بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Minggu ni terlalu banyak perkara yang berlaku. Dalam kekalutan aku mengejar deadline-deadline yang tak terkejar untuk menyiapkan laporan meeting, aku dikejutkan pula dengan pemergian sorang budak di tempat kerja aku ke rahmatullah ... Sunguh-sungguh terkejut kerana kalau nak diikutkan dari segi umur, sememangnya, dia masih terlalu muda. 20 hb Oktober ni, usianya baru genap 22 tahun ...
Setelah disiasat-siasat, kami semua mendapat tahu yang dia kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur ketika dalam perjalanan ke Kuantan menaiki kereta Pesona milik bakal tunangnya. Ketika kejadian, dia bersama dengan seorang lagi rakan yang sekarang ni masih dalam keadaan kritikal di Hospital Kuantan.
Aku kira kenal rapat la jugak ngan budak ni. Tu yang buat aku bertambah terkejut tuh. Budak ni, meninggal di tempat kejadian kerana dia tercampak keluar dari kereta yang terbabas sebelum berpusing-pusing beberapa kali. Melalui cerita-cerita yang sah, dipercayai, budak ni tak pakai tali pinggang keledar. Tu yang boleh tercampak tuh .. Hmmmphhh...
Kalau nak dicari 1001 ayat yang dimulakan dengan "Kalaulah dia ... ", memanglah banyak .. Tapi, dah begitu janjinya dia dengan Allah kan .. Tak lebih, tak kurang, bila tiba masanya, pasti akan pergi jugak .. Kita yang masih hidup ni yang tak pasti lagi bila akan 'dijemput pulang' .. Subhanallah ...
Persekitaran yang sibuk, terhenti seketika. Pada aku sendiri, pemergian budak ini, serba sedikit mencuit hati aku, membuatkan aku mula terfikir untuk lebih menghargai kehidupan dan orang-orang disekeliling aku, terutamanya, SUAMI, AHLI2 KLUARGA AKU dan SAHABAT2 aku yang tersayang ... Kita takkan tahu bila kita akan pergi meninggalkan mereka selama-lamanya .. Jadi, marilah kita sama-sama menghargai mereka selagi terdaya ...
"Dua hal yang sangat dibenci oleh manusia, membenci kematian padahal kematian lebih baik baginya dari pada fitnah, membenci kemiskinan padahal kemiskinan itu akan mempercepat perhitungan amal perbuatannya di yaumil hisab" (HR.Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hiban, Tirmizi).
W'salam ...
P/S : Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Nurul Hana Jalaludin .. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ... Amin ..
2 comments:
assalamualaikum sahabat...
kes dia kuar kat tv kan..mmg sgt tragis saya melihat ia di tv..
semoga rohnya senantiasa dicucuri rahmat..al -fatihah
Shahrom : Owh .. ada kluar TV ke? Sy pun sebenarnya tak tau sampai la diberitahu oleh Manager saya pada hari Isnin lepas .. Hmm ...
-_-
Post a Comment