بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Setelah dua hari berehat dari melayari internet, hari ni aku berkesempatan untuk membaca beberapa email di dalam kotak masuk (inbox) akaun aku. Dalam dok mengklik-klik tu, aku terjumpa satu fakta menarik yang aku nak kongsikan dengan kengkawan semua .. Satu fakta yang ringkas dan aku baru tau .. hehehe ..
S: Kenapa baju lelaki, butangnya di sebelah kanan dan baju perempuan, butangnya di sebelah kiri (Biasanya untuk baju seperti blouse la ni) ?
J: Apabila butang mula dicipta, ianya sangatlah mahal dan hanya dipakai oleh golongan berada. Memandangkan kebanyakan orang menggunakan tangan kanan (bukan kidal), ia lebih mudah untuk memasukkan butang di sebelah kanan ke dalam lubang di sebelah kiri.
Oleh kerana wanita-wanita kaya di zaman itu mempunyai pembantu rumah yang membantu mereka memakai baju, maka, pembuat baju meletakkan butang di sebelah kanan pembantu rumah ! Sejak dari itu, butang pada baju wanita kekal begitu.
SUMBER : SINI
DITERJEMAH OLEH : AKU ^^
Yang baju pompuan tu aku dah check .. Memang betul la kat sebelah kiri butangnya. Hak yang lelaki punya tu aku blom check lagi. Pada mereka-mereka yang berbaju kemeja tu, leh tak sahkan fakta aku ni. Takut-takut baju versi Barat je yang camnih .. Ahaksss
W'salam
Adiosss...
1 comment:
pada yg perempuan tue, klu butang tue dikancingkan alhamdulillah...takut sengaja je tak dikancingkan huhuhuhhhh
bahaya sungguh tabiat nie .....
Post a Comment