!!!! ^^



Beruntungnya la kita hidup dalam negara yang berbilang kaum ni kan. Negara dimana setiap perayaan dapat diraikan dengan keadaan yang sama sahaja meriahnya. Baik Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya maupun Krismas. Semuanya disambut dengan cara masing-masing.


Satu fakta yang paling pasti, setiap kali ada perayaan-perayaan seperti ini, kita semua berpeluang untuk CUTI !!!! Yeaaayyyyyy !!!! Tak kiralah samada sehari atau seminggu, yang penting kita boleh bercuti dari melalui hari-hari kerja di pejabat yang kadang kala terlalu memeningkan kepala ... Betul tak ?? Thehehehe ...


Hari ini aku menghabiskan masa hanya di rumah. Mengemas rumah, membasuh, memasak, menonton tv, dan melayari internet .. Aaaaahhhhhhh ... Heaven !!!! ^_^


Kepada mereka-mereka yang tak bercuti tu, jangan la susah hati ye. Apa yang pasti, gaji kalian untuk hari ni pasti dibayar DOUBLE ! Untung aaaarrrr ... Hehehe ...


Apapun, kita kena sentiasa bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk 'berjumpa' dengan perayaan kita masing-masing untuk tahun ini. Tahun depan tak tau lagi, jadi hargailah apa yang kita ada hari ini dan saat ini okey ... ENJOY !!!!


W'salam

Adiosss...




Monday, October 24, 2011

Motivasi Diri Di Hari Isnin


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Kadangkala, dalam kepasrahan menjalani hidup ini, aku bertanya juga pada takdir .. Walau ku tahu bahawa pertanyaan itu tidak wajar, tapi ianya tetap ada dalam benak kepalaku ini. Aku bertanya "Kenapa aku?" dan kadangkala soalannya berubah menjadi "Kanapa bukan aku?" ..

Aaarrghhhh ... Pelik kan manusia ini. Terlalu mementingkan diri sendiri !! Tak perlu menafi pada realiti. Walaupun ditidakkan, namun hakikatnya, ia tetap yang sebenar. Samada kita mau atau tidak .. Kita sememangnya makhluk yang mementingkan diri sendiri!

Tak percaya? okey. Kalau benar kita bukan mementingkan diri sendiri, kenapa bila ada musibah menimpa, tidak dapat tidak, kita mesti akan bertanya pada diri sendiri, "Kenapa aku?". Kenapa? Musibah tak boleh menimpa pada kita kah? Jadi, kita lebih rela kalau musibah itu terkena orang lain?? Heh ..

Sebagai manusia, kita memang suka pada benda-benda yang menyenangkan sahaja kan. Kalau ada apa-apa kesusahan yang menimpa, manusia yang selalunya pandai berfalsafah pun boleh jadi sampah ! Heh ...

Teringat bait-bait lagu Seribu Bayangan dendangan kumpulan Damasutra yang berbunyi :
Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa


Sesuatu yang kita rasakan adil pada diri kita, boleh jadi tak adil dimata orang lain. Begitulah sebaliknya. Sesungguhnya segala macam kejadian yang menimpa diri kita samada baik maupun buruk, segala-galanya bersebab. Ada antara sebabnya, ditunjukkan Allah pada kita dan ada juga yang tidak ditunjukkanNYA.


P/S : Entri ini merupakan luahan hati aku untuk memotivasikan diri aku yang tengah DOWN giler nih .. So, ianya takde kena mengena dengan lain orang okey ... ^^


W'salam

Adiosss...

Apa Komen Anda ??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


 


Agak-agak, kalau kena sound camni, baru paham  kot kaaannn  .. Ahakssss

W'salam

Adiosss...


Thursday, October 13, 2011

Satu Janji Yang Sudah Tertunai

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Minggu ni terlalu banyak perkara yang berlaku. Dalam kekalutan aku mengejar deadline-deadline yang tak terkejar untuk menyiapkan laporan meeting, aku dikejutkan pula dengan pemergian sorang budak di tempat kerja aku ke rahmatullah ... Sunguh-sungguh terkejut kerana kalau nak diikutkan dari segi umur, sememangnya, dia masih terlalu muda. 20 hb Oktober ni, usianya baru genap 22 tahun ...
 
Setelah disiasat-siasat, kami semua mendapat tahu yang dia kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur ketika dalam perjalanan ke Kuantan menaiki kereta Pesona milik bakal tunangnya. Ketika kejadian, dia bersama dengan seorang lagi rakan yang sekarang ni masih dalam keadaan kritikal di Hospital Kuantan.

Aku kira kenal rapat la jugak ngan budak ni. Tu yang buat aku bertambah terkejut tuh. Budak ni, meninggal di tempat kejadian kerana dia tercampak keluar dari kereta yang terbabas sebelum berpusing-pusing beberapa kali. Melalui cerita-cerita yang sah, dipercayai, budak ni tak pakai tali pinggang keledar. Tu yang boleh tercampak tuh .. Hmmmphhh...

Kalau nak dicari 1001 ayat yang dimulakan dengan "Kalaulah dia ... ", memanglah banyak .. Tapi, dah begitu janjinya dia dengan Allah kan .. Tak lebih, tak kurang, bila tiba masanya, pasti akan pergi jugak .. Kita yang masih hidup ni yang tak pasti lagi bila akan 'dijemput pulang' .. Subhanallah ...

Persekitaran yang sibuk, terhenti seketika. Pada aku sendiri, pemergian budak ini, serba sedikit mencuit hati aku, membuatkan aku mula terfikir untuk lebih menghargai kehidupan dan orang-orang disekeliling aku, terutamanya, SUAMI, AHLI2 KLUARGA AKU dan SAHABAT2 aku yang tersayang ... Kita takkan tahu bila kita akan pergi meninggalkan mereka selama-lamanya .. Jadi, marilah kita sama-sama menghargai mereka selagi terdaya ...

"Dua hal yang sangat dibenci oleh manusia, membenci kematian padahal kematian lebih baik baginya dari pada fitnah, membenci kemiskinan padahal kemiskinan itu akan mempercepat perhitungan amal perbuatannya di yaumil hisab" (HR.Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hiban, Tirmizi).

W'salam ...

Adiosss...

 P/S : Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Nurul Hana Jalaludin .. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ... Amin ..



Tuesday, October 4, 2011

Cerita Pasal keHILANGan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Semalam petang jam 0600PM merupakan detik-detik yang agak mencabar keimanan aku .. Pulang dari kerja, dengan cita-cita untuk mandi dan menunaikan solat asar, aku pun membuka suis lampu dan kipas dan agak mengejutkan bila aku mendapati, maupun lampu atau kipas, dua-dua pun tak berfungsi.


Aku jadi kalut sekejap. Seingat aku, bil elektrik telah pun aku jelaskan. Kalau ada pun baki, cuma ada RM00.05 je yang masih belum aku lunaskan. Itupun, due datenya 10hb 10. Isshhh .. Aku jadi hangin satu badan. Aku check kotak suis utama dalam rumah dan ternyata, semuanya dalam kedudukan keatas (yang sepatutnya).


Dalam kemarahan yang mula terkumpul, aku check plak fius yang kat luar rumah. Ternyata, telahan aku benar ! Muka aku tetiba jadi ala-ala camni ...


Menda kotak suis yang warna hitam tu HILANG !!! Aku tak tau la penama nya .. Tapi mendanya macam charger. Cuma besar skit dan berbentuk segi4 sama.


Apalagi, kelam kabut aku tepon laki aku dan laki aku suruh tepon TNB. 2 kali aku tepon, jawapan yang aku terima lebih kurang camni " .. Puan report pun dah lepas opis hour, jadi kita cuma boleh forwardkan laporan puan ni pada bahagian pemotongan dan technician kita akan call Puan. Kami tak pasti berapa lama .." HAaaa .. Tak lagi berbulu aku dengar camtu ? Cam nak lepas tangan je bunyinya kan .. HAMPEH !!


Lepas tu, aku mintak laki aku pulak tepon. Masa tu aku dah menangis laa .. Yela .. Dah la hari mankin gelap. Nak buat apa pun takleh sebab penglihatan dah terbatas. Laki aku plak takde. Aduyaaaiii ..


Nak diringkaskan, lepas laki aku tepon dan sound orang TNB tu, barulah dia hantar orang dia datang. Dalam pukul 0800PM diaorang sampai. Haaa .. Dialog yang dikeluarkan kali ni lagi buat aku cam nak melalak. Technician tu kata (lebih kurang camni la ringkasnye) "... Kalau kes kecurian camni, kena repot polis dulu baru kita akan ganti .." Humangaaaiiii ... Aku tanya dia, kenapa masa buat repot tadi tak cakap. Dia kata, orang yang amik repot tu tak tahu prosedur bahagian pemasangan camtu .. BOleh ??? AAArrrrGGGgggHHHhhhhh ...


Okelah .. Sebab dia tengok muka aku pun nak tukar warna hijau, dia pun bagi la jugak ganti bendalah tu .. Alhamdulillah .. Cuma, len kali kalau jadi camtu lagi, dia suruh aku buat repot polis dulu ...


Ok. Tu cerita malam semalam. La ni, cerita pagi tadi sebelum aku gi kerja. Errr .. Macam panjang plak crita aku ni kan .. Tapi, takpe .. Bukan selalu pun .. thehehee .. Okeh. Berbalik pada cerita aku.


Pagi tadi, masa aku nak amik tudung gi kerja dalam bilik tamu (yang ada tingkap dekat ngan kotak suis kat luar rumah tuh), aku terperasan ada satu benda kat sebelah katil, kat bawah tingkap. Aku pun bukak la lampu, tup tup .. aku nampak suis yang aku sangka hilang tu rupanya !!!!!! HAaaaa .. Ni sapa punya kerja la nih !!! Pasai apa la depa dok dengki kat kami .. Kami bukannya dok kacau orang pun .. Hmmmphhh .. Sedeynyeeee ...


Okla. Tu je cerita aku pagi nih. Nampaknya, aku kena buat sesuatu pada suis tu supaya mereka-mereka yang berdengki khianat ni takdapat buat macamtu lagi .. Apa yang patut aku buat ek ??? Ada cadangan tak kawan-kawan ???


P/S : Kejadian semalam betul-betul membuatkan aku terfikir .. "Why me ??" .. Tapi, setelah dikaunseling oleh laki aku, baru aku mampu berkata .."Try me !!"

Often we stand at life's crossroads and view what we think is the end.
but GOD has much vision and HE 'tells' us "relax my child' its just a 'bend'..."

W'salam

Adiosss...


Monday, October 3, 2011

MOOD : English Philosophy

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


How often that we cry everyday
Thinking about all the things that we couldn't have ...

How often that we sigh everyday
Regreting about all the things that we shouldn't do ...

And how often that curse everyday
Mad about everything that make us unhappy ...


BUT
Have we ever realize that maybe ..


We are not laughing and smiling enough
For all the things that we have everyday...

We are not thankful enough
For all the goods that came out from what we do everyday...

And maybe we said not enough prayers
For all the gift and BLESS that God give us everyday...


P/S :
Smooth roads never make good drivers
Clear sky never make good pilots
Problem free life never makes strong person
So, don't ask life 'why me?'
Say 'try me'...... ^___^


W'salam

Adiosss...


Satu FAKTA Di Hari ISNIN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Setelah dua hari berehat dari melayari internet, hari ni aku berkesempatan untuk membaca beberapa email di dalam kotak masuk (inbox) akaun aku. Dalam dok mengklik-klik tu, aku terjumpa satu fakta menarik yang aku nak kongsikan dengan kengkawan semua .. Satu fakta yang ringkas dan aku baru tau .. hehehe ..

S: Kenapa baju lelaki, butangnya di sebelah kanan dan baju perempuan, butangnya di sebelah kiri (Biasanya untuk baju seperti blouse la ni) ?

J: Apabila butang mula dicipta, ianya sangatlah mahal dan hanya dipakai oleh golongan berada. Memandangkan kebanyakan orang menggunakan tangan kanan (bukan kidal), ia lebih mudah untuk memasukkan butang di sebelah kanan ke dalam lubang di sebelah kiri.

Oleh kerana wanita-wanita kaya di zaman itu mempunyai pembantu rumah yang membantu mereka memakai baju, maka, pembuat baju meletakkan butang di sebelah kanan pembantu rumah ! Sejak dari itu, butang pada baju wanita kekal begitu.

SUMBER : SINI

DITERJEMAH OLEH : AKU ^^

Yang baju pompuan tu aku dah check .. Memang betul la kat sebelah kiri butangnya. Hak yang lelaki punya tu aku blom check lagi. Pada mereka-mereka yang berbaju kemeja tu, leh tak sahkan fakta aku ni. Takut-takut baju versi Barat je yang camnih .. Ahaksss

W'salam

Adiosss...


KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu