PETALING JAYA: Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.
Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.
Beberapa komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India.
Pada 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnahkan sebahagian besar Aceh.
P/S : Patutla rasa gegar semacam tadi ... Rasa mabuk semacam je ni .. Tatutnyeee .. Ngeee
W'salam...
1 comment:
ye ke? kat phg x pun...
Post a Comment