Membalas jejak siGadisBunga , aku tiba-tiba baru tersedar yang hari ini telah genap 39 tahun Allahyarham P.Ramlee pergi meninggalkan kita semua.
Seperti aku, pastinya ramai yang membesar dengan filem-filem beliau. Antara yang paling aku suka adalah trilogi Bujang Lapok dan juga Do Re Mi. Tengoklah berapa kali pun, pasti tidak akan pernah jemu rasanya. Hurrmmm .. Zaman sekarang ni susah nak jumpa karya-karya seperti itu lagi kan ... ?
Kalau diperhatikan, karya-karya beliau sememangnya akan terkesan dihati sesiapa sahaja yang menontonnya. Kalau ceritanya plot humor, pasti tak kering gusi kita dibuatnya. Begitu juga kalau yang bergenre sedih, tak kering airmata la jugak kita dibuatnya. Huhuhu ..
Filem sedih beliau yang sampai sekarang aku tak sanggup nak tengok sepenuhnya adalah Ibu Mertuaku.
Tak tahu kenapa, tapi aku akan jadi terlalu beremosi tatkala menonton babak yang melantunkan dialog "Ahli muzik? Pantang datuk nenek aku ahli muzik !!" @_@ .Heh. Ntah apa-apa je kan aku ni. Namapun CERITA. Napa la nak emo lelebih plak.
Seperti juga Iman, bakat seni adalah sesuatu yang tak dapat nak diwarisi. Tak seorang pun anak beliau yang mampu menjadi sehebat beliau. Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat permata seni yang diberi nama Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh ini. Amin.
W'salam ..
Adioss ...