Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 28, 2012

Pilihan Untuk Jadi Lebih Baik


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

DUGAAN

Satu perkataan yang kalau terjadi pada orang yang kita rasa tak berapa elok perangainya, akan bertukar menjadi "BALASAN". Betul tak? Tapi, cuba kita fikir-fikir balik. Apa hak kita nak melabelkan samada ianya adalah "DUGAAN" atau pun "BALASAN" ??


Sama jugak halnya dengan "PAHALA" dan "DOSA". Memegang gelaran sebagai "Hamba Allah", kita TAK LAYAK pun sebenarnya nak menghakimi sesama manusia kerana segala apa yang berlaku, hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui apa hukum dan balasan yang setimpal.

Rasulullah SAW telah bersabda : “Janganlah kamu saling berdengki, tipu-menipu, benci-membenci, belakang-membelakangi antara satu sama lain. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim, dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan atau kemiskinan), membohongi dan menghinanya. Ketakwaan itu di sini (sambil baginda mnunjukkan jarinya kearah dadanya sebanyak tiga kali).” (Sebahagian hadis riwayat Muslim)

Susah. Ya. Memang susah untuk berprasangka yang baik-baik je terhadap orang lain. Tapi, belajarlah. Kita pun dulu, nak jadi pandai mengira "1,2,3 ..." dan pandai "a,b,c ..." pun kena belajar kan. So, belajar. Belajar untuk menerima kelemahan orang lain itu seadanya. Belajar mendoakan yang baik-baik untuk orang lain. Belajar melihat kebaikan orang lain melebihi keburukannya. Sama-sama kita belajar la yeee .. ^^

Ya. Nobody is perfect. Tapi, jangan jadikan ketaksempurnaan kita itu untuk berbuat jahat pada orang lain. Jangan jadikannya alasan untuk kita tidak memaafkan mereka. Practice make perfect. So, marilah kita merajinkan hati, minda dan jiwa kita untuk melihat dunia dengan perspektif yang lebih baik mulai dari sekarang ... Peace, no war ^^V


W'salam ..

Adioss ...

Tuesday, June 26, 2012

Stalker oH Stalker

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pengskodeng a.k.a Stalker.



 Apa pendapat korang tentang mereka-mereka yang mempunyai profession sedemikian. Marah? Geram? Seronok? Hurmmm ... Pada aku, aku tak kisah pun. Nak skodeng, skodeng la. Nak stalk, stalk laaa ... Bukan aku tulis benda bida'ah atau ajaran sesat pun. Muahahahaaa ..

 
Tapi, yang tak bestnya, kalau stalker ni jenis yang baca entri kita, pastu, pakat-pakat tak puas ati plak ngan apa yang kita kongsikan/tulis. Issshhhkkk .. Camner tu? Dah la dia masuk ke'rumah' kita, pastu, nak hangin-hangin plak ngan kita .. Hurrrmmm -____-"

 
What to do ... ? Nak puaskan ati semua orang memang mustahil la kan .. ? Dalam dunia ini, kalau ada yang suka ngan kita, pasti ada yang tak berapa nak suka ngan kita. Takyah tengok orang laaa .. kita sendiri ni pun, takdelah semua orang kita suka kaaannn .. Ada la jugak 2-3 orang yang kita menyampah .. kan,kan,kan .. Theheheheee

 
So, apa yang kita leh buat. Selalu-selalulah pandang kebaikan dalam diri seseorang tu. Jangan dok pandang yang negatif je. Tak baik. Manusia takde yang sempurna. Walaupun kita rasa menyampah macamana pun, cuba-cuba laa ajar diri kita untuk menerima seadanya orang itu. Kita pun tak suka kan kalau kita tau ada orang yang mencik ngan kita.

 
Aku juga bukan manusia sempurna. Kepada si polan dan polanah yang pernah aku sakiti hatinya, dari lubuk hati yang paling dalam, aku ingin memohon maaf. Mudah-mudahan ada antara kalian yang tersesat masuk dalam blog aku ni dan membaca entri ini. Maafkan aku. 

 
Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Sumber : SINI


W'salam ..

Adioss ...

Friday, June 22, 2012

Perjalanan 7 Hari Menuntut Ilmu Baru

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Setelah seminggu menjalani latihan mengenai Business prospect yang terbaru di bawah naungan kompeni aku, akhirnya, hari ini segala-galanya selesai sudaaaahh .. Fuuuhh .. Legaaaa ...

Sebenarnya, aku takde la menyumbang apa-apa yang besar pun. Just attend untuk dapatkan gambaran keseluruhan sistem/projek terbaru tu. So, bila masanya khidmat department aku diperlukan, sekurang-kurangnya, kami telah serba sedikit ada pengetahuan yang boleh diaplikasikan. Hehehe ...

So, bila dah last day, apalagi .. Group Photoshoot !!!!! ~_~ .Maka terhasillah gambar yang berikut.
|
|
|
|
|
V
V
v
v
v



Aduyaaaiii .. betapa besarnya diriku itu ... Waaaaaaaaaa T_T .. Ada lagi beberapa keping gambo. Tapi disebabkan tak sempat nak upload, len kali je la aku kongsikan yek .. Ahakssss



P/S : Trainer kitaorang tu dua-dua dari Mesir. Sorang nama Nour (yg putih), sorang lagi nama Eissa (rambut kenting). Yang si Eissa tu, cakap English, slang Arab punyalah kuat sampai berpinor jugakla kepala aku nak paham dia cakap apa .. Hak hak hak

W'salam ..

Adioss ...


Monday, June 18, 2012

Pakai Tudung tu TAK Wajib, yang Wajib tu MENUTUP AURAT ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Nak cerita pasal satu benda ni ... Tapi, bukan bermaksud nak mengaibkan sesiapa. Sekadar peringatan bersama. Kerana aku juga belum sempurna.


Zaman moden ini, dek kerana nak selari dengan fesyen, pemakaian tudung bukan lagi kerana memenuhi tuntutan menutup aurat. Ianya dijadikan satu lagi sebab untuk berfesyen. Eerrrkkk .. Yeke? Takpe .. Meh kita tengok beberapa gambar ni yeee ..










Bila fikir-fikir balik, menutup aurat tu tak semestinya berpakaian camni ....


Rasanya, kalau camni pun dah memadai ... ^^


Betul tak kawan-kawan? Hmmm ... Aku pun masih juga beljar sedikit demi sedikit untuk memenuhi tuntutan menutup aurat dalam ertikata sebenar. Semoga satu hari nanti kita semua (kaum wanita) dapat memenuhi tuntutan yang satu ini dengan sesempurna mungkin. Insyallah. Dan yang lebih penting, mudah-mudahan, ianya selari dengan sempurnanya akhlak dan peribadi kita sebagai seorang Muslimah. Amin.


Nota Manja : Tak salah kan kalau kita saling ingat mengingati sesama Muslim ^^

W'salam...

Adiosss...

Saturday, June 16, 2012

Appreciate What You Have .... Be Grateful Always

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Dalam hidup ni kita kadang-kadang jarang nak hargai apa yang kita miliki. Dari menghadapi masalah yang kita hadapi, kita lebih suka me'lari'kan diri. Kalau setakat 'lari' tu untuk menenangkan fikiran sebelum dapat mencari jalan penyelesaian tu OK la. Tapi, kalau 'lari' terus .. Haaaa ... Tu yang akan mendatangkan masalah lain pulak tuh. Heh.


Beberapa hari yang lalu, aku telah melakukan sesuatu yang mana ianya telah menyedarkan aku tentang sesuatu perkara dimana kesimpulan yang dapat aku buat ialah :


The world will always smile at you if you make the effort to smile at them first.


Pada yang paham, paham la. Pada yang tak paham, meh aku citer skit. Dalam kehidupan kita seharian, ada masanya, kita akan bangun pagi dengan perasaan moody kan. So, bila kita rasa moody, semua benda pun tak kena. Semua orang pun kita rasa salah. So, akibatnya, hari kita akan berlalu dengan suasana yang sangat tak tenang dan mengecewakan.


Tapi, cuba kita buat the opposite action. Maknanya, bila kita rasa moody, kita cuba pikirkan sesuatu yang buat kita ceria. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita masih lagi hidup. Jangan cuba nak cari kesalahan sesiapa sahaja. Segala yang mendatang kita sambut dengan hati yang tenang dan senyuman. Insyallah. Tak banyak, sikit mesti akan ada yang indah tentang perjalanan kita untuk hari itu.


Aku selalu fikir kerja aku ni adalah antara kerja yang paling teruk di dunia. Bos tak appreciate apa yang aku buat. Gaji si polan lagi besar dari aku walaupun aku lagi lama bekerja ... dan ada banyak lagi la benda-benda negatif yang selalu bermain dalm fikiran aku. Akibatnya, semua menda yang aku buat tak menjadi. Buat keja pun dalam keadaan terpaksa dan tak ikhlas. Hurrmmmphhh ..


TAPI, sejak 'peristiwa' itu, aku mula belajar menghargai kerja yang aku buat sekarang ni. Tkpala kalau Bos tak peduli, asalkan Allah tahu apa yang aku buat dan gaji aku masuk on time setiap bulan ^^ . Biarlah gaji si polan lagi besar dari aku. Rezeki masing-masing. Mungkin Allah nak bagi aku rezeki kat tempat lain, so DIA 'kurang'kan kat bahagian gaji tu.


Yang paling penting, aku masih diberi kesihatan yang baik untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal. Rezeki yang dapat aku gunakan untuk menampung kehidupan sementara di bumi Allah ini. Alhamdulillah.


So kawan-kawan, try hard to appreciate all the things that you have today. Maybe now, it's seem to be not enough, but always remember, ALLAH will only give what you deserve. So, stay chill and take 1 day at a time and appreciate it with gratitude and live it with attitude .... good attitude loh ^___^.


Gambo sesaja ... Tak kena
mengena ngan citer pun  ..
Muahahahaa


W'salam...

Adiosss...

Untuk Dia .... ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Sumber : SINI

Nota Manja : I have no words to say, just a simple lyric and a simple song to entertain you and me ^^

W'salam...

Adiosss...

Sunday, June 10, 2012

Ayam Goreng RM5.00 Seketul ... Mahal tak ??


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Dah lama aku nak citer pasal menda ni, tapi asyik TERlupa jeee .. Ala bukan citer apa pun. Citer ketidakpuasan hati aku kerana harga makanan yang bagi aku, terlalu mahal !!


Ok. Nak dijadikan citer, ada satu hari ni, aku teringin nak tapau makanan kat kedai makanan lain. Yela .. Hari-hari kalau makan kat tempat yang sama dengan rasa yang sama, mestilah bosan. So, aku gi la kat satu kedai makan kat Kelana Center Point kalau tak silap aku. Kedai lot korner. Tuan punyanya kalau dengar gaya cakapnya merupakan orang utara.


Ok. Seperti biasa, lauk yang aku amik, mesti ada ayam goreng seketul dan sedikit sayur. Hari tu, aku amik laun bayam masak tumis bodo je. Bila settle memilih lauk, aku pun gi la kaunter nak bayar. uols cuba teka baper aku kena caj? Adakah RM4.00? Rm4.50? Ataupun RM5.00?? Haaaa ... guess what?? Semua tu SALAH !!!! Total caj dikenakan adalah RM7.60 !!!!! Amik kau !!!!


Kalau korang pikir ayam goreng yang aku amik tu ada besar seekor burung merpati, korang SALAH lagi. Nak tengok banyak mana aku amik .... Meh tengok ni ...


Haaaa ... Berbaloi tak dengan harga yang dekat-dekat seploh hinggit tuh?? Dan kalau korang pikir aku gi tu restoran yang berhawa dingin, korang SALAH jugak ... Kedai makan tu biasa-biasa je. Takde air cond pun. Hurrmmm .. Entahlah. Sejak hari tu, aku memang tak jejak kaki dah ke kedai tuh. Bukan taknak menyokong bisnis kaum sendiri. Tapi, kalau seketul ayam yang seciput tu dia nak caj RM5.00, baik aku kayakan orang lain laa ...

Nota Kaki : Kepada Makcik kedai makan tu, agak-agak la kalau nak cepat gi Haji pun ... Keuntungan perniagaan yang diperolehi lebih dari nisbah yang sepatutnya sampai membebankan pelanggan, Makcik jawab la sendiri kat 'sana' nanti yeee ... ~.~

W'salam...

Adiosss...

Thursday, June 7, 2012

Percutian di Pulau Langkawi Penuh Warna-Warni

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Minggu lepas pada hari ni, aku masih dalam perjalanan ke Langkawi. Hurrrmmmm .. Cepat sungguh kan masa berlalu. Tetiba rasa rindu kat famili dan budak kecik kat bawah ni ....



Banyak sangat cerita pahit manis kami sepanjang percutian ini. BEST sesangat. Ni pun rasa cam nak ajak diaorag gi bercuti lagi. Tapi, kali ni mungkin ke tempat yang dekat-dekat je. Leh la stay lelama sikit. Almaklumlaaaa ... Budget bukan mewah sangat pun ... Thehehee ..


Okla. Just nak share beberapa gambar sepanjang percutian kami di Pulau Langkawi. Jooommm layaaaannnn !!!!


Cuci mata @ Geopark ke Cable Car

Tayang kaki

Inteprem kat Kapal Layar


otw ke Tasik Dayang Bunting ... Best !!


Posing 2 Budak Comey ... Ahaksss

Budak yang kat belakang tu kerek semacam doh

@ Jeti Langkawi

@ Tasik Dayang Bunting

Abg Bot Island Hoping yang Sporting !! I LIKE ^^

Yang belakang tu pura-pura je tido .. Heh

Nota Manja : Homestay yang kami dapat sangat2 mengecewakan. Service yang sangat2 TERUK. Sah2 tempat tu aku dah kasi X besar2 ~_~

Wednesday, June 6, 2012

Amalan Berkupon Yang Amat MENJIMATKAN ^o^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Kali ini memang agak lama aku tak tampil dengan entri yang baru kan. Hurrrmmm .. Bukan takde benda yang nak diceritakan, tapi jari jemari terasa amat berat untuk menaip kerana akal agak lambat untuk merangka bait-bait perkataan yang ingin dikarangkan.

Hari ini, setelah dipujuk-pujuk hati, akhirnya, akal gigih juga memerah keringat untuk menghasilkan entri ini.

Hari ni aku nak cerita pasal EXTREME COUPONING. Pernah dengar? Sesiapa yang ada melanggan Astro dan rajin menonton siaran 707 (TLC) seperti aku, pasti pernah menonton rancangan ini.



Rancangan yang sangat-sangat menarik yang mana dalam setiap episod akan ditampilkan dua orang yang mengamalkan penggunaan kupon apabila berbelanja. Nak tau kenapa ianya dinamakna EXTREME? Haaa .. Cuba tengok ni ...




Percaya atau tidak, susunan barang-barang dalam rak itu adalah hasil belian mereka-mereka ini yang membeli belah hanya dengan menggunakan kupon !!! Malah ada sesetengah dari barang tersebut dapat mereka perolehi tanpa membayar satu sen pun !!! Menakjubkan kan??

Aku tak pasti la pulak samada kat Malaysia ni ada ke tak yang membeli menggunakan kupon semata. Almaklum laaa .. Ramai antara kita ni suka sangat mengamalkan budaya biar papa asal bergaya. So, kerja-kerja yang memerlukan peruntukkan masa yang banyak atau leceh seperti berkupon ni tak ramai yang sanggup buat.

Malam tadi, ada sorang suri rumah dari Amerika, berjaya menjimatkkan $10,000.00 setahun dalam perbelanjaan rumah dan dengan duit itu, dia dan suaminya dapar bercuti selama seminggu sebanyak 2 kali ke Kepulauan Caribbean !! Hurrmmmm ...

Minggu lepas pulak, seorang suri rumah sepenuh masa berjaya berbelanja barang-barang keperluan rumah yang bernilai $800++ dengan haya membayar 0.01sen SAHAJA !!!! Dahsyat .. memang dahsyat ....

Okla. Aku tengah search laman-laman web dalam Malaysia yang ada meceritakan tentang berbelanja menggunakan kupon ni. Nanti aku akan ceritakan di lain entri tentang percutian aku ke Pulau Langkawi baru-baru ni ngan Famili aku yee .. Chow !!!

W'salam ..


Adioss ...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu