Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 24, 2012

Citer Pasal 30 Minit Ustaz Don Lagiiiii ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Menonton rancangan 30 minit Ustaz Don, benar-benar memberikan 1001 kebaikan untuk diri aku. Aku rasa, bukan hanya pada aku sahaja kot. Aku pasti, rancangan berbentuk keagamaan yang keudara selama 30 minit ini telah memberi kebaikan kepada ramai lagi orang di luar sana.


Pembelajaran pertama yang aku dapat, antaranya adalah kepentingan perkara-perkara wajib dalam solat yang perlu kita jaga antaranya adalah bacaan yang betul dalam surah Al-Fatihah. Kalau selama ini aku baca ikut apa yang dihafal, sekarang ni aku bersyukur kerana dapat membaca berserta dengan bacaan tajwid yang telah banyak diperbetulkan. Alhamdulillah.


Kadang-kadang kita hairan bila melihat mereka-mereka yang solat tak pernah tinggal tapi masih juga buat perkara-perkara mungkar kan .. Sedar tak sedar, bila kita solat, banyak perkara yang kita kena amik peduli. Antaranya macam bacaan dalam solat, cara kita berdiri, rukuk dan sujud .. dan juga kekhusyukkan kita dalam mengerjakan solat.


Aku mengaku, bila sebut pasal khusyuk, aku masih belum mampu melakukannya 100%. Kadang-kadang, masa bersolat ada jugak terfikir tentang hal-hal lain, macam hari ni nak masak apa dan benda-benda remeh yang lain. Hmmmphhh ...


Ustaz Don pernah menyebut, " ... kalau hati kita masih tak tenang dan hidup kita masih tak berapa nak mudah, walaupun kita tak pernah tinggal solat, MUNGKIN ada yang tak kena dengan solat kita tu... " Jadi, selagi perlu diperbaiki, kita kena cuba memperbaiki. BELAJAR dengan guru yang betul. Tak tahu, kita tanya.


Hidup ini mungkin ada masanya tak mudah, tapi kita jangan sesekali mengalah. Allah tak suka pada hambanya yang berputus asa, kerana itu bila kita berusaha, jangan lupa berdoa sama. Insyallah, hati lebih tenang, hidup lebih mudah.


Kata Aku : Aku menasihati dan memotivasi diri sendiri agar dapat menempuhi hidup ini dengan hati yang lebih terbuka, redha dan sabar. Insyallah .. Amin. ^^


P/S : Maaf sekarang sangat susah untuk mengupdate blog dan berBlogWalking kerana tuntutan tanggungjawab kerja yang sangat tinggi sekarang ni ... Huhuhuhu


W'salam ..

Adioss ...

-ADIALUZE-

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu