Iklan
PESANAN PENAJA ^-^
A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....
Saturday, April 28, 2012
Suka Tengok Man vs Food & Bizarre Food
Friday, April 27, 2012
Citer Pasal Reflections Di TV AlHijrah
السلام عليكم
Rancangan ni kalau tak silap aku, bersiaran selama 30 minit jugak la kot. Malam tadi ianya dikendalikan oleh Imam Suhaib Webb.. Seperti yang aku baca di SINI , beliau merupakan seorang Imam di Bandar Oklahama, Amerika.
Beliau memeluk Islam pada tahun 1992 dan berguru dengan sorang Sheih Senegal dalam mendalami Islam dan mempelajari Bahasa Arab. Beliau pernah belajar di Universiti Al-Azhar dari tahun 2004 hingga 2010 di Kolej Shari`ah, Mesir.
"Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendo'akannya."(Hadis Riwayat Muslim)
Adioss ..
Thursday, April 26, 2012
Life Is EASY
السلام عليكم
P/S : Pandai jugak sapa yang terfikir idea-idea kat atas ni yee .. ^^
W'salam ..
Tuesday, April 24, 2012
Citer Pasal 30 Minit Ustaz Don Lagiiiii ...
السلام عليكم
Menonton rancangan 30 minit Ustaz Don, benar-benar memberikan 1001 kebaikan untuk diri aku. Aku rasa, bukan hanya pada aku sahaja kot. Aku pasti, rancangan berbentuk keagamaan yang keudara selama 30 minit ini telah memberi kebaikan kepada ramai lagi orang di luar sana.
Pembelajaran pertama yang aku dapat, antaranya adalah kepentingan perkara-perkara wajib dalam solat yang perlu kita jaga antaranya adalah bacaan yang betul dalam surah Al-Fatihah. Kalau selama ini aku baca ikut apa yang dihafal, sekarang ni aku bersyukur kerana dapat membaca berserta dengan bacaan tajwid yang telah banyak diperbetulkan. Alhamdulillah.
Kadang-kadang kita hairan bila melihat mereka-mereka yang solat tak pernah tinggal tapi masih juga buat perkara-perkara mungkar kan .. Sedar tak sedar, bila kita solat, banyak perkara yang kita kena amik peduli. Antaranya macam bacaan dalam solat, cara kita berdiri, rukuk dan sujud .. dan juga kekhusyukkan kita dalam mengerjakan solat.
Aku mengaku, bila sebut pasal khusyuk, aku masih belum mampu melakukannya 100%. Kadang-kadang, masa bersolat ada jugak terfikir tentang hal-hal lain, macam hari ni nak masak apa dan benda-benda remeh yang lain. Hmmmphhh ...
Ustaz Don pernah menyebut, " ... kalau hati kita masih tak tenang dan hidup kita masih tak berapa nak mudah, walaupun kita tak pernah tinggal solat, MUNGKIN ada yang tak kena dengan solat kita tu... " Jadi, selagi perlu diperbaiki, kita kena cuba memperbaiki. BELAJAR dengan guru yang betul. Tak tahu, kita tanya.
Hidup ini mungkin ada masanya tak mudah, tapi kita jangan sesekali mengalah. Allah tak suka pada hambanya yang berputus asa, kerana itu bila kita berusaha, jangan lupa berdoa sama. Insyallah, hati lebih tenang, hidup lebih mudah.
Kata Aku : Aku menasihati dan memotivasi diri sendiri agar dapat menempuhi hidup ini dengan hati yang lebih terbuka, redha dan sabar. Insyallah .. Amin. ^^
P/S : Maaf sekarang sangat susah untuk mengupdate blog dan berBlogWalking kerana tuntutan tanggungjawab kerja yang sangat tinggi sekarang ni ... Huhuhuhu
Tuesday, April 17, 2012
Be POSITIVE !!
30 credit hour kena kumpul. CUMPOLSARY !! Kalau tak markah kena tolak .. Setakat ni baru dapat 4 jam jee .. Huhuhu ... Macamana tu? Yela. Buat hari sabtu. Aku ni asal hari sabtu je mesti ada hal.
Yela. Hari Sabtu ngan Ahad je la yang ada untuk spent dengan keluarga. 5 hari seminggu dah dok pulun kerja je. Kalau jumpa kat rumah pun kadang-kadang sebab masing-masing dah penat, memang takdela nak keluar rumah gi mana-mana. Hmmm ...
Nak tahu aku citer pasal apa? Meh tengok gambar ni dulu ...
Yes !! You can do it !!!
Monday, April 16, 2012
FREE GIFT Punya Pasal
Malam Sabtu baru ni gi Tesco. Sesambil beli barang-barang dapur yang dah habis dan juga bahan-bahan nak wat nasi lemak, aku sempat la beli menda alah ni.
Hanya kerana PARKING !!
Aduyaaaaiiiii .... Geramnyaaaa !!!! Pasal parking pun leh jadi cenggini. Kita mintak dia alih motor elok-elok sebab kita nak parking keta. Dia leh cakap kasar. Bila kita cakap kasar ngan dia, dia plak takleh terima.
Last-last alih la gak motor dia. Ingat settle dah. Pagi semalam, tengok kat keta ada kesan camni :
Nota : Hati sangat sakit. Tapi, masih mampu beristighfar ... ASTAGHFIRULLAHALA"ZIM ... =.="
Sunday, April 15, 2012
Ayam Panggang Ikut Suka .. Ahaksss
Saturday, April 14, 2012
Doakan Yang Baik-Baik Je Laaa ..
السلام عليكم
HATI ibu mana yang tidak terusik tatkala mengenangkan nasib anak-anak apabila mahligai yang dibina bakal berakhir dengan perceraian. Apatah lagi, rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu berlandaskan cinta dan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi.
Itulah kemelut yang berlaku dalam rumah tangga pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.
Pergolakan dalam rumah tangga mereka sudah pun menemui noktahnya apabila Aidil memfailkan perceraian ke atas Rita dan memaklumkan tindakan itu kepadanya menerusi SMS, baru-baru ini.
Walaupun pahit untuk ditelan ternyata Rita sudah mendapat kekuatan untuk menerima keputusan suaminya itu demi menyelesaikan krisis yang sekian lama melanda dalam rumah tangga mereka.
"Saya reda jika ia sudah ditakdirkan dan tertulis dalam hidup saya. Saya tidak takut untuk hidup sendirian tanpa seseorang di sisi kerana selama ini pun saya sudah biasa hidup berdikari bersama anak-anak.
"Saya juga ingin ucapkan terima kasih pada Aidil atas segala-galanya kerana beri saya dua cahaya mata sepanjang hidup bersama dulu. Terus terang sebagai wanita saya dambakan seorang suami yang matang dan mampu menjadi pelindung saya dan anak-anak dan bukannya lelaki yang lemah. Malah, saya berkahwin dulu pun bukan kerana harta dan wang ringgit sebaliknya ingin mencari cinta dan kasih sayang daripada seorang suami.
"Soal Aidil memfailkan perceraian pula, saya sudah serahkan kepada peguam yang sudah dilantik untuk berbincang lanjut mengenainya termasuk hak penjagaan anak-anak kami selepas ini," katanya.
Mengenai penerimaan keluarganya berhubung kemelut rumah tangganya itu, kata Rita, sejak dulu mereka sentiasa memberi sokongan padu kepadanya.
"Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam urusan rumah tangga kami, sejak awal lagi. Apa pun keputusan yang saya buat, keluarga tetap menyokong asalkan ia baik untuk saya dan anak-anak.
"Kali pertama rumah tangga kami bermasalah dulu, keluarga saya beri pandangan supaya saya buat yang terbaik demi masa depan anak-anak," katanya.
Ibu muda ini tetap berdiri teguh kerana mendapat kekuatan daripada anak-anaknya yang sentiasa di sisi dalam saat suka dan duka.
"Sebenarnya, saya susah nak menangis dan tidak akan menangis depan anak-anak kerana saya tidak mahu nampak diri saya lemah. Kalau saya lemah, bagaimana saya akan menjaga mereka dan membesarkan mereka dengan sempurna?
"Kadang-kadang saya terfikir mungkin Allah s.w.t anugerahkan saya dua anak lelaki untuk menjadi pelindung dalam hidup saya kelak," katanya.
Rita tekad meneruskan kehidupan solo bersama dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 1.
"Saya memang tidak boleh hidup tanpa anak-anak dan tiada siapa pun yang boleh pisahkan kami bertiga. Saya sanggup 'shooting' siang dan malam demi menyara anak-anak. Selama ini pun saya yang mencari rezeki untuk diri sendiri dan anak-anak. Apapun, saya sudah buat persediaan awal termasuk dari segi pendidikan dan masa depan anak-anak supaya terjamin kelak," katanya.
Ditanya sama ada dia tidak bimbang kenyataan mengenai rumah tangganya tidak di persetujui Aidil, Rita akui dia tidak kisah jika suami terbaca mengenainya di akhbar.
"Sepanjang kami berkahwin, saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik. Malah, saya hanya terima tawaran berlakon jika dia mengizinkannya.
"Malah, saya sanggup dipulau pihak media ketika kami bernikah di Thailand dulu. Semuanya saya lakukan demi cinta dan kasih sayang yang cukup ikhlas padanya.
"Justeru, saya pernah bertanya kenapa perkara ini berlaku dalam rumah tangga kami? Namun, saya percaya, Allah beri ujian pada hamba-Nya yang terpilih dan mampu untuk memikulnya," katanya ... Berita Lanjut, baca DISINI
Kata Aku : Walau apa pun pengakhirannya, marilah kita doa kan yang terbaik untuk mereka sekeluarga ...
W'salam ..
Adioss ..
Friday, April 13, 2012
Mengenalpasti Jenis-Jenis Pekerja Di Pasaran ^^
Dalam aku dok membelek-belek email aku tadi, terjumpa satu email yang sangat-sangat menarik. entah sapa la yang terlebih rajin boleh pikir pasal kaitan antara jenis-jenis seni mempertahankan diri dengan jenis-jenis pekerja yang ada ..
Jom baca dan cuba tengok terkena tak dengan batang idung sendiri ..
1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.
2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.
3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.
4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.
5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.
6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.
7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.
8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.
9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.
10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi…as we all know, semuanya lakonan semata-mata.
P/S : Sekadar gurauan manja di hari Jumaat yang indah ini .. ^^
Thursday, April 12, 2012
Ketika ...
Ketika membaca FB Ustaz Azhar Idrus tadi, aku terbaca beberapa tip perkahwinan yang rasanya sangat berguna untuk aku kongsikan dengan sahabat semua. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita bersama. Insyallah. Amin.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
P/S : Setiap hari aku sentiasa berusaha dan berdoa untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suamiku hingga keakhir hayat ... Insyallah ...
Wednesday, April 11, 2012
Bergegar Tuuuuhhh ... Isshhhkkk
PETALING JAYA: Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.
Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.
Beberapa komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India.
Pada 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnahkan sebahagian besar Aceh.
P/S : Patutla rasa gegar semacam tadi ... Rasa mabuk semacam je ni .. Tatutnyeee .. Ngeee
W'salam...
Tuesday, April 10, 2012
I Love My Family MORE
I like my job. I do. But i love my family more. Salah ke kalau aku jenis manusia yang hanya suka kerja 8 jam sehari? Aku kurang suka kerja lebih masa seandainya semua kerja yang perlu disiapkan, boleh disiapkan dalam lingkungan 8 jam waktu bekerja.
Aku takmau berkira. Tapi, kalau Bos mengharapkan pekerjanya hari-hari balik lambat tapi takde langsung OT, apa maksudnya tu? Hmmmm ... Yang gaji dah memang mewah tak kisahlah. Tapi, kalau gaji ciput je camne tuh? Ntahlah ...
Apapun, macam yang aku katakan. I love my family more. Kalau masa kerja itu menyebabkan aku terpaksa korbankan masa bersama keluarga, jawapannya GOODBYE ! Rezeki di tangan Tuhan. Ianya ada dimana sahaja yang dikehendakiNYA. Asalkan kita mau berusaha, Insyallah.
Ya. Duit itu penting. Tapi, keluarga itu lebih penting. Ini pendapat aku la. Mungkin sebab aku bukan wanita yang suka memakai barang-barang branded dan bershopping sakan. Bukan juga yang mengidam punya rumah banglo dan kereta mewah. Pada aku, cukuplah kalau aku boleh hidup selesa bersama yang tersayang. Hari-hari masak dan makan kat rumah pun takpe. Pergi kerja bawak bekal pun Okey.
Syukur Alhamdulillah ... Sekurang-kurangnya aku hidup cukup makan, cukup pakai dan cukup dalam segala hal yang mengikut tahap aku mencukupi .... ^_^
Entri Kurang Kata : Cerita Pasal Susu
Ok. Habis. Tu je nak cerita. ^^
Monday, April 9, 2012
Resepi Hujung Minggu 2 : Tortilla Bungkus Ikut Suka ^^
Tadi aku dah cerita pasal Pizza. Sekarang aku nak citer pasal lagi satu resepi hujung minggu aku yang kononnya ala-ala makanan mexico laa. Thehehehe .. Ok ! Mula-mula aku tunjuk gambonye dulu yeee ...
Aku beli yang perasa original. Selain dari tu dia ada yang perasa kentang, garlic ngan whole wheat. Boleh guna mana-mana ikut selera masing-masing la yee ...